KUALA LUMPUR - Keadaan banjir masih lagi serius di empat negeri iaitu Perak, Melaka, Selangor dan Johor yang mencatatkan seramai 4,255 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan setakat pukul 6 petang, berbanding 3,684 orang semalam.
Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), Johor mencatatkan jumlah tertinggi 1,979 mangsa banjir, Selangor (1,957), Perak (203) dan Melaka (116).
Sehingga kini tiada penutupan jalan dan kehilangan nyawa akibat kejadian banjir berikutan hujan lebat sejak minggu lepas.
Kelihatan beberapa rumah yang dinaiki air di Bukit Katil, Melaka, malam tadi. - Foto Bernama |
Hanya satu pusat pemindahan dibuka di Ledang, Johor.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata setakat ini seramai 1,158 keluarga didaftarkan kementerian di pusat pemindahan.
Ketua Pengarah JPAM, Datuk Sulaiman Keling (dua, kanan) beramah mesra dengan beberapa mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Tehel, Melaka, hari ini. - Foto Bernama |
Sementara itu Ketua Wanita Barisan Nasional Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beribu-ribu anggota Skuad Sayang Pergerakan Wanita BN digerakkan sebagai sukarelawan bagi membantu mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di seluruh negara.
Beliau berkata sukarelawan itu akan membantu membuat kerja seperti memasak, mencuci dan menjaga bayi mangsa banjir yang tinggal di pusat pemindahan itu.
sumber- Bernama
0 comments:
Post a Comment