2020567

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Sunday, July 15, 2012

Bayi seawal 6 bulan sudah ada payudara akibat susu tepung

Terdapat laporan sejumlah bayi-bayi di China mengalami pembesaran payudara. Beberapa kes telah dilihat dalam beberapa wilayah, antara lain, Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing. Susu tepung disyaki mengawal pembiakan hormon-hormon seks menjadi punca pertumbuhan dada yang dilaporkan sejak Ogos lalu. Namun begitu menteri kesihatan China menolak desas-desus itu tetapi baru-baru ini ditemui sejumlah bayi yang mengalami...

Kereta selam pertama di dunia

Kereta yang menggunakan kuasa elektrik ini mampu menyelam sedalam 10 meter. CEO Rinspeed, Frank Rinderknecht, pada March lalu mempamerkan prototype kereta selam  pertama di dunia sQuba, yang dapat berenang dan menyelam hingga kedalaman 10 meter. Ketika dipamerkan dipameran Kereta Geneva, Rinderknecht menunjukkan demonstrasi dalam sebuah video bagaimana kereta ciptaannya mampu bergerak  dalam air dan di daratan tanpa masalah.  Kereta...

Bandar raya maya

THE Shard, bangunan tertinggi di Eropah, dirasmikan Khamis lalu. Dengan 11,000 tingkap yang boleh melitupi kawasan seluas lapan padang bola sepak, kerja membersihkannya pasti bukan kerja mudah. Bangunan itu disifatkan oleh pemajunya sebagai ‘bandar raya maya’ yang lengkap dengan pejabat, sebuah hotel, apartmen mewah dan platform meninjau dengan pemandangan menakjubkan sekeliling London. Dengan pembidaan untuk kerja pembersihan masih terbuka,...

Kelibat UFO gemparkan China

Objek misteri didakwa sebagai UFO ini diambil di Taman Hutan Gunung Phoenix pada minggu lalu. BEIJING - Penduduk di Heilongjiang, kelmarin gempar selepas mendakwa mereka terlihat kelibat objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) dalam insiden kali kedua di wilayah timur laut China itu. Kejadian tersebut turut disaksikan dua pekerja pemprosesanpasir di Harbin. Mereka mendakwa objek terbang berwarna hitam itu seperti helang dan saiznya...

100 rentung cuba cedok minyak tumpah

ORANG ramai dan pasukan penyelamat melihat mayat-mayat mangsa yang rentung berikutan sebuah lori tangki yang membawa minyak terbakar dan meletup. 100 rentung cuba cedok minyak tumpah. PELABUHAN HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api. Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang...

Arak daripada haiwan berbisa

Arak ialah minuman yang memabukkan dan ianya diharamkan di dalam syariat Islam. Arak diperbuat dengan beberapa proses penapaian dan peram (brew). Di negara barat, kebanyakan arak diperbuat daripada buah epal dan anggur. Lebih lama arak tersebut disimpan, lebih berkualiti dan mahal harganya. Berlainan pula di Asia, kebanyakan araknya diperbuat daripada susu mahupun beras. Ada juga yang diperbuat daripada haiwan seperti tikus, kuda laut, ular, mengkarung...

40 Orang Hindu Buta Akibat Meruntuhkan Masjid

Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini. Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Disember 1992,telah buta dan gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India. Berita ini diketahui melalui...

Misteri Batu Nisan Bernyawa Semakin Tinggi di Kuala Lipis

Ahmad Nazri menunjukkan batu nisan yang semakin tinggi. KUALA LIPIS: Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu meter menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun di sini. Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke...

6 Negara Yang Pengemisnya Berpendapatan Tinggi

Biasanya di Malaysia orang yang mengemis ni memang ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tak kais tak makan. Tapi berlainan pula pengemis di negara luar, pendapatan purata bulanannya untuk sebulan boleh mengalahkan pendapatan orang yang bekerja. Antara negara-negara yang pengemisnya berpendapatan tinggi ini ialah.. 1. Amerika Amerika adalah negara yang sangat maju, tapi terdapat juga rakyatnya yang hidup merempat dan...

7 setem termahal di dunia

1. The Three-Skilling Yellow The Three-Skilling Yellow, adalah setem yang tersalah cetah dalam penerbitan pertamanya pada tahun 1855 oleh pemerintah Swedia.  Three-Skilling Yellow adalah setem yang unik dan hanya ada satu di dunia. Pada tahun 1984, setem ini terjual dengan harga 977.500 Swiss francs oleh David Feldman. Tahun 1990 nilainya meningkat mencapai angka satu juta dolar US. Kemudian pada tahun 1996, ia terjual dengan harga $2,3...

Kereta halimunan yang pertama di dunia

Masih ingatkah kita dengan karakter dalam siri animasi Spongebob iaitu Mermaidman dan Barnacleboy yang mempunyai kereta halimunan? Kini, kereta halimunan bukan lagi fantasi dan ianya benar-benar dicipta. Sebuah kereta Mercedes F-Cell yang diselimuti sebelah badannya dengan lampu LED, manakala sebelah lagi diletakkan sebuah kamera memberikan imej terhadap LED tersebut seakan halimunan. Teknologi yang pada asalnya diilhamkan oleh sekumpulan saintis...

5 roller coaster yang mengagumkan

Adakah anda berani untuk menaiki roller coaster? Mungkin ramai yang pernah mencuba roller coaster di Genting Highland ataupun di Berjaya Times Square. Namun, ianya bukanlah roller coaster yang mengagumkan berbanding yang tersenarai di bawah ini. 1. Roller Coaster Kingda Ka Kingda Ka adalah roller coaster tertinggi dan terlaju di dunia. Lokasinya di taman Six Flags Great Adventure di New Jersey. Melangkaui kelajuan 206 km/jam dan menaranya...

Kanak-Kanak 3 Tahun Ketagih Rokok Selepas Koma

2010 CHINA : Kanak-kanak perempuan ini berusia 3 tahun dan mula menghisap rokok dan minum minuman keras selepas sedar dari koma akibat kemalangan jalanraya. Ya Wen merokok sekotak sehari sejak kemalangan yang menimpa dirinya setahun lalu. Menurut ibu bapanya, Ya Wen mengalami perubahan personaliti selepas keluar dari hospital setelah 5 hari tidak sedarkan diri. Dia mula berperangai seperti orang dewasa selepas itu dan turut meminum...

Pistol kecil berbentuk cincin yang unik

Jika anda seorang penyiasat atau ejen rahsia kerajaan seperti James Bond, senjata sulit ini amat sesuai untuk anda. Pistol yang berbentuk cincin ini mula dicipta pada awal abad ke-19 dari Perancis dan tujuan utamanya adalah untuk mempertahankan diri khususnya buat kaum wanita. Malangnya ia disalah guna untuk siri rompakan bank bersenjata lalu terus diharamkan. Pistol ini mampu membuat 6 tembakan dari jarak dekat dengan peluru bersaiz kecil.  ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...