2020538

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, August 1, 2012

Gadis 17 tahun lelong dara di televisyen

GAMBAR menunjukkan wajah Miss Spring. BUDAPEST - Seorang gadis di Hungary akan melelong daranya menerusi sebuah stesen televisyen secara langsung, lapor sebuah akhbar semalam. Remaja tersebut yang berusia 17 tahun dan dikenali sebagai Miss Spring menyatakan, dia akan menyerahkan daranya kepada lelaki yang membayar harga tertinggi itu sebaik sahaja usianya mencecah 18 tahun. Dia dilaporkan berbuat demikian bagi mengumpul wang untuk menyelamatkan...

6 gitar termahal di dunia beserta kisahnya

Seperti yang kita sedia tahu, gitar merupakan alat muzik paling popular dan digemari untuk pelbagai rentak muzik moden. Berikut merupakan 6 gitar termahal di dunia beserta kisahnya : 1.) “Lenny” – Stevie Ray Vaughan’s 1965 Fender Composite Stratocaster: $623,500 Dimiliki oleh 'Great Blues Guitarist', Stevie Ray Vaughan. Gitar ini dihadiahkan oleh isterinya, Lenny pada hari lahirnya yang ke 26 pada tahun 1980. Ianya turut merupakan gitar...

Motosikal Hanyut Dari Tokyo ke Kanada

Motosikal Harley Davidson milik Yokoyama tersadai di sebuah pulau - AP  Sebuah motosikal Harley Davidson yang hilang tatkala tsunami melanda Jepun tahun lalu, ditemui 6,400 km jauhnya di sebuah pulau di Kanada. Pemilik motosikal tersebut, Yokoyama dijejaki menerusi nombor plat yang tertera pada motosikal tersebut. Yokoyama gembira motosikalnya ditemui semula Tiga anggota keluarganya mati dalam bencana itu yang melanda Mac 2011 dan...

Pelik! Pokok Pisang Ada Tiga Tandan Dan Lima Jantung

Kebiasaannya pokok pisang hanya mengeluarkan hasil setandan dan sebiji jantung pada satu-satu masa. Namun, sebatang pokok pisang di wilayah Wonogiri di Jawa Tengah mempunyai keajaiban tersendiri apabila mempunyai tiga tandan pisang dan lima jantung. Pokok pisang pelik ini amat jarang sekali ditemui kerana mempunyai tandan dan jantung lebih dari satu.  Pemilik pokok pisang pelik setinggi empat meter itu, Sarman, 64, berkata, setiap tandan...

Pelik! Akar Pokok Menyerupai Jantung Manusia

Sepasang suami isteri telah menjumpai akar pokok yang seakan-akan jantung manusia. Akar ganjil itu dijumpai ketika mana pasangan ini mencari akar kayu di hutan. Pasangan berkenaan, Madon Ismail, 65, dan Fatimah Ibrahim, 55, yang tinggal di Kampung Tembioh pernah menolak tawaran sebanyak RM10,000 daripada rakan yang berminat mahu memiliki akar ganjil itu. Madon berkata, keunikan akar ganjil itu membuatkannya mudah menolak tawaran daripada...

Pelik! Beribu Udang Ditemui Di Lubang Gunung Berapi

Satu kejadian pelik telah berlaku di sebuah lubang gunung berapi di sebuah lokasi rahsia di Laut Carribbean didapati mengandungi ribuan udang pelik kecil yang tidak diketahui spesiesnya. Menurut para penyelidik, lubang itu terdapat di selatan Kepulauan Cayman, lima kilometer di bawah permukaan laut. Penemuan itu dibuat menerusi satu ekspedisi pada 2010 yang diketuai oleh seorang ahli geokimia marin Pusat Kelautan Kebangsaan Britain dan Jon...

Kejam! Gambar Pengawal Wanita Gaddafi Dibunuh Tentera NTC Libya

Pengawal Peribadi Gaddafi yang dipanggil “The Revolutionary Nuns” atau “Amazonian Guard” yang dianggotai oleh beberapa orang wanita ni telah diburu dan dibunuh kejam oleh pemberontak sebelum kematian Muammar Gaddafi. Semua wanita ini diburu dan dibunuh oleh askar yang ditugaskan untuk memburu Gaddafi ketika itu. Cuba kita lihat gambar-gambar yang menimpa nasib mereka ini. Sungguh kasihan dan mereka hanyalah menjalankan tugas untuk menjaga...

Remaja Jatuh Mati Selepas Berkhalwat di Selayang

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu mengelak ditangkap berkhalwat, seorang pemuda terbunuh selepas terjatuh dari rumah sewa teman wanitanya di tingkat lima Apartmen Jelutong, Selayang Heights, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 1.40 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun dan masih menuntut di Kolej Komuniti Selayang dikatakan cuba mengelak ditahan dengan melarikan diri melalui tingkap sebaik pintu rumah diketuk sepasukan pegawai pencegah...

Peniaga jadi buta kena gas pemedih FRU dapat RM150,000

KOTA BHARU - Seorang peniaga yang mata kanannya buta akibat terkena kelongsong gas pemedih mata semasa rusuhan perlawanan bola sepak di luar Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada 2009, hari ini mendapat ganti rugi RM150,000. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan jumlah ganti rugi itu selepas mendapati plaintif, Muhammad Huzaifah Muhd Noor, 22, berjaya membuktikan kecederaan parah di mata kanan yang dialaminya adalah...

Siti Saleha punya percaturan tersendiri

Pelakon, Siti Saleha Mohd Baharum. Memiliki rupa paras kacukan Inggeris Melayu adalah satu kelebihan buat Siti Saleha Mohd Baharum atau lebih dikenali sebagai Siti Saleha untuk terus kekal dalam industri lakonan. Tidak pernah bergantung pada kelebihan itu, adik kepada penyanyi, Sam Bunkface ini terus berusaha keras memastikan bakat dan kebolehannya dalam bidang lakonan mendapat perhatian pelbagai pihak, terutamanya pengarah dan penerbit tempatan. Ia...

Ular tedung selar disangka tali

Izzuddin (tengah) bersama anggota JPAM Muar menunjukkan ular tedung selar sepanjang enam meter yang berjaya ditangkap. MUAR – “Saya sangka tali, tetapi berasa pelik apabila objek ini bergerak-gerak dan setelah diamati rupanya seekor ular tedung selar,” kata Mohd Ghani Mahat, 26. Mohd Ghani yang merupakan pemandu jentera pengorek Kobe,  menjumpai ular tedung selar sepanjang enam meter itu ketika membersihkan sebuah parit untuk kerja-kerja...

Isu karikatur: Guru tuisyen mohon maaf

Mohd Nor (kanan) menegur Lee Yee (kiri) dan Chong Yong. JOHOR BAHRU  – Pusat tuisyen di daerah Ledang yang mencetuskan kontroversi kerana menggunakan karikatur dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah tingkatan empat menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW tampil membuat permohonan maaf, semalam. Pengusaha pusat tuisyen, Lim Lee Yee, 26, hadir di Jabatan Pelajaran Johor di sini bersama guru terbabit, Ku Chong Yoong, 22, dan membuat...

Tarawih 100 Rakaat di Yemen hingga ke Subuh

BERPUASA pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan. Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut. Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa...

Libas ibu dengan sabit kerana RM10

KUALA BERANG – Seorang penganggur berusia 26 tahun dari Kampung Nibong tergamak melibas ibu kandungnya menggunakan sebilah sabit hanya kerana duit. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam 22 Julai lalu, ibu malang berusia 54 tahun itu diselamatkan suaminya, seorang petani berumur 57 tahun dengan terus membawanya bergegas keluar dari rumah. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, suspek dipercayai...

Peluru kena mata tembusi kepala

ANGKAT...jenazah Tuan Asmadi dibawa ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat. JELI: “Ketika bertemunya pada awal Ramadan lalu, arwah menyatakan hasrat mahu menghadiahkan pakaian baru untuk anak saya sempena Aidilfitri, tetapi hasratnya itu terkubur bersama jasadnya apabila dia maut ditembak,” kata wanita dikenali sebagai Kak Sah, 46. Dia yang juga kakak sulung mangsa menceritakan insiden menimpa adiknya, Tuan Asmadi Tuan Ya, 38, mandur ladang...

Polis 'palsu' rogol remaja

Mohd Harmozi (kiri) dan Rizal Azlie (kanan) memarahi petugas media merakamkan gambar mereka di Mahkamah Sesyen, semalam. AYER KEROH - Dua sahabat dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan akibat melakukan perbuatan keji dengan merogol seorang remaja sejurus menyamun dan menyamar sebagai anggota polis, dua tahun lalu. Hukuman itu dijatuhkan Hakim Ahmad Sazali Omar di Mahkamah Sesyen di sini, selepas Mohd Harmozi Abdul Ghani, 28, dan Rizal Azlie...

Leka berurut sambil bogel

Tukang urut wanita dan pelanggan terkedu ketika premis diserbu pihak berkuasa. PUCHONG – Keasyikan beberapa pelanggan diurut tanpa seurat benang di pusat refleksologi Bandar Puteri di sini terbantut apabila premis dikunjungi mereka diserbu pihak berkuasa, lewat malam kelmarin. Difahamkan, premis sama pernah diserbu sebelum ini namun pengusaha dikatakan tidak serik mengulangi kesalahan lama. Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam oleh Jabatan...

10 penjenayah terkenal dalam sejarah Malaysia

1. Botak Chin Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya. Botak Chin tidaklah berkepala botak sebaliknya nama itu adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN dalam bahasa hokkien membawa maksud Tiada (BO) Kerja (TAK) CHINA (Chin) atau 'jobless chinese'. Pada tahun 1967, Botak Chin mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah seperti merompak dengan menggunakan senjata api yang dirampas oleh kumpulannya atau dibeli di Thailand...

Dua balai polis ditawan di Aleppo

SEORANG anggota Tentera Pembebasan Syria meronda bandar Aleppo kelmarin. ALEPPO - Pemberontak Syria menyerang beberapa sasaran ketenteraan dan menawan dua balai polis di sini selepas membunuh 40 anggota keselamatan, kata sebuah kumpulan pemantau ketika pertempuran di ibu kota komersial Syria itu terus memuncak semalam. Pertempuran antara pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan pasukan keselamatan yang setia kepada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...