Thursday, August 30, 2012

Peluncur air cedera parah di perut selepas dibaham jerung

Peluncur air cedera parah di perut selepas dibaham jerung
Peluncur air cedera parah di perut selepas dibaham jerung
SYDNEY: Seorang peluncur air cedera parah dibaham ikan jerung di persisiran pantai di bahagian barat Australia, menjadikan ia kejadian serius ke-enam kurang dari setahun.

Saksi kejadian berkata, laut “dipenuhi darah.” 

Lelaki itu, dilaporkan berusia 30-an, dibaham di bahagian perut dan mengalami luka parah di lengan kanan ketika cuba menghalang jerung itu di Red Bluff, kawasan popular yang agak terpencil untuk sukan luncur air terletak 1,000 kilometer di utara Perth. 

Seorang peluncur lain, menarik mangsa ke atas papan luncurnya dan membawa mangsa ke pantai dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari kelmarin.

“Laut dipenuhi darah,” kata wanita tempatan, Rebecca Caldwell. 

sumber- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...