2020579

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, August 30, 2012

Bekas ketua balai dihukum penjara 9 bulan kerana kelucahan melampau

gambar hiasan KANGAR: Bekas ketua Balai Polis Arau, Sub-Inspektor Zaini Ahmad hari ini dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap dua pemuda, lima tahun lalu.  Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Zaini, 54, selepas membenarkan rayuan kali kedua oleh pihak pendakwaan....

9 remaja Israel serang penduduk Palestin didakwa

Sembilan remaja Israel termasuk lapan juvana didakwa kerana menyerang seorang remaja Palestin pada 17 Ogos lalu. TEL AVIV - Sembilan remaja Israel termasuk lapan juvana didakwa, kelmarin selepas bertindak menyerang seorang remaja Palestin, Jamal Julani sehingga menyebabkan mangsa kritikal pada 17 Ogos lalu. Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Keadilan, lapan daripada mereka akan dibicarakan di Mahkamah Baitulmaqdis atas tuduhan melakukan...

Penumpang berpakaian seksi dilarang naik pesawat

LAS VEGAS - Beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat membuat peraturan baru iaitu melarang penumpang berpakaian seksi dan berunsur provokasi dari menaiki pesawat mereka. “Penampilan penumpang memberi imej penting yang akan memberi reputasi baik kepada syarikat penerbangan,” kata Penasihat Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika (FAA) Kenneth Quinn. Menurutnya, krew pesawat juga berhak untuk mengusir penumpang yang tidak mematuhi...

Gempar ratusan organ manusia ditemui dalam lokar

PENSACOLA - Hobi pelik seorang bekas pemeriksa kesihatan menyimpan koleksi organ dalaman manusia seperti otak, jantung dan paru-paru di dalam bekas makanan plastik akhirnya terbongkar, menurut pihak berkuasa di Florida, kelmarin. Polis memaklumkan organ dalaman yang telah diawet dan dipercayai milik kira-kira 100 individu itu ditemui oleh seorang lelaki yang baru membeli lokar tersebut dalam satu sesi lelongan di Pensacola pada minggu lalu. Pihak...

Lelaki didakwa jual ijazah palsu USM RM540

Lim Chuan Soon dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen. GEOGETOWN - Seorang daripada tiga suspek yang ditahan pada hujung Jun lalu berhubung kes pemalsuan ijazah Universiti Sains Malaysia (USM), dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menjual ijazah palsu pada harga RM540. Lim Chuan Soon, 26, bekas pemilik perniagaan permainan dalam talian mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim...

Mati dalam rumah tinggal

Mohd Azlan memeriksa mayat mangsa yang ditemui mati dalam rumah tinggal, semalam. KULIM - Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan terlentang di dalam rumah tinggal di Kampung Kilang Sagu kira-kira jam 3 petang semalam. Mangsa yang merupakan pengemis dipercayai tinggal di rumah itu sejak beberapa tahun lalu dan sering kelihatan di Pekan Kulim untuk meminta sedekah. Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abdul...

Dua 'Syaitan' didakwa bunuh kanak-kanak 4 tahun

(Gambar kiri) Parimala menutup mukanya diiringi di Mahkamah Majistret di sini, semalam (Gambar kanan) Kupertasan turut hadir atas dakwaan membunuh anak teman wanitanya. IPOH - Seorang wanita mengandung lapan bulan bersama teman lelakinya dihadapkan di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Kampung Tawas di sini, antara 7 hingga 14 Ogos lalu. Tertuduh, T Parimala, 33, dari Kampung Tawas...

Bayi dalam beg pakaian

Mohd Asrad Mohamad, 22, menunjukkan lokasi dan keadaan beg pakaian itu diletakkan sebelum bapanya menyedari terdapat seorang bayi perempuan cukup sifat berada di dalamnya. KUALA TERENGGANU- Seorang peniaga surat khabar terperanjat besar apabila menemui seorang bayi perempuan di dalam sebuah beg pakaian berwarna biru yang ditinggalkan di depan kedainya di Jalan Sultan Omar, di sini, awal pagi semalam. Mohamad Ibrahim, 56, dari Jalan Panji Alam,...

Empat permohonan suami pertikai jantina Sri Wani ditolak

Sri Wani Choo Abdullah KUALA LUMPUR - Usahawan Produk Kecantikan, yang menjadi perhatian media selepas jantinaya dipertikai suami, Sri Wani Choo Abdullah bersyukur dan gembira selepas Mahkamah Tinggi Syariah membatalkan kesemua empat permohonan yang difailkan suaminya, Professor Dr Baharom Sanugi di sini, semalam. Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan empat permohonan bekas Dekan sebuah Instutusi Pengajian Tinggi Awam itu termasuk...

Romantik gambar perkahwinan atas gunung batu

PASANGAN pengantin, Bob Ewing dan Antonie Hodge merakamkan gambar perkahwinan mereka di puncak gunung batu Seneca Rocks di Virginia Barat. CHARLESTON - Sejauh manakah anda sanggup lakukan untuk mengabadikan ikatan perkahwinan anda? Di Amerika Syarikat (AS), sepasang pengantin baharu, Bob Ewing dan isterinya, Antonie Hodge bertindak mendaki sebuah gunung batu setinggi 275 meter dengan lengkap berpakaian pengantin. Mereka berbuat demikian...

Misteri video Hantu Bebola Api sedang terbang

Antara hantu yang paling ditakuti di Thailand ialah Phi Krasue. Hantu ini sebenarnya terkenal di seluruh nusantara termasuk Malaysia dan Indonesia. Masyarakat melayu pula menggelarkannya sebagai hantu botol, penanggal atau balan-balan. Ramai saksi mengatakan ternampak hantu ini seakan-akan bola api ketika ia sedang terbang. Video yang didakwa Phi Krasue ini ditangkap oleh seorang pelajar wanita di Thailand. Ianya turut menjadi topik hangat...

Video Hantu Kemalangan Ngeri datang berparti

Satu lagi video yang menjadi perbincangan hangat dalam rancangan televisyen popular Thailand mengenai video parti karaoke. Tiada apa yang pelik mengenai aktiviti tersebut kerana ianya perkara biasa di Thailand, tetapi apa yang mengejutkan ialah terdapat hantu dalam video tersebut. Sepanjang parti berlangsung, kamera bergerak secara rambang untuk menangkap gambar kesemua tetamu. Pada masa itu seorang tetamu lelaki duduk di hadapan pintu dan tanpa...

Kedai Hitler cetuskan kemarahan

RAJESH SHAH menunjukkan kad perniagaannya. AHMEDABAD, India - Sebuah kedai pakaian lelaki di India diminta menukar namanya selepas nama Hitler yang digunakan membangkitkan kemarahan masyarakat setempat. Akhbar Mail Online melaporkan pemilik kedai berkenaan, Rajesh Shah mendakwa dia tidak menyedari nama kedainya, Hitler telah mencetuskan kontroversi. Rajesh berkata, nama tersebut diperoleh daripada gelaran yang diberikan kepada rakan kongsi...

Misteri video Hantu Galah di Thailand

Video ini menjadi topik perbincangan hangat di rancangan televisyen Thailand. Isu yang menjadi tanda tanya dalam video tersebut ialah kemunculan hantu gergasi yang berjalan melintasi sebuah monumen di Bangkok. Masyarakat melayu percaya bahawa hantu yang besar sebegitu dipanggil hantu raya ataupun hantu galah. Video ini dirakamkan sendiri oleh seorang gadis menggunakan telefon bimbitnya ketika bersiar-siar di Kota Bangkok dengan menaiki...

Peluncur air cedera parah di perut selepas dibaham jerung

Peluncur air cedera parah di perut selepas dibaham jerung SYDNEY: Seorang peluncur air cedera parah dibaham ikan jerung di persisiran pantai di bahagian barat Australia, menjadikan ia kejadian serius ke-enam kurang dari setahun. Saksi kejadian berkata, laut “dipenuhi darah.”  Lelaki itu, dilaporkan berusia 30-an, dibaham di bahagian perut dan mengalami luka parah di lengan kanan ketika cuba menghalang jerung itu di Red Bluff, kawasan...

Ditembak mati ketika menunggu anak pulang sekolah

MANGSA...polis mengusung mayat Archuthan yang ditembak lelaki bermotosikal di hadapan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, semalam. GOMBAK: Seorang lelaki bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak dua lelaki dari jarak dekat ketika kedua-duanya sedang menunggu anak lelaki mereka pulang di depan Sekolah Menengah Darul Ehsan, Selayang Baru, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam...

Pencuri besi berbahaya dipenjara

Tertuduh diiringi polis keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan, semalam. KOTA BHARU – Seorang pendawai elektrik dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas didapati bersalah mencuri besi staging dan gagal mengemukakan kad pengenalan, 21 Ogos lalu. Hukuman diputuskan Majistret Muhamad Safuan Azhar selepas lelaki berusia 29 tahun itu mengaku salah. Mohammad Azram Husin@Mohamed mengaku mencuri 10 besi staging milik sebuah kilang...

Janda dipermain kekasih Nigeria

HOCK SENG menunjukkan gambar lucah di telefon bimbit yang dirampas daripada warga Nigeria yang ditahan kelmarin. MELAKA - Hanya dalam tempoh dua bulan, seorang janda anak satu kerugian RM233,227.96 gara-gara terjerat dengan ayat-ayat cinta lelaki Nigeria menyamar sebagai doktor yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook pada awal Mei lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata,...

Bom 250kg diletupkan

SUSUNAN gambar menunjukkan bom peninggalan Perang Dunia Kedua seberat 250kg diletupkan di pusat bandar Munich, Jerman kelmarin. MUNICH - Sepasukan pakar letupan di Jerman meletupkan bom peninggalan Perang Dunia Kedua seberat 250 kilogram (kg) di pusat bandar raya ini. Agensi berita Jerman, DAPD memetik seorang jurucakap polis sebagai berkata, bom lama itu berjaya diletupkan petang kelmarin. Namun, beberapa serpihan bom yang terbakar menyebabkan...

Osama sudah mati apabila bilik tidurnya diserbu

RUMAH yang menjadi tempat persembunyian Osama di bandar Abbottabad, Pakistan. WASHINGTON - Ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden sudah mati apabila pasukan komando Amerika Syarikat (AS), Navy SEAL menyerbu ke dalam bilik tidurnya di sebuah banglo di bandar Abbottabad, Pakistan. Dakwaan kontroversi itu bercanggah dengan kenyataan rasmi White House tentang kematian Osama. Pendedahan mengenainya dibuat oleh seorang bekas anggota komando...

Saintis temui spesimen serangga tertua di dunia

NEW YORK 29 Ogos - Sekumpulan saintis menemui spesimen serangga paling tua di dunia yang dianggarkan berusia 230 juta tahun. Penemuan fosil hasil kajian dua penyelidik dari Universiti Padova, Eugenio Ragazzi dan Guido Roghi itu didedahkan oleh kurator Muzium Sejarah Sejarah Alam Semula Jadi Amerika Bahagian Zoologi Invertebrat, David Grimaldi melalui penulisannya yang disiarkan dalam jurnal sains, Proceedings of the National Academy of Sciences. Menurut...

Dipenjara potong zakar bekas kekasih

Sydney: Seorang wanita Australia yang mengaku membunuh bekas kekasihnya dan cuba untuk memotong zakarnya dipenjara tiga tahun dan sembilan bulan semalam dan mahkamah menerima bahawa tertuduh menderita kemurungan.  Jian Chen, 47, mengaku bersalah membunuh tanpa niat bekas teman lelakinya Jian Xiang Peng selepas diberikan ubat pelali hingga membawa maut dan ditikam pada Februari tahun berikutan pergaduhan mengenai wang dan anak lelaki pasangan...

Robert Pattinson jual rumah kenangan bersama Kristen Stewart

Bintang filem “Twilight”, Robert Pattinson telah mengambil keputusan untuk rumah dimana dia dan Kristen Stewart pernah tinggal bersama hampir setahun. Menurut satu sumber kepada FemaleFirst, Pattinson mahu menjual rumah mewah yang bernilai RM19.6 juta itu kerana berkata rumah tersebut mempunyai terlalu banyak kenangan ketika dia bersama Stewart. Sebelum ini, Pattinson awal-awal lagi sudah memindahkan barang-barangnya keluar dari rumah itu,...

Orang utan terbakar

ORANG utan jantan ini cedera selepas terjatuh ke atas tanah yang mempunyai unggun api. PONTIANAK - Beberapa penduduk kampung yang cuba mengusir seekor orang utan keluar daripada sebatang pohon rambutan telah membakar haiwan tersebut secara tidak sengaja. Menurut akhbar MailOnline kelmarin, orang utan jantan itu bersarang di atas pokok berkenaan setelah habitat asal haiwan berkenaan diganggu oleh manusia. Insiden itu berlaku di kampung Lower...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...