2020576

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, September 11, 2012

Timbalan Ketua MCA Bukit Bendera maut kemalangan

Quah Eng Lam GEORGETOWN - Seorang ahli veteran MCA maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori simen di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, pagi tadi. Sumber polis berkata pada kejadian pukul 9.30 pagi itu, mendiang Quah Eng Lam, 66, yang juga Timbalan Ketua MCA Bahagian Bukit Bendera dalam perjalanan menghantar mekanik yang telah membaiki van miliknya pulang ke bengkel yang terletak di Gat Lebuh Presgrave. "Sebelum...

Penyelia syarikat penghawa dingin didakwa memperkosa, samun jiran

gambar hiasan PETALING JAYA - Seorang penyelia sebuah syarikat penghawa dingin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperkosa dan menyamun jirannya, dua tahun lepas. Mohd Syakir Suhailee, 22, didakwa memperkosa wanita berusia 38 tahun yang merupakan seorang pengasuh kanak-kanak, di sebuah rumah di Puchong, pada 6 pagi, 3 Okt 2010. Dia yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun...

Dua pelancong Arab sesat di Telaga Tujuh ditemui selamat

Telaga Tujuh, Langkawi LANGKAWI - Dua pelancong Arab yang dilaporkan hilang ketika mendaki pusat peranginan Telaga Tujuh, Langkawi di sini ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan penyelamat malam tadi.     Ketua Balai Bomba Langkawi, Yaakob Hassan berkata pelancong tersebut dikenali sebagai Yassin, 24, dari Morocco dan Ieman, pelancong wanita dari Tunisia ditemui di puncak Telaga Tujuh kira-kira 9.50 malam tadi.     Katanya...

Kumpulan 13 rakyat Malaysia tidak patuhi visa umrah dihantar pulang

SEPANG - Sekumpulan 13 orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan rakyat Malaysia dihantar pulang ke tanah air dari Arab Saudi hari ini, selepas mereka didapati melakukan kesalahan berkaitan peraturan visa. Mereka merupakan sebahagian daripada kumpulan 300 pelawat dari Malaysia yang memperoleh visa menerusi pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat Destinasia Travels Sdn Bhd, yang berlepas ke Arab Saudi secara berperingkat sejak Julai lepas. Pengurus...

Hukuman penjara 2 beradik perempuan cedera, cabul amah ditambah

gambar hiasan SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminda hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap dua beradik perempuan atas kesalahan mencederakan dan melakukan kekerasan jenayah seksual terhadap amah warga Indonesia daripada dua tahun kepada lima tahun dan lapan bulan.     Hakim Noor Azian Shaari membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Wong Choy Lin, 40, dan adiknya, Wong Choy Kin, 38, terhadap sabitan dan hukuman...

Dilema pelacur Bangladesh

WANITA ini, sama seperti ramai penghuni lain di rumah pelacuran Madaripur, tidak akan berganjak ke tempat lain walupun diusir. TARA DAS memberitahu, dia merupakan generasi kelima dalam keluarganya yang bekerja di rumah pelacuran yang sama di Bangladesh. Namun, apa yang membimbangkan, dia kini terpaksa berhadapan dengan penunjuk perasaan orang Islam yang mahu perniagaan pelacuran ditutup. Kawasan pelacuran yang terletak di bandar Madaripur...

Pelajar nyaris diperkosa di tandas universiti

gambar hiasan MELAKA - Seorang pelajar sebuah universiti swasta terselamat daripada cubaan diperkosa di dalam tandas wanita universiti itu di Bukit Beruang di sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian pada 8.30 malam itu, pelajar wanita berusia 21 tahun itu sedang mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan, di aras dua universiti berkenaan, sebelum ke bilik air di aras sama. "Pelajar...

Mesin basuh yang boleh bermain permainan video

Melakukan aktiviti membasuh pakaian dalam masa yang lama pasti merupakan antara aktiviti paling membosankan. Dari masalah itulah Lee Wei Chen, seorang bekas pelajar Kingston University, London yang berasal dari Taiwan telah memperkenalkan ciptaannya iaitu " arcade washing machine". Chen telah menggabungkan mesin permainan arked yang perlu dimasukkan syiling bersama mesin membasuh pakaian. Gabungan kedua-duanya pasti...

Mesin jual ketam layan diri

Biasanya, mesin layan diri hanya menjual minuman, makanan ringan atau permainan sahaja. Namun di Nanjing, China, terdapat mesin layan diri yang menjual ketam hidup. Ianya memudahkan mereka yang baru pulang dari kerja membeli terus tanpa perlu ke pasar untuk menyediakan makan malam di rumah. Ketam hidup yang dijual sudah semestinya masih segar dan mampu menjaga kesedapan makanan yang dimasak. Harga untuk ketam tersebut sekitar US$1.50...

Serangan bom berkembar di Aleppo, 27 terbunuh

Pasukan mencari dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa di bawah runtuhan konkrit di Aleppo. BEIRUT - Satu letupan bom berkembar di kawasan tentera Syria di utara Aleppo, kelmarin membunuh sekurang-kurangnya 27 penduduk awam dan 64 yang lain cedera. Menurut media tempatan, kejadian pada  tengah malam itu, menyaksikan penyerang menyasarkan kedua-dua bom berkenaan ke arah berek dan ibu pejabat polis tentera yang terletak di tengah-tengah...

Parah dihempap lori batu

Keadaan motosikal yang remuk dan mangsa yang dihempap lori. MERBOK - Seorang lelaki berusia 20-an cedera parah selepas dihempap lori yang membawa muatan batu kerikil dalam kejadian dekat simpang tiga Kampung Bujang berhadapan dengan pintu utama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok semalam. Kejadian jam 11 pagi itu dikatakan berlaku apabila lori terbabit dipercayai terbabas ketika melalui jalan yang berselekoh selain terkejut dengan kehadiran...

Remaja kantoi di hotel

Pelajar IPTA yang dicekup berkemban tanpa pakaian dalam bersama teman lelakinya dalam sebuah hotel masuk ke kamar mahkamah untuk proses pendakwaan DUNGUN - Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya. Remaja...

Menarik! 3 buah negara dibahagi persimpangan sungai

Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai persimpangan dua batang sungai yang membahagikan tiga buah negara iaitu Paraguay, Argentina dan juga Brazil. Dua batang sungai tersebut ialah Iguazú dan Paraná. Pemandangan gambar ini amat menarik kerana mampu menangkap gambar tiga buah negara sekaligus....

Ular berkaki dua?

Jika diperhatikan, ramai menyangka ianya adalah seekor ular pelik yang berkaki dua. Sebenarnya tidak, kerana ianya ialah spesis cicak yang dipanggil Mexican Mole Lizard ataupun turut dikenali sebagai Baja Worm Lizard. Haiwan pelik ini tergolong dari spesis Amfibia. Ianya merupakan Reptilia yang lemah anggota badan serta daya penglihatan. Habitatnya adalah di dalam tanah dan menjadikan ulat atau serangga sebagai makanan. Sepasang...

Pak Arab kebas RM150

Mangsa kini bimbang didatangi individu tidak dikenali. ALOR GAJAH - Kedatangan dua pelanggan warga Arab dipercayai sindiket Pak Arab Cepat Tangan untuk membeli 100 helai kertas hanya sekadar penyamaran sebelum melesapkan duit seorang pekerja di sebuah kedai alat tulis di pekan Masjid Tanah, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang itu, mangsa, Siti Khadijah Khalil, 19, berada di dalam kedai berkenaan didatangi suspek lelaki...

Ugut mahu pulau solat Jumaat

Lokasi baru kain rentang projek melebarkan ruang solat Masjid Mukim Bedal, Kuala Krai, selepas segelintir penduduk mengugut untuk pulau solat Jumaat di masjid berkenaan. KUALA KRAI - Tindakan segelintir penduduk ‘mengugut’ untuk memulaukan solat Jumaat di Masjid Mukim Bedal, dekat sini, hanya kerana sekeping kain rentang projek pembangunan masjid itu disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak mengenang budi pemberi sumbangan. Difahamkan, ugutan...

Ngeri! Mayat lelaki misteri berkecai berdekatan lapangan terbang Heathrow

LONDON: Mayat misteri yang ditemui di kawasan meletak kereta berhampiran Lapangan Terbang Heathrow semalam mungkin seorang warga asing yang terjatuh dari pesawat yang melintas di ruang udara kawasan berkenaan, kata polis. Mayat lelaki itu - dipercayai berusia 20-an dan dari Afrika Utara - ditemui orang awam di Mortlake kira-kira jam 7.55 pagi. Jurucakap polis berkata, mereka tidak menolak kemungkinan lelaki itu menyelinap masuk ke bahagian...

Kepala budak perempuan parah tersepit di eskalator

BANGKOK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera parah apabila kepalanya tersepit di antara eskalator bergerak dengan dinding di pusat beli-belah di Pathum Thani, semalam. Pengawai polis penyiasat Pratunam Chulalongkorn, Leftenan Kolonel Chamnong Kongtapan, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1.20 petang di eskalator bergerak di antara tingkat dua dan tiga di Pusat Beli-Belah Future Park Rangsit.  Katanya, Nualprae...

Mahasiswa termuda berusia 12 tahun

WALAUPUN bergelar mahasiswa, Gordon-Brown masih mengikuti kelas persekolahan seperti biasa. LONDON: Seorang budak berusia 12 tahun yang mendapat markah A bagi subjek matematik dalam peperiksaan sekolah menengah kini menjadi mahasiswa termuda Britain. Berdasarkan umurnya, Xavier Gordon-Brown mungkin terlalu muda untuk dibenarkan membuka akaun di Facebook, namun pada masa sama, dia kini mengikuti kursus matematik bagi peringkat ijazah. Gordon-Brown...

Lelaki Arab sorok monyet dalam seluar

NEW DELHI: Kastam India menahan seorang lelaki yang cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi bersama seekor monyet terancam disorok dalam seluar dalamnya, kata pegawai agensi itu, semalam. Suspek berasal dari Emiriah Arab Bersatu kini ditahan bersama dua rakannya. Menurut jurucakap kastam, suspek tiba dari Bangkok dan sepatutnya menaiki penerbangan Jet Airways ke Dubai.  “Kastam mengesan monyet itu ketika...

Kereta jadi tilam

RAMPAS...anggota penguat kuasa KPDNKK merampas barangan elektrik dan tilam jed dalam serbuan, semalam. KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan ratusan ringgit, sebuah syarikat ‘gores dan menang’ mengaut keuntungan mencecah RM200,000 sehari hasil penipuan. Mereka menjanjikan hadiah kereta mewah seperti dipamerkan pada kad yang diserahkan kepada mangsa untuk mencuba nasib, bagaimanapun sebaik mangsa menyerahkan wang tunai, mereka menukarkan hadiah kepada...

Ratu cantik pondan diserbu di Sungai Petani

Sebahagian pondan yang menyertai pertandingan ratu cantik di sebuah hotel di Taman Ria Jaya, Sungai Petani ditahan malam kelmarin. Pondan sertai ratu cantik diserbu penguat kuasa Sungai Petani: Lebih 30 pondan bertempiaran lari selepas dewan hotel yang menjadi lokasi pertandingan ratu cantik mak nyah diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin.  Kumpulan pondan yang masing-masing melaram dengan pelbagai fesyen itu bertempiaran lari menuju...

Penduduk Islam Jerman bantah larangan berkhatan

Penunjuk perasaan Jerman memegang kain rentang tertulis 'Akhirnya, Jerman menjadi kuasa kolonial sekali lagi' semasa satu bantahan menuntut kebebasan hak beragama di Dataran Bebelplatz, Berlin, Jerman, kelmarin. - AFP BERLIN 10 Sept. - Beratus-ratus penduduk Islam Jerman mengadakan tunjuk perasan di sini semalam, membantah keputusan sebuah mahkamah Cologne berhubung larangan amalan berkhatan dan menuntut 'kebebasan agama' mereka dihormati. Kira-kira...

Traktor berentap di Jerman

SEBUAH traktor yang diubah suai beraksi pada pertandingan traktor di bandar Fuechtorf, Jerman kelmarin. FUECHTORF - Satu pertandingan traktor diadakan di sini, barat Jerman kelmarin. Dinamakan Tractor Pulling Euro Championships, acara tersebut disertai oleh 80 buah pasukan dari seluruh benua Eropah. Pertandingan selama dua hari itu menyaksikan penyertaan pelbagai jenis traktor yang diubah suai dan berkuasa tinggi. Traktor yang dapat menarik...

Padah ragut wanita dalam lif

KESAN tompokan darah jelas kelihatan di tempat seorang peragut dibelasah oleh orang awam di Chow Kit semalam. KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah tegar bukan sahaja gagal melarikan barangan yang diragut malah dia cedera parah apabila dibelasah orang ramai yang geram dengan tindakannya menyamun seorang wanita di dalam lif flat Wisma Hock Ann, Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini semalam. Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika suspek...

Hospital di India upah kaki pukul kawal keselamatan

DUA kaki pukul beruniform berkawal di hadapan pintu masuk ke wad di Hospital Deen Dayal Upadhyay di New Delhi pada 21 Ogos lalu. NEW DELHI - Sebuah hospital di India mengupah sejumlah kaki pukul bagi mengelakkan kakitangannya daripada menjadi mangsa keganasan di tempat kerja. Seorang kaki pukul berkenaan, Pradeep Kumar dan lebih 20 rakan sekerjanya bertugas mengawal wad kecemasan dan bersalin Hospital Deen Dayal Upadhyay (DDU) di sini. Mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...