Puntung Cerut Winston Churchill yang belum habis pada tahun 1941 telah terjual dengan harga ₤4500. Perdana Menteri Britain yang memimpin semasa Perang Dunia ke-2 itu meninggalkan puntung cerut di bekas abu rokok mejanya untuk menghadiri pertemuan Kabinet.
Seorang pekerja Downing Street telah mengambil dan menyimpan puntung cerut tersebut. Dia mengirimkan puntung cerut yang panjangnya empat inci atau 10.16 centimeter itu kepada kawannya dengan menuliskan sedikit nota. Kawannya menyimpan puntung cerut itu sehingga kematiannya lalu di serahkan pada waris si mati.
Ketika berlangsungnya lelongan Keys di Aylsham, puntung cerut itu disasarkan mencapai harga sekitar ₤350 sahaja. Namun,seorang pengumpul peribadi membelinya dengan bidaan lebih tinggi.
0 comments:
Post a Comment