2020585

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Monday, September 17, 2012

Remaja mahu letupkan bom ditahan

CHICAGO - Seorang remaja Amerika Syarikat (AS) ditahan oleh ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan didakwa di mahkamah selepas dituduh cuba meletupkan sebuah bom kereta di luar sebuah kelab malam di sini, kata pegawai hari ini. Pejabat Pendakwa Raya AS di Chicago dalam satu kenyataan berkata, Abel Daoud yang tinggal di Hillside, didakwa atas dua tuduhan iaitu cuba menggunakan senjata berbahaya serta cuba memusnahkan bangunan dengan menggunakan...

50 ditahan berhubung kematian Duta AS di Libya

Pejabat Konsul AS di Benghazi terbakar selepas diserang kelmarin. - Foto ihsan WASHINGTON - Seramai 50 orang telah ditahan, dipercayai ada kaitan dengan rangkaian al-Qaeda dalam serangan yang membawa kepada kematian Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens dan tiga yang lain di Benghazi, Libya, awal minggu lalu. Pemimpin Libya, Mohammed Magarief berkata, serangan berpunca daripada penyebaran filem kontroversi anti-Islam dan...

Kolam syurga yang tersembunyi

Keindahan alam yang terlalu luar biasa ini ialah To Sua Ocean Trench yang terletak di perkampungan Lotofaga, di Pulau Upolu, Samoa.  Sebatang tangga telah dipasang bagi membolehkan pelancong masuk ke kolam tersebut dan menyelam dengan kedalaman 30 meter. Terdapat beberapa terowong di dasar kolam ini yang boleh dilawati oleh para pengunjung. Kolam ini juga dikelilingi taman fauna semulajadi yang begitu mengasyikkan...

Pegawai PTD mati lemas ketika jalani latihan

Gambar mangsa Aldy Hasmi yang dimuat turun dari MyKad. PEKAN - Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kementerian Pertahanan mati lemas semasa menjalani latihan di Kem Wataniah Force 136, dekat sini hari ini.     Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya Othman berkata mangsa, Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang di Hospital Pekan.     Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 2.30...

Gunung berapi Gamalama Indonesia meletus

TERNATE (Indonesia): Gunung berapi Gamalama di kepulauan Molucca terletak di timur Indonesia meletus sehingga mengakibatkan debu kelabu tebal di awan.  Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan dan kerosakan harta benda diterima setakat ini.  Ahli kaji gunung berapi daerah itu, Kristianto, berkata gunung berapi Gamalama yang kembali aktif minggu lalu, meletus dua kali pada hujung minggu lalu sehingga mengakibatkan pelepasan debu...

Disebat angkara cinta terlarang

Remaja berkenaan disebat di khalayak ramai selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit. GHAZNI - Seorang remaja Afghanistan disebat di khalayak umum, manakala kekasihnya didenda AS$1,600 (RM4,824)  selepas didakwa menjalin hubungan sulit. Ketua Jabatan Hal Ehwal Wanita Wilayah, Shukuria Wali berkata, remaja dikenali sebagai Sabera, 16, kini di bawah jagaan Jabatan Hal Ehwal Wanita, manakala teman lelakinya ditempatkan di bawah pengawasan...

Masjid jadi kedai arak

Sheikh Raed Salah Sheikh Raed Salah. Nama yang paling digeruni rejim Israel. Aktivis dan ahli politik Palestin ini pernah menjadikan dirinya sebagai perisai manusia untuk menghalang orang Yahudi memasuki dan mencemari kesucian Masjid Al-Aqsa.   Beliau juga pernah dipenjarakan dua tahun oleh Israel kerana keberaniannya berjuang mempertahan tanah air. Sheikh Raed yang berada di Malaysia sejak 4 September lalu, menceritakan situasi sebenar...

Netbook 1Malaysia: Rosak sebelum sempat digunakan

Mohd Pauzi menunjukkan Netbook 1Malaysia milik anaknya yang terpaksa dibaiki. TEMERLOH – Entah di mana silapnya, berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah ini terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan. Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak...

Gadis perkasa cipta rekod baru

Priya menarik van seberat 1.3 tan menggunakan rambut. SUNGAI BULOH – Ketika berusia sembilan tahun, D Shanmuga Priya pernah melakar sejarah tersendiri dengan menarik van seberat 1.3 tan menggunakan rambut sejauh 57.7 meter. Namun semalam, gadis yang kini berusia 20 tahun itu mengulangi kejayaan sekali lagi apabila berjaya menarik van berat yang sama tanpa henti sejauh 96.4 meter sekali gus memecahkan rekod dibuatnya sendiri 11 tahun lalu dan...

Mi goreng dawai

Selera Roziana terbantut selepas mendapati terdapat benda asing dalam mi segera gorengnya. (Gambar kecil) Cebisan dawai berkenaan. KLANG - Keenakan seorang gadis menikmati mi segera goreng bersama seorang rakan di sebuah restoran di sini terbantut selepas dia menemui cebisan dawai penyental periuk dalam makanan itu, minggu lalu. Pengadu, Roziana Mohamad, 29, berkata, restoran terbabit memang menjadi pilihannya dan rakan lain untuk menikmati...

Foto beruang di Kuantan berjaya dirakam

Beruang yang didakwa sedang berlari ketika dirakam seorang penduduk. KUANTAN - Kehadiran seekor beruang di kawasan belukar berdekatan perumahan Taman Pandan 2, dekat sini, dipercayai benar-benar wujud selepas seorang penduduk mendakwa berjaya merakam kelibat beruang berkenaan. Haiwan itu dikatakan keluar pada tengah malam minggu lalu di kawasan sama dan sempat dirakamkan penduduk terbabit sebelum memuat turun rakaman itu di laman sosial Facebook...

Aktres Innocence of Muslims telan pil tidur

Gurji bersama Bacile semasa proses rakaman filem itu. (Gambar kanan) Gurji tidak menyangka Bacile memperdayanya sehingga mencetuskan rusuhan berdarah. AKTRES filem mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan  tidak selamat selepas protes dan pembunuhan  berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu. Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan...

Hadiah bunuh Salman Rushdie RM10 juta

Salman Rushdie TEHERAN: Akhbar Iran melaporkan sebuah yayasan meningkatkan tawaran hadiah untuk membunuh pengarang warga Britain, Salman Rushdie (gambar) kepada RM9.9 juta daripada RM8.4 juta. Ia adalah tindak balas terhadap penghinaan ke atas Nabi Muhammad (SAW).  Laporan akhbar Jomhoori Eslami dan beberapa akhbar lain dilihat merujuk kepada filem anti-Islam, Innocence of Muslims, yang mencetuskan tunjuk perasaan di dunia Islam.  Menurut...

Buka kereta guna klip

SUBANG JAYA: Kegiatan jenayah seorang ibu beranak empat yang layak digelar ‘Minah Gyver’ kerana kemahirannya membuka kenderaan untuk mencuri barangan di dalamnya sejak empat tahun lalu, berakhir apabila dia dicekup polis. Wanita berusia 30 tahun itu ditahan ketika cuba mencuri barangan dalam kenderaan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di tempat letak kereta sebuah masjid di SS15, di sini, kira-kira jam 2 petang, Jumaat lalu. Sumber polis...

Karaoke suram tawar GRO China

Sebahagian GRO China yang ditahan dalam serbuan di Nusa Bestari Jaya, Skudai semalam. NUSAJAYA – Siapa sangka sebuah premis yang hanya memasang lampu malap menjadi tumpuan orang keluar masuk menjelang waktu malam di Nusa Bestari Jaya, Skudai di sini. Ia rupa-rupanya sebuah pusat karaoke yang turut menyediakan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga China. Rahsia keseronokan mengunjungi premis tersebut yang beroperasi sejak dua tahun lalu...

Maut lepas sambut Hari Malaysia

KEADAAN kenderaan Isuzu Invader yang mengorbankan lima mangsa selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan. KOTA KINABALU - Lima termasuk dua pasangan suami isteri yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia maut dalam kemalangan di Sepanggar berdekatan bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu di sini malam kelmarin. Dalam kemalangan pada pukul 12 tengah malam dan melibatkan...

Ariel Peterpan muncul di Malaysia

PARA peminat memberi sokongan kepada Ariel Peterpan yang mengadakan pertunjukan di KL Live, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Selepas dibebaskan dari penjara Kebon Waru, Bandung, Indonesia hampir dua bulan lalu, vokalis popular Indonesia, Nazriel Irham atau Ariel Peterpan membuat penampilan sulungnya di ibu negara semalam. Kemunculan vokalis tersebut bersama kumpulan baharunya yang dikenali sebagai Noah adalah bersempena konsert Tentang...

Angelina Jolie lawat kem pelarian Syria di Iraq

JOLIE (dua dari kanan) berbual dengan seorang wanita di sebuah kem pelarian Syria di Baghdad kelmarin. BAGHDAD - Bintang Hollywood, Angelina Jolie menemui Menteri Luar Iraq, Hoshyar Zebari kelmarin untuk membincangkan langkah-langkah penjagaan para pelarian Syria di Iraq. Menurut Kementerian Luar Iraq, kedua-dua mereka berbincang tentang langkah-langkah yang diambil pemerintah negara ini untuk memastikan kebajikan pelarian Syria. Menurut...

Pameran cacah tatu tradisional

PAHA kanan Masoe yang ditatu. WELLINGTON, New Zealand - Satu pameran yang menunjukkan cara penduduk Samoa mencacah tatu diadakan di sebuah galeri di sini pada 5 September lalu. Pakar tatu Samoa, Su'a Paul Sulu'ape menunjukkan kepakarannya dengan mencacah tatu tradisional terhadap paha kanan Ricky Masoe. Beberapa lelaki memegang kaki dan tangan Masoe semasa tatu tersebut dilakukan. Pertunjukan tersebut diadakan di Galeri Bandar Raya Wellington...

Pertandingan jari terkuat

SEORANG pengadil (tengah) melihat jari dua orang peserta yang sedang menarik gelang. WARNGAU, Jerman - Satu pertandingan bagi mencari pemilik jari paling kuat diadakan di sini semalam. Pada pertandingan itu, dua peserta menarik gelang dengan menggunakan sebatang jari masing-masing di atas meja sambil disaksikan oleh seorang pengadil. Peserta yang berjaya menyebabkan lawannya terjatuh dari bangku semasa gelang itu ditarik dengan jari akan...

Wajah sebenar Nakoula disiar di YouTube

GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan Nakoula (kiri) duduk bersama Gurji. LOS ANGELES - Wajah penulis skrip filem yang menghina Nabi Muhammad SAW, Nakoula Basseley Nakoula disiarkan di laman YouTube semalam. Gambar tersebut menunjukkan dia duduk bersama pelakon Anna Gurji di set filem Innocence of Muslims yang mengaibkan Nabi Muhammad. Akhbar Mail on Sunday di Britain turut menyiarkan gambar tersebut. Nakoula dilahirkan...

Akhbar Ireland minta maaf siar gambar separuh bogel

AKHBAR Daily Star menyiarkan gambar separuh bogel Kate Middleton di Ireland kelmarin. DUBLIN - Penerbit akhbar Daily Star di Ireland semalam meminta maaf kerana menyiarkan gambar separuh telanjang Kate Middleton yang merupakan isteri pewaris kedua takhta Britain, Putera William. Akhbar itu kelmarin menyiarkan gambar Kate sedang berjemur tanpa memakai coli di sebuah rumah di Perancis. Kate kini memakai gelaran Catherine, Duchess of Cambridge...

Badan putus dirempuh kereta api

KEADAAN motosikal ditunggangi dua beradik yang dirempuh kereta api di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani semalam. SUNGAI PETANI - Seorang gadis yang bekerja di sebuah kilang maut dengan badannya terputus dua manakala kakaknya cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh kereta api di Jalan Kuala Ketil di sini semalam. Mangsa yang terbunuh ialah K. Nalini, 18, manakala mangsa yang cedera parah ialah K. Rani, 22. Sebelum kejadian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...