Tuesday, August 28, 2012

Penjaga Cyber Cafe Ditembak Mati

Penjaga Cyber Cafe Ditembak Mati
DI premis kafe siber inilah Mohd. Rahmat mati ditembak oleh dua penyamun dalam kejadian di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Dua penyamun bersenjatakan sepucuk pistol dan parang bertindak menembak mati seorang penjaga sebuah kafe siber selepas berang apabila mangsa mengejar dan memukul kepala salah seorang penjenayah itu dalam kejadian di Jalan 1/32 Taman Jinjang Baru di sini semalam.

Kejadian tragis pukul 6.40 pagi itu mengakibatkan Mohd. Rahmat Jul, 34, dari Sandakan, Sabah mati sebaik tiba di Hospital Selayang selepas terkena dua das tembakan di dada dan satu di pangkal paha.

Difahamkan, Mohd. Rahmat bertindak mengejar dan memukul kepala salah seorang penjenayah itu menggunakan sebatang besi kerana menyangka pistol yang diacukan kepadanya ketika kejadian samun sebelum itu palsu.

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila mangsa yang bekerja sambilan di premis itu didatangi dua suspek berusia lingkungan 40-an terbabit dengan menaiki sebuah motosikal. Mereka memakai topi keledar dan topi ketika menyamun.

sumber- Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...