Sunday, October 14, 2012

Kruiser tembung dengan kapal selam nuklear AS

WASHINGTON - Sebuah kruiser atau kapal perang peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan kapal selam nuklear negara itu semasa menjalani latihan di perairan Atlantik, sebelah timur laut Florida, petang semalam, menyebabkan peralatan sonarnya rosak.

Perlanggaran antara kruiser USS San Jacinto dan kapal selam berkuasa nuklear, USS Montpelier berlaku kira-kira 3.30 petang (1.30 pagi waktu tempatan).

Dalam satu kenyataan, tentera laut AS enggan menyatakan lokasi kemalangan.

USS San Jacinto
Kapal perang USS San Jacinto
Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan dan kedua-dua kapal itu masih mampu  beroperasi menggunakan kuasa enjin masing-masing selepas kejadian.

Menurutnya, insiden itu ‘jarang berlaku’ dan sedang disiasat.

USS Montpelier
Kapal selam USS Montpelier kembali ke Naval Station Norfolk baru-baru ini selepas operasi selama enam bulan. - Foto ihsan nbcnews
Sementara itu, menurut satu sumber tentera laut memberitahu Reuters, perlanggaran telah menyebabkan kubah sonar kruiser runtuh.

Katanya, kubah sonar itu berbentuk bulat dan terdapat peranti getah pada haluan kapal yang terletak di bawah garis air.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...