WASHINGTON – Penyelidik Amerika Syarikat (AS) telah menemui fosil spesis semut terbesar yang pernah hidup di muka bumi.
Ukuran semut tersebut ialah sekitar 5 cm dan dianggarkan hidup kira-kira 50 juta tahun yang lalu. Dipetik dari ABC News, Khamis (5/5/2011).
Bagaimanakah semut tersebut hidup dan apakah makanannya? Hingga ke hari ini, penyelidikan terperinci masih diteruskan. Fosil yang dinamakan Titanomyrma Lubei adalah spesimen yang memberangsangkan.
Titanomyrma Lubei adalah fosil semut terbesar di dunia dengan saiz bersamaan seekor burung kecil. Bahagian belakang semut tersebut berlekuk seakan lebah.
Fosil semut raksasa ini sama seperti fosil yang ditemui di Eropah. Kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu berasal dari zaman Eocene Epoch, sekitar 50 juta tahun yang lalu.
Benua Eropah dan Amerika Utara jaraknya berdekatan ketika 50 juta tahun yang lalu. Para penyelidik mengatakan semut tersebut kemungkinan besar berpindah dari satu benua ke benua yang lain.
0 comments:
Post a Comment