Tuesday, September 11, 2012

Ngeri! Mayat lelaki misteri berkecai berdekatan lapangan terbang Heathrow

kematian paling mengerikan

LONDON: Mayat misteri yang ditemui di kawasan meletak kereta berhampiran Lapangan Terbang Heathrow semalam mungkin seorang warga asing yang terjatuh dari pesawat yang melintas di ruang udara kawasan berkenaan, kata polis.

Mayat lelaki itu - dipercayai berusia 20-an dan dari Afrika Utara - ditemui orang awam di Mortlake kira-kira jam 7.55 pagi. Jurucakap polis berkata, mereka tidak menolak kemungkinan lelaki itu menyelinap masuk ke bahagian bawah pesawat tertentu dan terjatuh sejurus sebelum ia mendarat.

kematian paling mengerikan

Menurut penduduk di situ, lelaki terbabit mengalami pelbagai kecederaan dan sebahagian daripada anggota badannya berkecai dan cebisannya ditemui kira-kira enam meter dari situ.

Seorang saksi berkata, kecederaan pada badan lelaki itu “seperti tembikai yang dipukul.” Mortlake terletak di selatan Sungai Thames berhampiran Barnes dan Kew Gardens, manakala Lapangan Terbang Heathrow terletak hanya kira-kira 16 kilometer dari situ.

Kawasan itu juga menjadi laluan kepada banyak pesawat antarabangsa. Billy Watson, 26, yang tinggal di kawasan itu berkata, mayat berkenaan “hancur” dan lelaki terbabit mungkin berketurunan Albania atau Maghribi. “Kepalanya berpusing ke satu arah dan kakinya seperti dipulas ke arah bertentangan.

“Punggungnya tercabut, manakala satu daripada tangannya berada dalam posisi tidak sepatutnya,” katanya. 

sumber- DM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...