Tuesday, September 11, 2012

Serangan bom berkembar di Aleppo, 27 terbunuh

cara membuat bom sendiri
Pasukan mencari dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa di bawah runtuhan konkrit di Aleppo.
BEIRUT - Satu letupan bom berkembar di kawasan tentera Syria di utara Aleppo, kelmarin membunuh sekurang-kurangnya 27 penduduk awam dan 64 yang lain cedera.

Menurut media tempatan, kejadian pada  tengah malam itu, menyaksikan penyerang menyasarkan kedua-dua bom berkenaan ke arah berek dan ibu pejabat polis tentera yang terletak di tengah-tengah bandar.

Pemberontak dan tentera kerajaan menggunakan bangunan-bangunan kediaman dan pejabat sebagai benteng serangan selain mendiaminya sejak tercetus pemberontakan 18 bulan lalu.

"Tentera telah menakluki kawasan kejiranan dan menghalau penghuni bangunan. Bangunan hospital kerajaan turut bertukar menjadi berek tentera," kata aktivis Ahmad Saeed.

Terdahulu, pesawat perang Syria dilaporkan telah mengebom kawasan kediaman di timur dan lebih buruk apabila kota terbesar negara berhadapan masalah kekurangan bekalan air selepas satu saluran paip utamanya hancur dibom.

Sebuah kompleks kediaman dalam kejiranan Hanau turut musnah dibom dan sekurang-kurangnya lima terbunuh susulan didakwa menjadi lokasi kawalan pemberontak Aleppo.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...