Thursday, August 9, 2012

Kereta tertua di dunia yang masih mampu bergerak

Kereta tertua di dunia yang masih boleh bergerak, De Dion Bouton Et Trepardoux Dos-A-Dos Stim Runabout tahun 1884, telah dipasang untuk dijual dan dijangka mencecah sehingga £1.6 juta.

De Dion Bouton Et Trepardoux Dos-A-Dos Stim Runabout

Kenderaan berusia 127 tahun berkuasa stim ini direka oleh Georges Bouton dan Charles-Armand Trepardoux di Perancis pada tahun 1881 untuk Count De Dion, 12 tahun sebelum Henry Ford mencipta kereta pertamanya.

Ianya digelar 'La Marquise,' bersempena nama ibu kepada De Dion. Panjangnya 9 kaki dan berat 2,100 paun serta mempunyai kelajuan maksima 38 batu sejam.

De Dion Bouton Et Trepardoux Dos-A-Dos Stim Runabout

Paris-Rouen tahun 1895, dianggap sebagai pertandingan permotoran pertama dunia tetapi sebenarnya terdapat perlumbaan yang lebih awal darinya iaitu pada tahun 1887 (ditafsir sebagai pertandingan permotoran pertama di Eropah), yang dikendalikan oleh editor jualan majalah basikal ternama di Perancis, Le Velocipede. Hanya sebuah kereta sahaja yang berlumba, iaitu kereta ini.

De Dion Bouton Et Trepardoux Dos-A-Dos Stim Runabout

Count De Dion memiliki aset berharga itu sehingga 1906, sebelum menjualnya kepada pegawai tentera Perancis Henri Doriol.

Keluarga Doriol memiliki 'La Marquise' selama 81 tahun tetapi gagal untuk membuatkannya bergerak selepas kehilangan kedua-dua tembaga dan kelengkapan loyang berikutan perang pada tahun 1914.

De Dion Bouton Et Trepardoux Dos-A-Dos Stim Runabout

Setelah bertukar tangan sekali lagi pada tahun 1987, Tim Moore, seorang ahli Kelab Kereta Veteran British telah membuatkan kereta tersebut berfungsi semula dalam tempoh setahun.

Selepas dibaik pulih, Moore telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan menggunakan kenderaan itu, termasuk empat perlumbaan London-Brighton.

sumber- unikversiti

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...