2020549

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, October 24, 2012

Kanak-kanak enam tahun melecur kena air panas

KUALA LUMPUR - “Tidak berapa lama selepas saya menjerit kegirangan kerana pasukan Kelantan berjaya menjaringkan gol pertama, saya terdengar jeritan anak dari dapur, saya fikir dia terkejut kerana saya menjerit, tetapi rupanya air panas tersimbah ke badannya,”. Dari kiri: Fahmi, Wan Azhar dan Norrabayah melihat keadaan Wan Mohd Farhan yang kini menerima rawatan di PPUM kerana kesan lecur pada sebahagian besar badannya Demikian kata Wan Azhar...

Mangsa ragut terancam keluarga suspek cari sampai rumah

JOHOR BAHRU – Mangsa ragut di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Danga City Mall, di sini berasa terancam dengan kehadiran keluarga suspek yang meminta kes itu ditarik balik. Yong Shui Wen, 30, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama bapanya, Yong You Kim, 58, menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Singapura kira-kira jam 6.30 pagi, 10 Oktober lepas. Shui Wen bersama bapanya menunjukkan laporan polis dan foto kecederaan yang dialami Menurutnya,...

Bapa dera kerana mahu didik anak dijel 12 bulan

JOHOR BAHRU -  Rayuan seorang bapa yang memukul anak lelakinya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atas alasan mahu mendidik tidak mampu melepaskan dirinya daripada dikenakan hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias dalam keputusannya berkata, alasan mendidik sehingga mencederakan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu melampaui batasan. Norrizam Sapuan dibawa keluar...

Bawa unta untuk mengemis

Membawa anjing untuk mengemis adalah suatu perkara yang biasa. Namun, apakah yang akan terjadi jika anjing  digantikan dengan haiwan yang lebih besar, contohnya unta. Perkara ini benar-benar berlaku. Gelagat pengemis yang membawa unta untuk mengemis ini sempat dirakamkan oleh orang ramai yang lalu lalang. Gambar ini diambil di sebuah kota di China. Kelihatan 2 budak lelaki (kemungkinan mereka adalah adik-beradik) merayu-rayu meraih simpati...

Misteri dikhatan oleh Jin

Agak sukar dipercayai apabila dikatakan seseorang itu dikhatankan oleh jin. Namun peristiwa tersebut benar-benar berlaku di Indonesia. Muhammad Rasya, 5 tahun, mengalami sendiri peristiwa tersebut pada 24 Jun lalu di rumahnya yang terletak di Lenteng Agung. Ketika itu Rasya sedang menonton animasi bersiri kegemarannya, 'Shaun the Sheep' dan mula berasa sakit pada kemaluannya. Rasya pun mengadukan perkara tersebut kepada ibunya. Ternyata terjadi...

Ejek, mabuk bawa padah

MASJID TANAH - Berpunca daripada insiden ejek-mengejek, seorang warga Nepal cedera parah apabila berlaku pergaduhan di sebuah rumah kongsi ladang ternakan ayam di sini, malam kelmarin.   Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Thara Bahadur, 37, cedera selepas urat tangan kanannya putus terkena cermin tingkap rumah yang dipecahkannya. Anggota JPAM membantu memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum membawanya ke hospital. Ketika kejadian,...

Belasah ibu mertua

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membelasah ibu mertuanya hingga mangsa patah tulang rusuk, September lalu. Hukuman terhadap Azmi Zahari, 37, bagaimanapun ditangguhkan berikutan menunggu laporan perubatan warga emas terbabit. Tertuduh sempat tersenyum ketika gambarnya dirakam sewaktu keluar dari mahkamah, semalam. Azmi dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah...

Maut dalam nahas 3 kereta

KUANTAN – Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Kilometer 12 Jalan Kuantan – Kemaman, dekat sini, semalam. Dalam nahas kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa Muhammad Fakhrul Razi Awang, 24, yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah. Antara kereta yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang,...

12 maut, hospital terbakar di Taiwan

TAIPEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala 60 yang lain cedera dalam satu insiden kebakaran di sebuah hospital di selatan Taiwan, awal pagi ini. Menurut pegawai kesihatan tempatan, kebakaran tersebut berlaku di Hospital Sinying yang menempatkan kebanyakan pesakit warga emas di bandar Tainan. Gambar dikeluarkan Jabatan Bomba Taiwan merakamkan anggota polis dan bomba memeriksa kerosakan teruk akibat kebakaran di Hospital Sinying,...

Diganggu kelibat pocong

KERIAN - Penduduk kampung tersusun Raja Bashah Kuala Kurau, di sini gempar dengan gangguan kelibat lembaga berkain putih atau dikenali sebagai hantu ‘pocong’ sehingga menyebabkan sebahagian besar mereka takut keluar rumah terutama waktu malam. Laluan keluar masuk penduduk yang dikelilingi hutan bakau dan nipah. Seorang saksi kejadian, Mohd Desa Ahmad, 52, berkata, cerita kewujudan hantu itu mula tersebar di seluruh kampung sejak tiga bulan...

120 penampar dalam 1/2 jam

BEIJING: Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali. Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi. RAKAMAN video menunjukkan guru wanita (membelakangkan kamera) menampar seorang daripada muridnya. Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar...

Amy Search tutup restoran setelah empat tahun operasi

KUALA LUMPUR - Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy Search akhirnya menerima hakikat bahawa Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju di sini terpaksa ditutup mulai semalam. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskannya berdepan pelbagai masalah. INILAH Restoran Cheng Ho milik Amy Search di...

Calon SPM jadi GRO

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam tempoh dua minggu lagi diberkas selepas dia didapati menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr. Ismail di sini kelmarin. ANGGOTA polis memeriksa 21 GRO yang diberkas dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur kelmarin. Selain pelajar berusia 17 tahun terbabit, polis...

Ibu muda maut selepas bersalin

KULIM – Penduduk di Taman Kekwa dekat sini gempar apabila seorang ibu muda yang sedang sarat hamil ditemui meninggal dunia bersama bayi yang baru dilahirkannya kelmarin. ROHIZAT (kanan) dan Normah menunjukkan rumah yang menjadi tempat Shaniza ditemui meninggal dunia bersama bayinya di Kulim kelmarin. Mayat Shaniza Idris, 27, ditemui pada pukul 2.30 petang oleh jirannya yang masuk ke dalam rumah selepas curiga apabila mendapati wanita itu...

Suami tangkap basah isteri dalam rumah sendiri

MELAKA - Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja. ISTERI Salman (kiri) ditahan bersama kekasihnya dan seorang wanita lain (kanan) di sebuah pangsapuri di Melaka pada Ahad lalu. Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda...

Gangnam Style tidak popular di Jepun

SEOUL - Lagu Gangnam Style yang menonjolkan aksi penyanyi rap Korea Selatan, Psy menari tarian kuda tidak popular di Jepun, walaupun lagu tersebut mencipta fenomena di serata dunia. Perkembangan tersebut berlaku di sebalik pengaruh besar muzik pop Korea (K-pop) di negara matahari terbit itu. Namun, peminat K-pop Jepun dilaporkan menjauhi Gangnam Style. PSY menyampaikan lagu Gangnam Style semasa konsert sempena perlumbaan Formula Satu di Litar...

Singapura buka terminal kapal mewah

SINGAPURA - Pemerintah di sini membuka sebuah terminal kapal persiaran baharu yang setanding dengan pusat persinggahan kapal-kapal mewah bertaraf dunia sebagai usaha menjadikan republik itu sebagai hab pelancongan serantau. GAMBAR oleh firma Communications DNA Pte Ltd menunjukkan kapal persiaran Diamond Princess dan Voyager of the Seas berlabuh di terminal Pusat Pelayaran Teluk Marina di Singapura kelmarin. Dikenali dengan nama Pusat Pelayaran...

Aceh tutup gereja dan kuil Buddha

JAKARTA - Pihak berkuasa di Aceh, Indonesia semalam berkata, mereka terpaksa menutup beberapa buah gereja Kristian dan kuil Buddha selepas mendapat tekanan daripada Barisan Pertahanan Islam (FPI). Aceh merupakan satu-satunya wilayah di negara ini yang mengamalkan undang-udang Islam sepenuhnya. Penutupan rumah ibadat itu menjadi petanda terbaharu mengenai sikap tidak bertoleransi antara agama kian meningkat. SEORANG lelaki menunggang basikal...

Lelaki Tibet bakar diri

BEIJING - Seorang lelaki Tibet berusia dalam lingkungan 50-an maut selepas membakar dirinya di sebuah biara utama di barat laut China, kata sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang beribu pejabat di London. GAMBAR dirakam kelmarin menunjukkan seorang lelaki Tibet dikenali sebagai Dhondup membakar dirinya di Biara Labrang dalam wilayah Gansu di China. Pertubuhan berkenaan, Bebaskan Tibet menyatakan, Insiden tersebut merupakan perbuatan membakar...

Budak lelaki tersepit dua jam di celah bangunan

BANDAR RAYA JINHUA - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tersangkut di celah dinding dua bangunan setelah terjatuh dari balkoni kediamannya di tingkat tiga diselamatkan baru-baru ini. Agensi berita Reuters melaporkan semasa kejadian, kanak-kanak itu sedang bermain di balkoni rumahnya di perkampungan Wujiangkou di sini, dalam wilayah Zhejiang di timur China pada Sabtu lepas. Dia kemudian secara tidak sengaja terjatuh dari balkoni rumahnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...