2020574

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, October 25, 2012

Gambar bogel: Rozita akan saman!

SAYA akan saman!," itulah pendirian aktres cantik, Rozita Che Wan ketika ditanya Zass mengenai penyebaran gambar seksi miripnya yang kini bertebaran di laman sosial. Sering diekori pelbagai gosip liar dan kontroversi mengenai hubungan cintanya bersama lelaki muda, kini kisah terbaru Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, kembali memanaskan atmosfera seni hiburan tempatan. Rozita Che Wan Penyebaran gambar seksi mirip pelakon Miss Octopus...

Tangkap ular sawa tiga meter bawah kontena

KUALA LUMPUR: Seekor ular sawa sepanjang tiga meter ditemui di bawah sebuah kontena di Jalan Khatib Koyan, Kampung Baru, di sini, Isnin lalu. Reptilia berkenaan ditemui penduduk sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). gambar hiasan Penduduk, Rohany Mohd Darus, 71, berkata, sebelum ini haiwan liar seperti ular jarang dilihat di kawasan itu, bagaimanapun sejak beberapa projek pembangunan termasuk lebuh raya dibina di...

Berang isteri tak dibenar naiki pesawat

YOGYAKARTA: Seorang pelukis warga Itali ditahan di Bali kerana didakwa memberi amaran bom palsu selepas isterinya tidak dibenarkan menaiki sebuah pesawat. Andrea Giovanni Sorteni, 48, boleh didakwa atas kesalahan keganasan kerana membuat amaran palsu itu.  Tindakannya itu mencetuskan kekecohan dan penerbangan dari Yogyakarta itu terpaksa ditangguhkan selama beberapa jam.  Polis berkata, pelukis yang tidak mengaku memberi amaran...

Pelajar 17 tahun buang anak baru lahir ke dalam tali air

KANGAR - Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di sini, awal hari ini. Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu. Ketua...

Rumah Bruce Lee dijual RM71.1 juta

Hong Kong: Bekas kediaman rasmi legenda filem kung fu, Bruce Lee di Hong Kong bakal dijual selepas rancangan untuk menyerahkannya kepada muzium khas untuk ikon berkenaan dilaporkan gagal.  Dermawan, Yu Panglin, yang memiliki rumah agam terbabit yang menjadi ‘hotel cinta’ itu merancang untuk menjualnya dengan harga HK$180 juta (RM71.1 juta) selepas perbincangan dengan kerajaan untuk muzium terbabit gagal tahun lalu. “Saya tidak lagi mempertimbangkan...

Britney pernah ketagih dadah

LOS ANGELES: Bekas rakan Britney Spears mendakwa penyanyi terkenal itu pernah menjadi penagih dadah dan dia membantunya membuang tabiat buruk itu, lima tahun lalu.  Sam Lutfi yang menyaman Britney dan keluarganya mendakwa kelmarin, dalam usaha membantu penyanyi itu, dia membawa anjing pengesan dadah dan membuang satu beg berisi serbuk putih dalam tandas kediaman Britney.  Sam Lutfi Mahu buang ketagihan  “Dia mahu buang...

Pencuci kereta mati pulang ketika keluarga berkabung

RIO DE JANEIRO: Orang ramai gempar dan sesetengahnya pitam selepas seorang lelaki yang disahkan mati, tiba-tiba muncul di majlis perkabungan di rumah keluarganya, semalam. Pencuci kereta, Gilberto Araujo, 41, tidak menyangka waris dan keluarganya bersedih ‘meratapi’ kematian itu walaupun dia sebenarnya tidak mati. “Seorang rakan memberi tahu, keluarga saya menanam keranda berisi saya di dalamnya,” katanya. Ekoran kemunculan Araujo, siasatan...

Dua beradik sentiasa tidak kenal sesiapa

LONDON: Dua wanita adik-beradik berdepan masalah apabila mereka mengalami masalah prosopagnosia (buta wajah) dan tidak dapat membezakan suami masing-masing. Prosopagnosia juga menyebabkan Donna Jones dan Victoria Wardley tidak mampu mengingati wajah masing-masing, selain sentiasa keliru terhadap wajah anak mereka. Justeru, Donna dan Victoria terpaksa menghabiskan masa berjam-jam untuk mencari keluarga masing-masing jika mereka terpisah ketika...

Mati disuntik kopi susu

RIO DE JANEIRO: Seorang jururawat pelatih mendakwa dia bingung apabila menyuntik kopi susu ke badan seorang warga emas menyebabkan wanita terbabit meninggal dunia beberapa jam kemudian. Menurut Rejane Moreira Telles, dia tidak dapat membezakan di antara darah dengan air minuman berkenaan. REJANE (kanan) menceritakan pengalamannya kepada wartawan stesen televisyen Brazil. Kata Rejane, 23, dia diarah merawat pesakit, Palmerina Pires Ribeiro,...

Kecewa ubat RM40,000 gagal selamatkan isteri

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas berasa kecewa selepas ubat tradisional yang dibelinya daripada seorang tabib dengan harga RM40,000 didakwanya tidak berkesan bagi mengubati penyakit kanser hati isterinya. FATT SOON (kiri) dan Michael menunjukkan ubat kanser berharga RM5,000 sebotol yang dijual seorang tabib di Kuala Lumpur semalam. Lelaki tersebut, Bay Fatt Soon, 73, berkata, ubat dalam bentuk kapsul yang dihasilkan daripada rumput yang...

Banglo bekas menteri musnah terbakar

GOMBAK – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila banglo tiga tingkat miliknya musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas dekat Jalan Berlian 1, Taman Perwira di sini kelmarin. BEGINILAH keadaan dalam banglo Murugiah yang hangus dalam kebakaran di Gombak semalam. Bagaimanapun, kejadian pada pukul 8.30 malam itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana kesemua lapan ahli...

Pelajar maut tengkuk patah ditindih lutut

ALOR GAJAH – Perang mulut antara dua pelajar berlainan sekolah yang sering ejek-mengejek antara satu sama lain ketika menunggu dan menaiki bas sampai ke kemuncaknya apabila salah seorang daripada mereka mati selepas tengkuknya patah akibat ditindih dengan lutut semalam. Di sinilah Saravannan mati selepas bergaduh dengan dua pelajar ketika sedang menunggu bas di stesen bas Pulau Sebang, Tampin semalam. Kejadian pukul 2.30 petang di stesen bas...

Guru ditetak cedera parah

KUALA TERENGGANU – Seorang guru pendidikan khas sebuah sekolah rendah di Besut menjadi mangsa cemburu buta pihak tertentu apabila dia cedera parah selepas ditetak lebih 10 kali dengan parang panjang oleh dua lelaki yang menyangka mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang kelmarin. SEORANG guru parah selepas ditetak dengan parang panjang oleh dua lelaki di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Besut kelmarin. Difahamkan,...

Tersepit satu jam dihempap balak

SEREMBAN – Seorang pemandu lori balak terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam akibat dihempap beberapa batang kayu balak yang terjatuh selepas kenderaan berat yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Pantai-Jelebu di Bukit Tangga di sini semalam. ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan pemandu lori balak yang tersepit dalam kemalangan di Bukit Tangga, Seremban semalam. Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku...

Apek-Leuniey nikah Disember ini

KOTA BHARU – Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan yang juga pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau lebih dikenali sebagai Leuniey pada Disember ini. GAMBAR mesra Khairul Fahmi dan Leuniey yang dimuatkan dalam laman Instagram. Berita gembira itu disahkan oleh bapa Apek, Che Mat Hussain ketika dihubungi di sini semalam. Che Mat berkata,...

Pelajar sara hidup dengan RM3 sehari

BANDAR RAYA GUATEMALA - Beberapa orang pelajar kolej Amerika Syarikat (AS) menghabiskan musim panas mereka dengan menetap di Guatemala berbekalkan perbelanjaan harian cuma AS$1 (RM3). Jumlah itu merupakan pendapatan harian golongan miskin di negara Amerika Tengah berkenaan dan lebih 1 bilion penduduk di seluruh dunia. GAMBAR pada 2010 menunjukkan (dari kiri) Sean Leonard, Zach Ingrasci, Chris Temple and Ryan Christoffersendi kampung Pena...

Empat trak, lima treler berlanggar

NEWHALL, California - Dua kemalangan berturut-turut melibatkan empat buah trak dan lima treler menyebabkan kesesakan lalu lintas selama beberapa jam di lebuh raya Interstate 5 di sini kelmarin. Pihak berkuasa Peronda Lebuh Raya California (CHP) berkata, nahas sekitar pukul 2.20 pagi (waktu AS) itu berlaku apabila seorang pemandu lori sampah gagal mengawal kenderaannya yang menyebabkan pelanggaran empat buah trak. KEADAAN sebuah treler yang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...