Tuesday, November 6, 2012

Lelaki pukul isteri hingga pengsan dicekup

ANG THONG: Polis menahan seorang lelaki yang dituduh memukul isterinya sehingga pengsan dan menyerang anak lelaki tirinya yang masih kecil di tengah jalan, semalam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian berkata, mereka menemui Montri Krumkrong, 37, yang mabuk bersama isterinya yang pengsan di atas tanah. 

botol arak
gambar hiasan
Menurut anak tirinya dan saksi lain, pasangan itu telah bergaduh, kata polis. 

Suspek kemudian menyerang isterinya dengan memijaknya hingga pengsan. Dia kemudian cuba menaikkan isterinya kembali di atas motosikal.

Apabila anak tirinya yang berusia enam tahun enggan membantu, lelaki itu dikatakan menampar muka anak tirinya beberapa kali, mengangkat dan mencampakkanya ke tanah.

Suspek cuba melarikan diri tetapi ditangkap oleh orang ramai yang melihat kejadian itu. Anggota polis terpaksa melindungi suspek daripada orang ramai yang berang.

sumber- BP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...