Sunday, September 9, 2012

PM Australia tinggalkan APEC selepas bapa meninggal dunia

JULIA GILLARD
JULIA GILLARD
SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menyatakan beliau akan meninggalkan forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Rusia lebih awal kerana bapanya meninggal dunia di tanah airnya.

Dalam satu kenyataan semalam, Perdana Menteri berkenaan berkata, John Gillard menghembuskan nafas terakhir pagi semalam di bandar raya Adelaide.

Justeru kata Gillard, beliau akan pulang secepat mungkin untuk "berkabung bersama keluarga saya."

Lelaki berkenaan berusia 93 tahun.

"Beliau jatuh sakit sejak beberapa tahun lalu tetapi kematiannya mengejutkan saya dan keluarga," katanya.

Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan Gillard tiba di bandar raya Vladivostok, timur Rusia kelmarin untuk menyertai rundingan peringkat tinggi tetapi gagal menghadiri sesi pembukaan APEC.

Menurut pemimpin berkenaan, Menteri Perdagangan, Craig Emerson kini akan menggantikan tempat beliau pada forum tersebut yang berakhir hari ini. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...