2020557

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, November 6, 2012

Gadis cacat terselamat jadi pelacur

LAMPANG: Polis menyelamatkan seorang remaja cacat berusia 18 tahun daripada menjadi pelacur selepas dijanjikan pekerjaan di Bangkok. Polis berkata, wanita dari Chiang Rai yang namanya dirahsiakan, memberitahu dia didatangi seorang lelaki bernama Eke di daerah Phayao dan bertanya sama ada mahu bekerja di Bangkok.  gambar hiasan Selepas dia bersetuju, Eke membawanya menemui seorang lelaki separuh abad di bilik hotel di daerah Muang....

Lelaki pukul isteri hingga pengsan dicekup

ANG THONG: Polis menahan seorang lelaki yang dituduh memukul isterinya sehingga pengsan dan menyerang anak lelaki tirinya yang masih kecil di tengah jalan, semalam. Anggota polis yang tiba di tempat kejadian berkata, mereka menemui Montri Krumkrong, 37, yang mabuk bersama isterinya yang pengsan di atas tanah.  gambar hiasan Menurut anak tirinya dan saksi lain, pasangan itu telah bergaduh, kata polis.  Suspek kemudian menyerang...

Pembekal pelacur ditahan

SINGAPURA: Dia hanya seorang pelajar berusia 18 tahun ketika mula-mula membantu teman lelakinya menguruskan agensi pengiring sosial Discreet Passion bagi melindungi aktiviti pelacuran mereka. Kedua-duanya ditahan setahun selepas itu pada 2011.  Mabel Wong Liya, kini berusia 20 tahun dan menganggur, didakwa membekalkan wanita untuk pelacuran, mendapatkan pendapatan melalui kerja tidak bermoral.  Mabel dijatuhkan hukuman satu...

Banjir: 4,255 orang dipindahkan di empat negeri

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir masih lagi serius di empat negeri iaitu Perak, Melaka, Selangor dan Johor yang mencatatkan seramai 4,255 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan setakat pukul 6 petang, berbanding 3,684 orang semalam. Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), Johor mencatatkan jumlah tertinggi 1,979 mangsa banjir, Selangor (1,957), Perak (203) dan Melaka (116). Sehingga kini tiada penutupan jalan dan kehilangan...

Lumat digilis

RAWANG: Tubuhnya bersepai dan motosikalnya diseret kira-kira 100 meter, namun tiada satu pun kenderaan yang menggilisnya berhenti untuk memberi bantuan atau mengambil tanggungjawab di atas kemalangan yang berlaku. Itulah nasib malang seorang penunggang motosikal yang maut dalam keadaan menyedihkan akibat kejadian langgar lari di Kilometer 429 Lebuhraya Utara-Selatan selepas susur keluar Bukit Beruntung, jam 6 pagi semalam. MALANG...mayat...

Keputusan peperiksaan UPSR diumum Isnin ini

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 akan dikeluarkan pada Isnin, 19 November ini. Kenyataan Kementerian Pelajaran berkata, majlis pengumuman analisis keputusan UPSR itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. gambar hiasan "Semua calon yang menduduki peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas...

Suri rumah terkejut nanas bentuk kipas

KUBANG PASU - Seorang suri rumah terkejut dan pelik selepas melihat sebiji nanas yang dibawa pulang oleh anaknya berbentuk seakan-akan kipas di Kampung Keda Wang Padang Sera dekat sini, semalam. Ku Azizah Ku Ariff, 42, berkata, seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat nanas seumpama itu yang pelik. Menurutnya, secara kebetulan nanas itu dijumpai anaknya yang menjalankan kerja-kerja membersihkan kebun nanas di Batu 6, Jalan Changlun dan kemudian...

Buang janin depan rumah

MENTAKAB – Seorang pesara swasta pelik dengan bunyi salakan anjing liar dan terkejut apabila menemui janin dibuang di halaman rumahnya dekat Taman Rimba Rimba Mutiara, di sini, petang kelmarin. Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, kejadian tersebut disedari Chee Kong Chow, 57, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin apabila pengadu keluar dari rumahnya di Jalan Jelutong 6 selepas mendengar sekumpulan anjing liar...

Burung Enggang, penyeri landskap beridentiti Malaysia

Burung Enggang merupakan sebahagian dari identiti Malaysia. Ianya turut dikenali sebagai burung Kenyalang. Tidak hairanlah jika terdapat gambar burung tersebut dalam wang kertas RM5 siri terbaru. Dengan memiliki identiti sebegitu, justeru secara tidak langsung kita berasa bangga dengan keindahan flora dan fauna yang kaya di negara kita. Dalam penyesuaian lanskap beridentitikan Malaysia, seseorang itu boleh menggunakan burung Enggang sebagai...

Kebas RM200,000 dalam 5 minit

PETALING JAYA - Lima penjenayah bersenjatakan pistol hanya mengambil masa selama lima minit untuk melarikan wang RM200,000 dari sebuah bank di Jalan Tanjung SD 13/1, Bandar Sri Damansara di sini semalam. Kejadian pukul 2.40 petang itu turut menyaksikan seorang pensyarah perakaunan sebuah kolej swasta melalui detik cemas apabila dijadikan tebusan oleh perompak yang memakai topi terbabit. Rompakan berlaku apabila tiga daripada empat penjenayah...

Aduhai tunangku!

BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri. Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu,...

Budak dua tahun maut diserang anjing liar

PITTSBURGH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terjatuh ke dalam kurungan yang menempatkan sekumpulan anjing liar bertompok Afrika yang kemudiannya menyerang dan membaham mangsa di sebuah zoo di sini, semalam. Presiden Zoo Pittsburgh dan Akuarium PPG, Barbara Baker berkata, mangsa yang mengunjungi zoo itu bersama ibu dan kawan-kawannya, dipercayai terjatuh melepasi pagar sebelum tergelincir setinggi 4.3 meter ke kurungan...

Taj Mahal bersalut emas

BHOPAL, India - Golongan lelaki kini berpeluang membeli 'Taj Mahal' dan menghadiahkannya kepada insan tersayang sebagai lambang cinta sejati seperti yang dilakukan oleh Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal. Perkara itu bukanlah mustahil selepas satu kumpulan yang dianggotai kira-kira 35 tenaga kerja di sini, menghasilkan sebuah replika bangunan Taj Mahal setinggi 106 sentimeter. Seorang pekerja syarikat Star Gems, menunjukkan replika...

Bangkai tikus dalam bijirin sarapan

LONDON: Seorang lelaki yang kelaparan terkejut dan seakan-akan tidak percaya apabila bijirin Rice Krispies yang ingin disuapnya untuk kali kedua mengandungi tikus mati. Mark Hunter, 42, bapa kepada dua anak dari Maida Vale, London, terkejut apabila menyudu kepala tikus daripada bijirin Rice Krispies yang dimakan bersama susu. Dia kemudian mengeluarkan bangkai haiwan itu, mengeringkannya sebelum menghubungi pengilang makanan itu, Kellog’s. TIKUS...

Pameran hidupan laut unik di Taipei

TAIPEI - Sejumlah hidupan laut yang unik dipamerkan pada sidang akhbar semalam sebelum Ekspo Akuarium Antarabangsa berlangsung di Dewan Pameran Nangang di sini. BEBERAPA ekor udang biru. Lebih 100 buah tangki ikan akan dipamerkan pada ekspo itu yang akan berlangsung dari Jumaat ini hingga 12 November depan. Antara ikan yang dipamerkan itu ialah Cichlasoma sp, udang biru dan kuda laut. Turut dipamerkan ialah ikan bermata gelap dari Amerika...

153 orang berbogel untuk seni

SEBAHAGIAN sukarelawan yang memakai kain jarang pada sesi fotografi Tunick di negeri San Miguel de Allende kelmarin. BANDAR RAYA MEXICO - Seorang artis seni terkenal, Spencer Tunick merakamkan gambar 153 sukarelawan yang berbogel di negeri San Miguel de Allende, Mexico kelmarin. Ketika Tunick merakamkan gambar itu, 153 orang termasuk wanita hanya memakai kain jarang. Gambar itu dirakamkan sempena Festival Rangka Manusia untuk memperingati...

Rumah sewa Michael Jackson dijual

LOS ANGELES - Sebuah rumah agam yang pernah disewa dan menjadi tempat penyanyi terkenal, mendiang Michael Jackson meninggal dunia di sini akhirnya dijual pada harga AS$18.1 juta (RM54.7 juta), lapor akhbar LA Times kelmarin. Pembeli rumah tersebut ialah seorang pengarah urusan kanan di syarikat Cerberus Capital Management, Steven Mayer. Pemilik asal rumah itu ialah ketua eksekutif syarikat pereka pakaian jenama Ed Hardy, Hubert Guez. GAMBAR...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...