2020576

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Monday, October 29, 2012

Peralatan muzik, barang peribadi Yuna lesap di Seattle

Yuna PERALATAN muzik yang digunakan penyanyi, Yuna dan beberapa barang peribadi yang disimpan di van dinaikinya hilang, dipercayai dicuri di Seattle, Amerika Syarikat (AS), semalam. Berita itu disampaikan sendiri oleh penyanyi Terukir Di Bintang ini melalui laman mikro Twitter miliknya awal pagi tadi. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu bahawa kesemua peralatan muzik yang digunakan untuk siri jelajah telah lesap dari van...

Misha Omar kahwin tahun depan?

Misha Omar  Jarang kedengaran kisah terbaru penyanyi bersuara gemeresik, Misha Omar. Dalam diam-diam, Misha sebenarnya masih aktif menyanyi dan dalam proses menyiapkan album terbarunya. Dari segi kehidupan peribadi, pelantun Bunga Bunga Cinta yang bertunang Februari lalu ini masih mencari tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Ini kerana, tunangnya yang juga seorang juruterbang agak sibuk dengan karier. Bagaimanapun, Misha...

Aaron Aziz masuk hospital

PELAKON lelaki popular, Aaron Aziz dimasukkan ke hospital pagi ini berikutan demam teruk dialaminya sejak beberapa hari lalu. Perkara itu disahkan oleh isterinya, Diyanah Halik melalui laman mikro Twitter, hari ini. Aaron Aziz Menurut Diyana, Aaron mengalami demam teruk akibat pneumonia. Namun, suhu badan Aaron dilaporkan sudah turun sedikit selepas menerima rawatan. Pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku...

Lelaki seludup 16 anak harimau dicekup

BANGKOK - Polis Thailand berjaya mematahkan cubaan penyeludupan 16 anak harimau berhampiran sempadan Laos, kelmarin. Sebanyak 16 anak harimau cuba diseludup berhampiran sempadan Laos, kelmarin. Gambar: AP Ketua penyiasat polis daerah tempatan, Leftenan Kolonel Kusol Pongbunchan berkata, lelaki warga tempatan berusia 52 tahun itu ditahan semasa pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di pintu sempadan di Khon Kaen wilayah di timur laut Thailand. “Pihak...

Feri rempuh dermaga

MARSEILLE, Perancis - Sebuah feri senget dan dimasuki air selepas ia merempuh dermaga di sini akibat tiupan angin kencang semalam, kata seorang jurucakap syarikat pemilik kapal berkenaan. Feri tersebut, Napoleon Bonaparte dimiliki syarikat Société Nationale Maritime Corse Méditerranée. FERI Napoleon Bonaparte merempuh sebuah dermaga di Marseille semalam. "Ketika kejadian, feri berkenaan tidak membawa penumpang kerana ia tidak beroperasi. "Cuma...

Iklan yang mengaibkan Muslimah

Iklan D'Haja, sebuah syarikat menjual tudung muslimah telah menimbulkan kontroversi hangat. Ianya dilakonkan oleh Irma Hasmie. Mengikut beberapa pendapat, iklan ini berunsurkan freemason. Dalam babak-babak terakhir iklan ini, Irma telah bertukar menjadi gagak hitam seolah-olah seperti perempuan sihir sedangkan pada waktu tersebut dia mengenakan pakaian muslimah. Justeru babak ini secara sengaja atau tidak, telah mengaibkan wanita Islam. Perkara...

Wanita mabuk dicampak keluar

SYDNEY: Bosan dengan bebelan dan tindak-tanduk seorang wanita, sekumpulan penumpang komuter di Sydney berpakat untuk mencampaknya keluar dari tren, lapor media semalam. Sebahagian daripada insiden itu dirakam dan dimuat naik ke YouTube dan mencetuskan sensasi di laman sesawang berkenaan. Melalui klip sepanjang empat minit itu, seorang wanita dipercayai mabuk kelihatan duduk di dalam tren berkenaan dan bertengkar dengan sekumpulan lelaki. Wanita...

Kambing istimewa RM640,000

JAIPUR: Seekor kambing ditawar untuk dijual pada harga RM640,000. Islam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha. Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya. Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang. “Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak...

Bandar yang dipercayai tertua di Eropah ditemui

SOFIA - Beberapa pakar arkeologi menemui lokasi sebuah bandar kecil berhampiran bandar Provadia, timur Bulgaria yang dipercayai paling tua di Eropah. GAMBAR yang dirakamkan pada 26 September lalu menunjukkan sebuah penempatan kecil mengandungi dua buah rumah dipercayai lokasi bandar paling tua di Eropah yang terletak berhampiran bandar Provadia. Bandar tersebut wujud antara 4,700 hingga 4,200 Sebelum Masihi. Ia terletak di sekitar sebuah...

Siapa sebenarnya mati?

KUALA LUMPUR: “Saya tak mati lagi, seram sejuk badan saya bila awak cakap saya mati.” Itu kata Sadisafizan Said, 36, kepada wartawan Harian Metro yang ke rumahnya di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, di sini, untuk menemu bual keluarganya selepas dia dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam. Pertemuan wartawan Harian Metro dengan Sadisafizan, sekali gus menimbulkan persoalan...

Ketumbuhan 28kg dibuang

DRESDEN (Jerman): Doktor di sini berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 28 kilogram, cukup besar untuk memenuhi sebuah kereta sorong, daripada seorang wanita berusia 60 tahun. DOKTOR menunjukkan gambar ketumbuhan yang dibuang. Wanita berkenaan, Irmtraud Eichler, sebelum ini dikatakan obese selepas berat badannya meningkat apabila ketumbuhan pada ovarinya itu membesar. Doktor memberinya ubat antiobesiti untuk memerangi berat badannya yang...

Budak lelaki cedera ditanduk lembu korban

KARACHI, Pakistan - Seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha di sini kelmarin. Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu. SEORANG budak lelaki ditanduk seekor lembu di Karachi kelmarin. Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih. Pemiliknya, Abdul...

Pertengkaran terakhir

JOHOR BAHRU: Pasangan kekasih yang dipercayai sering bergaduh di rumah mereka di Blok 15, Town House Polo Park Taman Iskandar di sini, sejak beberapa tahun lalu, bertengkar buat kali terakhir pagi semalam, sebelum kedua-duanya ditemui maut dipercayai terhidu asal tebal dalam kebakaran, semalam. PERIKSA...mayat pasangan kekasih maut dalam kebakaran di rumah sewa, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki warga Singapura, Ang...

Janji tunang 5 wanita

SEGAMAT: Kelicikan seorang lelaki yang memperdaya puluhan wanita dikenalinya melalui laman mencari jodoh sehingga dapat mengikis wang lebih RM100,000 terbongkar apabila seorang daripada mangsa curiga dengan kegagalannya hadir untuk majlis pertunangan mereka. Hasil ‘siasatan’ mangsa itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 28, amat mengejutkan apabila kekasihnya itu bukan saja berjanji untuk bertunang dengannya pada 26 Ogos lalu, tapi turut membuat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...