Tuesday, August 28, 2012

Kenali Wanita Paling Rendah Di Dunia

perempuan paling kecil di dunia

Jyoti Amge merupakan pemegang rekod wanita paling rendah di dunia yang terbaru. Dengan ketinggian 61.95 cm, gadis yang berasal dari Nagpur, India ini telah mengambil alih anugerah Guinness World Record yang sebelum ini dipegang oleh Bridgette Jordan dari Amerika.

Jyoti diumumkan secara rasmi sebagai pemegang rekod terbaru wanita paling rendah di dunia yang masih hidup oleh Guinness Book of Records ketika sambutan hari lahirnya yang ke-18. Beliau diraikan dengan kek yang bersaiz hampir sama dengannya.

Dikelilingi oleh sanak-saudara serta ibu kesayangannya iaitu Ranjana, Jyoti berasa sungguh terharu ketika menerima bingkai sijil penganugerahan. Beliau mengatakan, "Ianya sudah menjadi impian saya untuk menjadi wanita terkecil di dunia sejak bertahun lamanya."

Berat Jyoti 12lbs (5.5kg), hanya 9lbs lebih berat dari semasa beliau dilahirkan. Perubahan fizikal menjadi manusia kerdil yang dipanggil achondroplasia telah menghentikan pembesarannya ketika ulang tahun kelahiran pertama Jyoti. 

Beliau bersekolah sama seperti remaja normal yang lain dan bercita-cita besar untuk menjadi seorang bintang Bollywood. Jyoti memaklumkan bahawa beliau telah pun ditawarkan berlakon untuk dua filem Bollywood dan bakal melakukan penggambaran dalam masa terdekat.

Rekod wanita terendah yang masih kekal dalam sejarah dipegang oleh Pauline Musters berketinggian 2 kaki. Beliau telahpun meninggal dunia pada tahun 1895.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...