Tuesday, November 6, 2012

Keputusan peperiksaan UPSR diumum Isnin ini

KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 akan dikeluarkan pada Isnin, 19 November ini.

Kenyataan Kementerian Pelajaran berkata, majlis pengumuman analisis keputusan UPSR itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

semakan result UPSR
gambar hiasan
"Semua calon yang menduduki peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama," kata kenyataan itu hari ini.

Seramai 517,139 orang calon menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara yang diadakan pada 11 hingga 13 September lalu. 

sumber- UTUSAN

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...