2020576

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, November 9, 2012

Kanak-kanak enam tahun maut dirempuh van

BALING - Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 37.7 Jalan Sungai Petani Baling kira-kira 6.20 petang, kelmarin. Mangsa, Mohd Zul Ikmal dari Kampung Keda Kledang maut di tempat kejadian setelah basikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah van. Anak ketiga dari lima beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas keluar mencari ikan bersama abangnya di kawasan berdekatan rumahnya itu. Anggota...

Rakan melambung di simpang

ALOR GAJAH - “Saya nampak objek melambung berdekatan persimpangan lampu isyarat sebelum menyedari rakan terbabit dalam kemalangan,” kata Islami Hisham, 18, menceritakan insiden kemalangan maut melibatkan rakannya, seorang pekerja restoran makanan segera di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai, Lebuh Ayer Keroh-Melaka-Jasin (AMJ) dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa, Mohd Izuan Johari, 24, dari bandar Melaka...

Homestay Pelacuran

TELUK INTAN - Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan berjaya menghidu kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik perusahaan rumah inap desa (homestay) di Taman Bunga Raya, Jalan Sultan Abdullah, di sini. Sehubungan itu, satu serbuan telah diadakan pada jam 12.55 malam oleh sepasukan anggota Imigresen Cawangan Teluk Intan di premis terbabit, malam kelmarin dan berjaya menahan empat wanita warga Vietnam kerana dipercayai menjalankan aktiviti...

Dua pegawai tentera wanita dipaksa hantar gambar bogel

FORT BRAGG, Carolina Utara - Dua pegawai tentera wanita Amerika Syarikat yang memberi keterangan kelmarin menyatakan mereka menghantar beberapa gambar bogel kepada seorang pegawai tinggi tentera, Brigadier Jeneral Jeffrey Sinclair. Menurut akhbar Fayetteville Observer, salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa Sinclair berulang kali meminta dia menghantar gambar bogelnya. Bagaimanapun, dia yang berpangkat kapten memuat naik beberapa...

Pelakon filem porno diwajibkan pakai kondom

LOS ANGELES - Para pengundi daerah Los Angeles telah menyokong langkah yang mewajibkan pelakon filem lucah memakai kondom semasa melakukan adegan seks. Pelakon-pelakon itu akan disaman dan perlu berpindah ke tempat lain jika mereka melanggar langkah tersebut. gambar hiasan Menurut pejabat Pendaftar Daerah Los Angeles, langkah tersebut yang ditaja Yayasan Penjagaan Kesihatan AIDS mendapat kelulusan pada Selasa lalu daripada para pengundi. Keputusan...

Seorang maut di lokasi konsert Linkin Park

SEORANG wanita yang cedera (dua dari kiri) dibantu seorang anggota perubatan (dua dari kanan) di luar Stadium Cape Town, Afrika Selatan kelmarin. JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Seorang wanita terbunuh apabila sebuah struktur perancah iklan runtuh akibat angin kencang di lokasi konsert band rock Linkin Park di Cape Town pada Rabu lalu. Menurut seorang jurucakap Dewan Bandar Raya Cape Town, Kylie Hatton semalam, seramai 19 orang lagi cedera...

Sekolah percuma di bawah jambatan

BEBERAPA kanak-kanak belajar di bawah jejambat di New Delhi kelmarin. NEW DELHI - Kira-kira 30 kanak-kanak belajar di sebuah 'sekolah' di bawah sebuah jejambat di sini. Kanak-kanak itu tinggal di sebuah kawasan setinggan berdekatan jejambat tersebut. 'Sekolah' itu wujud sejak tiga tahun lalu. Ia diasaskan oleh seorang sukarelawan, Rajesh Kumar Sharma. Seorang lagi rakannya, Laxmi Chandra turut mengajar kanak-kanak itu.  sumber-...

Buaya Gaza ditangkap

GAZA - Kehadiran seekor buaya yang membimbangkan penduduk di sebuah kampung di utara Gaza sejak 18 bulan lalu berakhir apabila reptilia itu ditangkap semalam. Jurucakap polis, Ayman al-Batniji berkata, seekor daripada empat buaya terlepas dari zoo Gaza tersebut ditangkap dengan menggunakan jaring nelayan. Buaya buruan tewas “Buaya sepanjang 1.8 meter dijumpai di dalam kolam kumbahan,” katanya. Menurutnya, buaya digelar ‘Sakher’ itu akan...

Wanita Kenya namakan bayi kembar Obama, Romney

JOHANNESBURG - Seorang wanita Kenya semalam menamakan bayi kembarnya sempena nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan calon Presiden yang tewas dalam Pilihan Raya Presiden ke-57, Mitt Romney. Akhbar Standard melaporkan, wanita itu, Millicent Owuor, 20, melahirkan bayi lelaki kembar terbabit di sebuah hospital di Siaya pada hari yang sama Obama memenangi pilihan raya tersebut, kelmarin. Hospital berkenaan terletak berdekatan...

Nenek penipu tumpas

KUALA LUMPUR: Seorang nenek berusia 61 tahun yang sering berpindah randah bagi menyembunyikan diri selepas disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan dana korporat bernilai RM10 juta ditahan di sebuah kondominium di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang Jaya, di sini kelmarin. Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kira-kira jam 1 tengah hari hasil risikan yang dibuat sejak Ogos lalu. Timbalan...

Derita 5 jam dalam lori remuk

BEHRANG: Seorang pemandu lori menderita kesakitan selama lima jam apabila kedua-dua kakinya tersepit selepas lori dipandu terbabas dan terbalik di kawasan kebun sayur berhampiran kilometer 382, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur Behrang, semalam. Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, Ibrahim Yusof, 54, dikatakan gagal mengawal lori dipandu membawa sarat plastik penutup dawai elektrik selepas tayar kenderaan itu meletup. TERSEPIT...anggota...

Saudi Gangnam Style

JEDDAH: Sebuah video yang baru dimuat naik ke YouTube menunjukkan enam lelaki Arab Saudi meniru tarian Gangnam Style, lagu popular oleh penyanyi Korea, Psy. Dalam hanya beberapa hari, versi Arab Saudi ini berjaya menarik perhatian tiga juta penonton, memaparkan jenaka terbaru Arab Saudi melalui lagu Gangnam Style itu.  Video itu dirakam di jalan di Riyadh di mana mereka menari dengan tidak memakai pakaian tradisional Arab Saudi.  Kumpulan...

Kembar siam dipisah lepas 7 jam dibedah

PHILADELPHIA: Pakar bedah di hospital Philadelphia berjaya menyelesaikan pembedahan untuk memisahkan kembar perempuan berusia lapan bulan yang melekat di bahagian bawah dada dan perut. Hospital Kanak-Kanak Philadelphia berkata, prosedur tujuh jam untuk memisahkan Allison dan Amelia Tucker selesai tengah hari semalam. Kembar itu berasal dari Adams, New York. Mereka berkongsi dinding dada, diafragma, perikardium dan hati. Pegawai perubatan berkata,...

Keluarga wang palsu

NUSAJAYA: Enam beranak diburu polis kerana disyaki menggunakan wang palsu untuk membeli-belah dan menjamu selera di sebuah pusat beli-belah di sini, tanpa menyedari gerak geri mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV). DIBURU...Nor Hashim (kiri) memegang gambar suspek dirakam CCTV. Kejadian berlaku Isnin lalu dan enam beranak itu membabitkan seorang lelaki, dua perempuan dewasa selain dua kanak-kanak serta seorang bayi.  Mereka...

Budak hampir Dibaham singa ketika bergambar di zoo

PARIS: Bukan setiap hari anda boleh berdepan dengan singa. Tetapi itu yang sebenarnya berlaku pada seorang kanak-kanak yang bergaya untuk bergambar di sebuah zoo. Kanak-kanak comel itu berdiri di depan kandang singa dan menanti ibu bapanya merakamkan gambar apabila seekor haiwan berkenaan menghampirinya. Video singkat kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah zoo Perancis menunjukkan kanak-kanak itu pusing ke belakang selepas diarah oleh...

88 tahun nanti gambar kahwin

NANCHING: Tanya mana-mana pasangan yang sudah bertunang dan mereka akan menjawab majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa gambar romantik bagi mengingati majlis berkenaan. Sebahagian pasangan yang baru berkahwin akan mengambil gambar mereka selepas majlis itu.  Tetapi bagi pasangan ini, mereka menanti hingga 88 tahun sebelum dapat merakam gambar paling istimewa dalam hidup mereka.  IMPIAN TERLAKSANA...Wu dan isteri, Sognshi. Pasangan...

Pawagam beri ganti rugi

LONDON - Gara-gara menayangkan sedutan beberapa babak filem seram, sebuah pawagam dekat sini memohon maaf dan menawarkan tiket percuma sebagai ganti rugi kepada kanak-kanak yang menjadi sebahagian besar penonton filem di situ. Insiden di Pawagam Vue, Reading dekat Berkshire semalam, berlaku ketika kanak-kanak itu sedang menunggu tayangan filem animasi Frankenweenie. Kanak-kanak yang menjadi sebahagian besar penonton, tiba-tiba dikejutkan dengan...

Lambaian beruang minta makanan

DUISBURG, Jerman - Kebiasaannya, pelanggan akan mengangkat tangan dan melambai ke arah pelayan di sesebuah restoran untuk meminta pesanan atau memerlukan sesuatu. Namun, keadaan itu bukan sahaja dilakukan oleh manusia, malah, seekor beruang di Zoo Duisburg di sini, turut melakukan aksi yang sama untuk meminta makanan. Beruang yang diberi nama Huanca, melambaikan tangan seperti memanggil pelayan untuk meminta makanan di sebuah zoo di Jerman,...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...