2020585

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, December 18, 2012

Seni kreatif dari kereta berdebu

Kereta yang tidak dibasuh kebiasaannya akan berdebu dan menjadi kotor. Tidak kiralah apa juga model kenderaan yang digunakan, perkara ini memang tidak dapat dielakkan. Wanita ini pula menghasilkan seni kreatif dari debu-debu yang selimuti sebuah kereta model Volkswagen. Peralatan yang digunakannya hanyalah sekeping tisu. Tidak tahulah sama ada kereta tersebut miliknya ataupun individu lain. Namun hasil karyanya amat mengagumkan iaitu potret...

Perompak maut ditembak

KUALA LUMPUR - Cubaan merompak sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Sri rampai, di sini, awal pagi semalam gagal apabila kegiatan dua penjenayah terbabit disedari polis yang sedang membuat rondaan. Suspek mati selepas terkena tembakan di bahagian dada. Dalam kejadian 4.40 pagi itu, empat pekerja yang sedang bertugas didatangi dua lelaki bersenjatakan parang bertindak mengacukan parang ke arah seorang pekerja yang berada di kaunter. Timbalan...

Wanita misteri berlegar tanpa pakaian

Seorang wanita misteri telah terlihat berlegar-legar tanpa pakaian dan hanya berkaki ayam. Kejadian tersebut berlaku di bandar Suzhou, Wilayah Anhui, China, pada 27 November lalu. Apa yang peliknya, dia membawa pakaian ditangannya tetapi mengapa dia tidak memakai pakaian tersebut? Beberapa individu yang prihatin cuba menghentikannya dan memaksa dia menyarung pakaian. Ditambah pula dengan cuaca sejuk, perbuatan sebegitu mungkin akan menyebabkan...

Jambatan paling menakutkan dibuka

ALPS, Switzerland - Jambatan gantung paling menakutkan di dunia terletak pada ketinggian 457 meter di atas glasier dan dibina di Pergunungan Titlis di sini, sudah mula dibuka kepada orang ramai. Dua pekerja memeriksa kabel jambatan gantung tertinggi di dunia dikenali sebagai Titlis Cliff Walk yang dibina di Pergunungan Titlis, tengah Switzerland. Jurutera mengambil masa lima bulan untuk menyiapkan jambatan yang dikenali sebagai Titlis Cliff...

Remaja bunuh, bakar kekasih

BANGKOK: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun didakwa kerana membunuh teman wanitanya yang sekali ganda lebih tua daripadanya dan membakar mayatnya di sebuah bilik sewa di daerah Bang Khen, di sini, kelmarin. Wanita berusia 40 tahun itu dikenali sebagai Pataraporn Prueksasri, penduduk wilayah Songkhla. Mayatnya ditemui di biliknya di kondominium Thanommit Park di Jalan Watcharapol pada jam 1 pagi. Polis berkata, tubuh Pataraporn...

Bandar kecil Sweden bakal miliki lapangan terbang angkasa lepas

KIRUNA, Sweden - Bandar kecil di utara negara ini merancang untuk menawarkan penerbangan angkasa lepas komersial dalam tempoh sedekad lagi. Terletak di kawasan artik, Kiruna dilengkapi sebuah lapangan terbang antarabangsa dengan penerbangan tetap ke London dan Tokyo. GAMBAR lakaran artis menunjukkan sebuah lapangan terbang untuk penerbangan ke angkasa lepas di Kiruna. Penerbangan angkasa lepas itu akan dikendalikan oleh syarikat tempatan,...

Pertandingan cari duta lelaki keturunan Sikh

AMRITSAR, India - Seramai 26 lelaki menyertai pertandingan bagi mencari duta kebudayaan kaum Sikh yang diadakan di sini kelmarin. DUA peserta memakai pakaian pengantin lelaki sambil memegang pedang. Seramai 26 peserta akhir bertanding pada pertandingan peringkat antarabangsa itu termasuk Tejinder Singh dari Jammu yang kemudian dinobatkan sebagai pemenang. Pertandingan itu diadakan sejak 2005 bagi mempromosikan kebudayaan dan tradisi Sikh. Beberapa...

Patung gergasi bekas pemimpin komunis Korea Utara

SEOUL - Ratusan orang tunduk di depan dua patung bekas pemimpin komunis Korea Utara di Bukit Mansu, Pyongyang semalam. Patung gergasi Kim Il-sung yang merupakan pemimpin komunis pertama negara ini berada di sebelah patung anaknya, Kim Jong-il. RATUSAN orang tunduk di depan patung Il-sung (kiri) dan Jong-il di Bukit Mansu, Pyongyang semalam.  Jong-il yang merupakan pemimpin kedua komunis Korea Utara meninggal dunia pada 17 Disember...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...