2020562

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, December 26, 2012

Lelaki kencing keluar dari tingkap bas

Kencing di tempat terbuka adalah perbuatan yang sangat tidak beradap apatah lagi jika kencing keluar dari kenderaan awam. Jika perbuatan tersebut dilakukan oleh kanak-kanak, mungkin ianya tidak menjadi isu besar. Tetapi apabila dilakukan oleh orang dewasa, perbuatan ini amat menjijikkan. Gambar ini drakamkan di Xiamen, wilayah Fujian, China. Kelihatan bas ini seakan berhenti dan tidak diketahui sama ada lelaki ini adalah pemandu bas tersebut...

Video: Penguin makan anak sendiri

Seekor penguin jantan telah dilihat memakan anaknya sendiri di sebuah zoo di wilayah Heilongjiang, utara China. Rakaman video menunjukkan penguin tersebut cuba memberi makan kepada anaknya yang baru sahaja menetas namun usahanya gagal. Ia kemudiannya mematuk serta menelan anaknya sendiri. Para saintis menyatakan insiden sebegini amat jarang berlaku. ...

Kekasih sejati

Gambar tragik yang menunjukkan seekor anjing dengan setia terus menunggu pasangannya yang telah mati akibat dilanggar kenderaan ketika mereka sama-sama melintas jalan. Kejadian ini berlaku di Zhangzhou, Wilayah Fujian, China. Dikatakan ia terus berada di sisi pasangannya tersebut lebih dari enam jam tanpa makan dan minum. Mungkin ia masih berharap pasangannya akan bangun dan meneruskan kehidupan seperti hari sebelumnya. ...

Bekas ibu pejabat syarikat Hainan diruntuhkan

HAIKOU, China - Sebuah bangunan yang pernah menjadi ibu pejabat syarikat penerbangan Hainan Airlines diruntuhkan di sini semalam. BANGUNAN yang pernah menjadi ibu pejabat syarikat Hainan Airlines diruntuhkan di Haikou, China semalam. Bangunan yang dibina pada tahun 1996 itu diruntuhkan dengan menggunakan bahan letupan. Pihak syarikat penerbangan itu memutuskan untuk meruntuhkan bangunan berkenaan selepas ibu pejabat baharu Hainan Airlines...

Pesawat terhempas di timur Myanmar

YANGON – Sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan Air Bagan yang membawa ramai pelancong asing terhempas dan terbakar menyebabkan dua orang terbunuh serta mencederakan 11 yang lain di negeri Shan, timur Myanmar, kata beberapa pegawai semalam. BEBERAPA anggota bomba memadamkan saki baki api yang membakar pesawat berkenaan. Pesawat Fokker-100 itu terhempas ketika ia cuba mendarat di sebuah kawasan sawah padi berhampiran sebuah lapangan...

Kereta sport hibrid Ferrari akan dikeluarkan

MARANELLO - Gergasi perlumbaan Itali, Ferrari akan mengeluarkan model kereta sport hibrid untuk memenuhi cita rasa peminat kereta berkelajuan tinggi dan pada masa yang sama, peka terhadap penjagaan alam sekitar dalam tempoh beberapa bulan lagi. "Kami sedang berusaha mengurangkan pengunaan tenaga tanpa menjejaskan prestasi Ferrari," kata ketua pembangunan kereta berkenaan, Matteo Lanzavecchia di sini. SEORANG pekerja memeriksa sebuah kereta...

Aktivis main gitar di tengah-tengah jalan raya

NEW DELHI - Seorang pengarah muzik dan aktivis sosial, Kishor Giri duduk di tengah-tengah jalan raya dan bermain gitar di Gauhati di sini semalam. Giri membawa kain yang mengandungi mesejnya yang menentang kejadian rogol beramai-ramai terhadap seorang wanita yang belajar di sebuah universiti di sini. GIRI duduk di bahagian tengah jalan raya untuk bermain gitar di Gauhati, New Delhi semalam. Dia merupakan antara sejumlah besar penduduk yang...

Bomba ditembak mati ketika datang padamkan kebakaran

WEBSTER, New York – Seorang bekas banduan membakar sebuah rumah dan kereta di kejiranannya di sini, dalam negeri New York, untuk mengumpan pihak bomba sebelum menembak mati dua anggota pasukan berkenaan. Penyerang kemudian bertindak membunuh diri selepas berbalas tembakan dengan pihak polis. RUMAH dibakar Spengler bagi mengumpan anggota-anggota bomba supaya datang ke rumahnya di Webster, New York. Dalam kejadian tersebut, pihak berkuasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...