2020581

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Monday, July 30, 2012

Edar syabu, warga Iran ke tali gantung

gambar hiasan KUALA LUMPUR: Seorang peniaga telefon bimbit warga Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah methamphetamine atau syabu seberat 703.8 gram tahun lalu. Dalam keputusannya, Hakim Kamardin Hashim berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dan pembelaan Adel Zarabi, 40, hanyalah penafian semata-mata. "Hanya satu hukuman...

Polis tahan lelaki dakwa dirinya diculik

gambar hiasan JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang memeras bapanya dengan mendakwa dirinya telah diculik dan meminta wang tebusan RM3,000, dua minggu lepas. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Zainuddin Yaacob berkata lelaki berumur 25 tahun itu ditahan di sebuah rumah sepasang suami isteri di Taman Cahaya Masai di sini, kurang dari tempoh 24 jam selepas polis menerima laporan daripada bapanya bahawa anaknya telah diculik,...

Wang kertas siri baru boleh digunakan di mesin pembelian tiket LRT, monorel

KUALA LUMPUR: Wang kertas siri baharu yang dikeluarkan Bank Negara sejak 16 Julai lepas boleh digunakan di mesin-mesin pembelian tiket transit aliran ringan (LRT) dan monorel bagi urusan pembelian token dan penambahan nilai Kad MyRapid. Ketua Komunikasi Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Masnizam Hisham berkata mesin-mesin pembelian tiket itu menerima wang kertas RM50, RM20, RM5 dan RM1 lama dan baharu sejak wang kertas...

Mata wang pertama dan tertua di dunia

Dikatakan ini adalah mata wang tertua di dunia. Ianya dipercayai mula di gunakan di Sichuan, China pada tahun 1024. Kisah penggunaan mata wang ini bermula dengan kehadiran Marcelino, seorang lelaki asing berbangsa Eropah yang tinggal di China melebihi 20 tahun. Dia membawa cerita yang akhirnya tersebar kepada seluruh masyarakat di sana bahawa, kononnya wang ini diperbuat dari pokok mulbery. Kualiti pokok mulbery pula dikatakan kurang berkualiti...

Polis sahkan kematian seorang pelajar MTD

gambar hiasan KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan kematian seorang pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi di maktab itu hari ini sebagai mati mengejut. Ketika mengesahkan menerima laporan berhubung kematian seorang pelajar lelaki MTD itu, Ketua Polis Daerah Cheras Mohan Singh Tara Singh berkata siasatan awal ke atas mayat pelajar berusia 16 tahun itu tidak menemui sebarang tanda jenayah atau kecederaan fizikal. "Siasatan awal...

Kanibal! Makan otak tujuh dukun

Gambar Hiasan SYDNEY: Polis di kawasan terpencil di Papua New Guinea menahan sekumpulan anggota pengamal kanibal yang dituduh membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, memakan otak mereka mentah-mentah dan membuat sup daripada organ sulit mangsa, lapor akhbar, semalam. Suspek seramai 29 orang itu adalah sebahagian daripada kumpulan 1,000 orang yang dibentuk untuk melawan dukun sesat dan dilaporkan akhbar The National, mula mengenakan yuran...

Kematian Eksekutif TV9 Akibat Dijerut

Kematian Eksekutif TV9 Akibat Dijerut. Kes Eksekutif Pentadbiran Berita TV9 yang ditemui mati di dalam bilik rumahnya di Damansara Damai, kelmarin. Polis mengesahkan kematian Nursyaleza Jaafar, 31 tahun akibat dijerut dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa. Susulan itu, polis menahan suami Allahyarham sebaik pengebumian selesai di Labis, Johor malam tadi. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, penahanan itu bagi...

Polis Tahan Wanita Berhubung Kes Baling Bahan Letupan Ke Sebuah Rumah

NIBONG TEBAL - Polis percaya berjaya menyelesaikan kes sebuah rumah di Taman Tang Ling, Simpang Ampat dekat sini dibaling dengan bahan letupan sehingga menyebabkan seekor anak anjing terbunuh selepas menahan seorang wanita Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata wanita berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira 10 pagi di rumahnya di Simpang Ampat. "Kejadian membaling letupan itu berlaku pada pukul...

Remaja Curi Duit Tabung Masjid

DUNGUN – Demi mendapatkan wang cara mudah, seorang remaja sanggup menceroboh tempat ibadat biarpun pada Ramadan sebelum melarikan sejumlah wang hasil derma orang ramai dalam tabung masjid, dekat sini, awal pagi kelmarin. Kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu disedari dua remaja 20-an yang secara kebetulan melalui kawasan Masjid Batu Tujuh selepas melihat kelibat dua lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan masjid. Hasil...

Beri alasan bersahur elak dicekup

Pasangan kekasih yang merupakan rakan sekerja ini ditahan selepas mendapati mereka tiada ikatan sah. PETALING JAYA – Mahu keluar sahur bersama menjadi alasan kepada sepasang kekasih bagi mengelak daripada dicekup dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa, Pemuda Masjid Nurul Ehsan serta polis di sebuah hotel bajet di Taman Medan, malam kelmarin. Pasangan kekasih masing-masing berusia 30 dan 28 tahun itu yang merupakan rakan sekerja itu...

Balas dendam dengan perkosa

KUALA LUMPUR: ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini. Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.  Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian...

Lelaki Rogol Budak 3 Tahun Di Bulan Ramadhan

KLANG: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal nafsunya biarpun di bulan Ramadan apabila merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Yadi, di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai. Ketua...

Tunang maut, hasrat berkahwin pada hari raya terbantut

SITI MUKARAMAH menujukkangambar Abdullah Zawawi. KOTA BHARU - Hasrat seorang gadis untuk melangsungkan perkahwinan bulan depan tidak kesampaian apabila tunangnya maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Maktab Perguruan, Pengkalan Chepa di sini semalam. Siti Mukaramah Lajim, 19, dari Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini dijadual melangsungkan perkahwinan dengan Abdullah Zawawi Abdullah Fauzi, 25, pada hari raya kedua nanti. Kemalangan berlaku...

Banyak kerusi kosong di Sukan Olimpik

SEORANG lelaki duduk di sebuah kawasan yang tiada penonton pada permulaan pertandingan berenang di Pusat Akuatik, London kelmarin. LONDON - Penganjur Sukan Olimpik London melakukan siasatan selepas banyak kerusi penonton didapati kosong semasa beberapa pertandingan sukan berlangsung kelmarin. Setiausaha Kebudayaan Britain, Jeremy Hunt menyatakan beliau berasa amat kecewa dengan sejumlah kerusi kosong tanpa penonton pada hari pertama sukan...

Buat senjata di tepi sawah padi

SEORANG pekerja memeriksa selaras senjata api di kilang Shooters Arms Manufacturing di bandar Cebu pada 7 Julai lalu. BANDAR MANDAUE - Permintaan senjata api semakin meningkat ekoran pilihan raya pertengahan penggal akan berlangsung pada 2013 di Filipina. Seorang pembuat senjata di bandar Danao yang hanya mahu dikenali sebagai Remo, 33, berkata, dia sukar untuk memenuhi permintaan pelanggan yang remai menempah senjata api. "Kami mempunyai...

Dilarang berkahwin kerana berkulit hitam

WASHINGTON - Satu pasangan Mississippi berasa terkejut kerana seorang pastor di sebuah gereja menyatakan bahawa mereka tidak dapat berkahwin kerana berkulit hitam. Pastor itu, Stan Weatherford memberitahu, saluran televisyen ABC kelmarin bahawa tiada upacara perkahwinan pasangan berkulit hitam di gereja berkenaan di Crystal Springs, Mississippi sejak ia dibuka pada 1883. Weatherford yang berkulit putih berkata, beliau menawarkan pasangan...

Guna wang derma untuk tiba di London

GUANMING mengayuh beca roda tiganya di Chinatown, London kelmarin. LONDON - Seorang petani dari wilayah Jiangsu, China, Chen Guanming menggunakan wang derma bagi membiayai kayuhannya selama dua tahun ke London untuk menyaksikan Sukan Olimpik. Guanming, 57, berkata, rakan-rakan dan orang ramai yang bersimpati dengannya terutama komuniti Cina telah menderma wang kepadanya untuk membiayai perjalanan tersebut. Dia tiba di London dengan menaiki...

Buta akibat letupan mercun bola

MOHD. Sohibollah kini berhadapan dengan masa depan suram selepas mata kirinya dikhuatiri buta akibat letupan mercun bola. ALOR SETAR – Seorang pemuda bersama anak jirannya yang berusia lapan tahun terpaksa dirawat di hospital malam kelmarin selepas sumbu mercun yang dipasang jatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum berlaku letupan kuat di Kampung Kuala Kangkong di sini. Dalam kejadian pada pukul 7 malam kelmarin, pekerja syarikat...

Azarbaijan Pindah Solat Jumaat ke Hari Sabtu

Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu. Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu. Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...