2020580

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Sunday, September 9, 2012

Mayat bayi di surau

Nota yang ditinggalkan bersama bayi, semalam. KUALA LUMPUR - "Menggeletar seluruh tubuh badan saya apabila terjumpa bayi dibalut  kain dalam sebuah beg ketika hendak membersihkan kawasan surau,” kata Nurshafekah Mat Rajumi,19, ketika itu dia membersihkan kawasan Surau Al Falah di Danau Kota, pagi semalam. Penemuan bayi itu turut disertakan nota yang meminta pihak surau menguruskan jenazah bayi dan dipercayai diletakkan di hujung penjuru...

Mayat lelaki warga Indonesia ditemui tergantung di pokok durian

gambar hiasan GEORGE TOWN - Mayat lelaki warga Indonesia ditemui tergantung di sebatang pokok durian di Persiaran Bukit Jambul di sini hari ini.     Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata mayat Stenya Priyanto, 35, ditemui tergantung 3.57 meter dari paras tanah oleh seorang penduduk yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 12 tengah hari.     "Polis terpaksa meminta bantuan bomba untuk menurunkan...

Motor terjun dalam parit

Polis mengangkat mayat mangsa untuk bedah siasat di Hospital Parit Buntar. KERIAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam parit di Kilometer 122, Jalan Ipoh-Butterworth, Simpang Tiga di sini, semalam. Ketua Polis Daerah, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata, mangsa, Ang Poon Kee, 33, menunggang motosikal bersama rakannya dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Tanjung Piandang. “Dalam kejadian kira-kira...

Tak jadi sembelih ayam berkaki empat

Ismail menunjukkan ayam berkaki empat yang disedarinya ketika mahu menyembelih haiwan tersebut di gerai ayam proses milik anaknya. BANIR BELIKONG, PASIR PUTEH – Warga emas yang terkejut mendapati salah seekor ayam yang dibeli anaknya mempunyai empat kaki, membatalkan hasrat menyembelih haiwan tersebut. Ismail Awang Teh, 70, berkata, dia menyedarinya ketika mahu menyembelih ayam tersebut di gerai ayam proses milik anaknya, Adnan Yusof, 44,...

Kreatif! Kereta dari anyaman mengkuang

Dari kereta mewah yang disadur emas, rasanya kereta ini lebih memikat selera. Struktur badan kereta ini cukup ringkas dengan kayu, buluh serta anyaman mengkuang. Kereta mesra alam ini adalah rekaan warga Indonesia. Ia amat sesuai digunakan untuk pelancong yang ingin merasai keindahan kampung. Rasanya, modal yang diperlukan tidaklah seberapa namun, ianya memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk disiapkan. Ada yang bertanya adakah kereta ini boleh...

Tembikai Petak Di Jepun

Buah tembikai atau semangka kebiasaannya berbentuk bulat dan ada juga yang membujur. Buah yang berbentuk normal ini sememangnya memakan ruang jika ingin diletakkan di dalam peti ais. Dengan kepintaran peladang dari Jepun, mereka telah berjaya menghasilkan tembikai berbentuk petak.  Ianya dilakukan dengan memaksa buah tersebut tumbuh di dalam kotak yang disediakan khas. Walaupun pertumbuhan buah tersebut bukanlah secara semulajadi,...

Cara menggunakan tandas dengan betul di Jepun

Rekaan mangkuk tandas moden mungkin cara penggunaannya agak mengelirukan. Bagi mengelak masalah  sebegitu, papan tanda adalah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu pengguna memahami dengan lebih mudah. Cara penggunaan tandas yang salah mungkin akan mendatangkan kecederaan atau sesuatu yang tidak diingini. Berikut adalah beberapa papan tanda cara penggunaan tandas dengan betul yang terdapat di Jepun. ...

Padah potong kiri, penunggang motosikal maut digilis treler

Mangsa yang digilis di bahagian kepala maut di tempat kejadian. RAWANG – Tindakan seorang penunggang motosikal memotong sebuah treler di bahagian kiri jalan membawa padah apabila dia maut dalam keadaan tragis dengan isi kepalanya terburai dilanggar kenderaan 18 tayar itu, lewat malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, warga Pakistan, Zulfiqar Ali dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Rawang...

Jururawat penjara berasmara dengan banduan

Karen Cosford LONDON: Seorang jururawat penjara di Wakefield dibicarakan atas tuduhan mengadakan hubungan seks dengan seorang tahanan yang ditahan atas tuduhan rogol sambil dibantu dua rakan setugasnya, lapor media semalam. Karen Cosford didakwa berasmara dengan Brian McBride selepas memberi telefon bimbit kepada banduan terbabit dan berbalas mesej pesanan ringkas lucah. Karen, 47, juga membiayai kos belian tambahan prabayar untuk McBride...

Bunuh, robek jantung rakan

Jarrod Wyatt CRESCENT CITY (California): Seorang pengamal seni mempertahankan diri dituduh merobek jantung dan memotong lidah rakannya - yang ketika itu khayal - mengaku salah atas tuduhan membunuh, semalam. Menurut pendakwa, Jarrod Wyatt bersetuju membuat pengakuan itu dan memungkinkan dia menjalani hukuman penjara antara 50 tahun hingga seumur hidup. Penghakiman rasmi ke atas Wyatt dijadual dibuat 4 Oktober ini. Wyatt mengaku salah...

PM Australia tinggalkan APEC selepas bapa meninggal dunia

JULIA GILLARD SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menyatakan beliau akan meninggalkan forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Rusia lebih awal kerana bapanya meninggal dunia di tanah airnya. Dalam satu kenyataan semalam, Perdana Menteri berkenaan berkata, John Gillard menghembuskan nafas terakhir pagi semalam di bandar raya Adelaide. Justeru kata Gillard, beliau akan pulang secepat mungkin untuk "berkabung bersama keluarga...

Lelaki terkaya Perancis pohon kewarganegaraan Belgium

BRUSSELS - Lelaki terkaya Perancis dan keempat terkaya di dunia, Bernard Arnault telah memfailkan permohonan untuk menjadi warganegara Belgium, menurut beberapa laporan semalam. Permohonan tersebut difailkan selepas Paris merancang untuk mengenakan cukai kekayaan sebanyak 75 peratus di negara berkenaan. Akhbar Belgium, La Libre Belgique memetik seorang pegawai sebagai menyatakan, bilionair berusia 63 tahun itu yang mengetuai empayar barangan...

Aksi gadis menjilat kucing

Adakah anda seorang peminat kucing yang sejati? Sejauh manakah anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap kucing?  Gadis cantik dari Jepun ini begitu menyanyangi kucing sehinggakan sanggup untuk menjilat dan memasukkannya ke dalam mulut. Aksi ini dilihat amat menjijikkan malah gelagatnya seakan seorang ahli sihir. Walaupun gadis ini mempunyai rupa paras yang cantik, namun mungkin tidak ramai yang sanggup untuk berpasangan dengannya....

Hias komputer cara mewah

Dua buah komputer yang dihias dengan gaya zaman Raja Perancis Louis XVl, hasil rekaan Georges Chirita. Paris: Adakah anda dapati komputer anda tidak menepati gaya mewah seperti hiasan dalaman kediaman anda? Semua tiada masalah apabila seorang usahawan Perancis mengupah sekumpulan tukang tradisional untuk mengubah komputer peribadi anda mengikut cita rasa istana Eropah.  Bosan dengan warna plastik kelabu pejabat, bengkel milik Georges...

Aksi berjalan atas bara api untuk elak bencana

BEIJING - Bagi kebanyakan orang, berjalan di atas bara api adalah suatu perbuatan yang boleh membahayakan diri, tetapi lain pula bagi rakyat China yang percaya ia boleh menghalang berlakunya bencana alam. Atas kepercayaan itu, mereka sanggup mengambil risiko mengalami kecederaan serius demi hasil yang sukar dipercayai itu. Perbuatanitu sering dilakukan di negara ini kerana rakyatnya percaya, selain dapat menghalang bencana alam, ia juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...