Sunday, October 14, 2012

Jantan tercabar buat benda bodoh

KUALA LUMPUR: Rasa tercabar antara penyebab segelintir lelaki sanggup memakai gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan untuk meningkatkan keupayaan seksual mereka sedangkan perkara itu tidak perlu dilakukan.

Pengarah Urusan Hushim Motivational & Counselling Consultancy, Hushim Salleh berkata, hubungan intim pasangan suami isteri menyentuh soal emosi, pemikiran dan psikologi.

“Kadang kala disebabkan emosi terganggu mungkin akibat tekanan kerja menyebabkan lelaki cepat klimaks ketika melakukan hubungan seks.

cara tingkatkan keupayaan seksual
gambar hiasan
“Disebabkan rasa tercabar ini, mereka mula menggunakan pelbagai cara termasuk memasang cincin di kemaluan yang tidak mendapat pengiktirafan pihak berkuasa sehingga menyebabkan risiko termasuk kecederaan,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai tambahan bidang tugas anggota bomba dan penyelamat yang terpaksa memotong cincin tersangkut di kemaluan lelaki.

Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.

Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad dilaporkan berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh selepas nat besi bersaiz syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.

Hushim berkata, memang terdapat gegelang yang mendapat pengiktirafan pihak berkuasa kesihatan di jual di pasaran bagi membantu lelaki yang berdepan masalah seksual terutama penghidap diabetes.

“Tetapi apabila ada orang memilih membeli di tepi jalan kerana harganya lebih murah, risikonya bukan sekadar membahayakan kesihatan malah terpaksa menanggung malu apabila cincin yang dipakai tidak dapat ditanggalkan sehingga perlu mendapatkan pertolongan.

sumber- HMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...