Thursday, October 25, 2012

Banglo bekas menteri musnah terbakar

GOMBAK – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mengalami kerugian kira-kira RM400,000 apabila banglo tiga tingkat miliknya musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas dekat Jalan Berlian 1, Taman Perwira di sini kelmarin.

banglo terbakar
BEGINILAH keadaan dalam banglo Murugiah yang hangus dalam kebakaran di Gombak semalam.
Bagaimanapun, kejadian pada pukul 8.30 malam itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana kesemua lapan ahli keluarga bekas Presiden Parti Progresif Penduduk itu termasuk pembantu rumahnya keluar.

Mengimbau semula kejadian itu, Murugiah, 49, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran dan pengawal banglonya setengah jam kemudian ketika dalam perjalanan untuk mengambil anak sulung lelakinya berusia 23 tahun yang tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Katanya, mereka pergi ke KLIA dengan menaiki dua buah kereta untuk menjemput anaknya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa.

“Kami bergegas pulang sebaik mengambil anak. Sebaik sampai, saya dapati api telah dipadamkan.

“Seluruh rumah dari tingkat bawah hingga aras tiga hangus dijilat api,” ceritanya ketika ditemui.

sumber- Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...