2020562

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, July 31, 2012

Periuk termahal di dunia! Penghantaran menggunakan kereta mewah Rolls-Royce

Changchun: Adakah anda pernah membayangkan untuk membeli periuk dengan harga 3.8 juta yuan (597 306.80 U.S. dollar)? Syarikat pembuatan peralatan memasak dari Jerman, Fissler telah berjaya menghasilkan periuk termahal di dunia. Periuk tersebut dibuat dari bahan-bahan berkualiti yang turut dilapisi emas seberat 738 gram dan 13 butir berlian. Periuk tersebut dijual dengan harga 3,8 juta Yuan. Pembelinya bukan sahaja akan mendapatkan periuk...

Penceroboh E-mel Pelakon Wendy Wong Minta Wang RM11,000

Wendy Wong PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit drama Wendy Wong terkejut apabila ada pihak menceroboh e-melnya bagi memperdayakan orang ramai untuk menuntut wang berjumlah Euro$2,850 (RM11,000). Wendy atau nama Islamnya Wani Wendy Wong Abdullah pada Selasa berkata, dia menerima panggilan telefon daripada ramai kenalan yang mahu menolong selepas mereka menerima e-mel kononnya dia mengalami masalah di Sepanyol. “Pagi ini (Selasa) saya dihujani...

Tipu sakit untuk kahwin percuma

DANIELLE dan Chris pada hari perkahwinan mereka. LONDON: Seorang pengantin perempuan ditangkap berhubung dakwaan dia menipu menghidap barah untuk meraih simpati orang ramai bagi membiayai majlis perkahwinannya yang menelan belanja 10,000 (RM50,000). Danielle Howard, 22, mendapat sokongan chef selebriti, Gordon Ramsay ketika melancarkan kempen memungut derma secara online dengan mendakwa dia bertarung untuk terus hidup. Kata rakannya, dia...

Jual nasi dalam bonet kereta

Anggota penguatkuasa menunjukkan bungkusan minuman yang diletakkan di bahagian bonet kereta.  Sayur kacang yang siap dimasak antara barang yang dirampas. ALOR SETAR- Tanpa rasa segan atau malu, peniaga makanan dan minuman sanggup melanggar syarat waktu perniagaan di bulan Ramadan semata-mata untuk memberi kemudahan kepada kaki ponteng puasa mendapatkan makanan sebelum jam 3 dan waktu berbuka. Gerai yang berselindung di sebalik kenderaan...

Bangkai Haiwan Ganjil Muncul Di Amerika Syarikat

NEW YORK – Bangkai haiwan pelik di pantai New York, Amerika Serikat (AS) menimbulkan tanda tanya. Haiwan ini digelar raksasa kerana tidak diketahui spesisnya. Pihak berkuasa New York pada awalnya menyangka ianya adalah babi yang dihanyutkan sungai. Tetapi setelah diteliti, haiwan tersebut tidak langsung seperti babi, anjing, mahupun tikus. Ianya langsung tidak seperti babi kerana sifat fizikalnya mempunyai lima jari. “Kami terkejut...

Kartunis Zunar menang kes saman kerajaan

KUALA LUMPUR – Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar. Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya...

Lebih 300 juta bergelap di India

SEJUMLAH penumpang menunggu ketibaan kereta api di sebuah stesen semasa bekalan elektrik terputus sehingga menjejaskan perkhidmatan itu di New Delhi semalam. NEW DELHI - Kegagalan rangkaian penghantaran elektrik menyebabkan lebih 300 juta orang di sini dan di sebahagian besar utara India terpaksa bergelap semalam apabila negara itu mengalami gangguan bekalan tenaga yang terburuk dalam tempoh lebih sedekad. Bekalan elektrik di sini dan tujuh...

Robot dikawal dengan telefon pintar

ANNA duduk di ruang kawalan robot itu. TOKYO - Syarikat Suidobashi di Jepun mencipta robot setinggi empat meter yang boleh dikawal dengan menggunakan telefon iPhone, lapor akhbar MailOnlone kelmarin. Ia juga boleh dikawal dengan sebarang telefon bimbit yang mempunyai rangkaian 3G. ORANG ramai melihat robot Kuratas pada Festival Takjub di Chiba kelmarin. Robot yang bernama Kuratas itu dijual pada harga AS$1 juta (RM3.16...

Daging ‘harimau menangis’ laris sepanjang bulan Ramadan

KOTA BHARU- Daging lembu yang bercampur lemak tidak tepu atau dikenali sebagai daging ‘harimau menangis’ menjadi rebutan pada bulan puasa memandangkan bahagiannya yang terhad pada seekor lembu. Peniaga daging, Mohd Rozi Abdullah, 46 berkata, kebanyakan pelanggan di gerainya yang terletak di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa, di sini lebih gemar mendapatkan bahagian itu untuk dimasak secara bakar. “Di Kelantan, daging ini lebih dikenali...

Jual makanan ikut pintu belakang

Noraini (kiri) terkejut ketika aktivitinya menjual makanan dirakam Sinar Harian, semalam. SUNGAI CHOH - Peniaga sebuah premis perniagaan terkedu melihat lensa kamera Sinar Harian merakam aktivitinya melayan pelanggan Melayu membeli makanan pada waktu siang, semalam. Itu reaksi Marisol, 47, atau Noraini sebaik melihat wartawan Sinar Harian bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Stesen, Rosli...

Ady Putra kena tipu pelaburan internet

Ady Putra KUALA LUMPUR: “Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat,” kata pelakon popular, Ady Putra, 31. Pelakon berasal dari Singapura itu yang sering membintangi drama dan filem di negara ini berkata demikian ketika mengulas mengenai kerugian RM19,000 dialaminya kerana ditipu selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet. Menurut Ady, apa yang berlaku suatu yang bersifat peribadi dan dia dinasihatkan polis supaya tidak...

Maut lepas koma dibelasah anak

KUCHING: Seorang warga emas yang bertarung nyawa lebih seminggu selepas koma dipercayai akibat dipukul anak sendiri, disahkan meninggal dunia di hospital, semalam. Difahamkan, mangsa, 77, dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dipercayai dipukul seorang anaknya berusia 40-an yang tinggal bersama lelaki berkenaan di rumahnya di Batu Kawa, di sini. Menurut sumber, sejurus mangsa dimasukkan ke hospital, adik suspek membuat laporan polis...

Manchester City tewaskan Harimau Malaya 3-1

Penyerang Manchester City, Carlos Tevez (tengah) cuba melepasi kawalan Azmi Muslim (kiri) ketika aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. KUALA LUMPUR - Juara Liga Perdana Inggeris 2011/2012 Manchester City FC menyajikan persembahan menghiburkan untuk menumpaskan Malaysia 3-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Kunjungan Manchester City ke Malaysia itu adalah yang pertama dan ia adalah sebahagian...

Skandal bank Iran: 4 dihukum mati

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad TEHERAN - Empat orang dikenakan hukuman mati atas peranan mereka dalam skandal penyelewengan bank terbesar Iran tahun lalu. Dua yang lain menerima hukuman penjara seumur hidup manakala 33 lagi akan menjalani hukuman penjara 25 tahun. Skandal itu melibatkan pemalsuan dokumen, yang digunakan oleh sebuah syarikat pelaburan untuk mendapatkan pnjaman AS$2.6 bilion (RM7.8 bilion). Seramai 39 orang telah dibicarkan...

Misteri! Sindrom Angguk

GAMBAR fail 20 Februari lalu menunjukkan seorang kanak-kanak menghidap sindrom angguk di Kitgum, Uganda. KITGUM, Uganda - Lebih 300 remaja di Uganda maut kerana penyakit misteri yang menjangkiti semakin ramai kanak-kanak di utara negara Afrika dan di beberapa kawasan di Sudan Selatan. Penyakit itu dikenali sebagai sindrom angguk kerana pesakit akan menganggukkan kepala mereka dan berkelakuan seperti diserang sawan. Penyakit berkenaan turut...

4 maut bas sekolah dirempuh kereta api

ORANG ramai melihat sebuah bas sekolah dirempuh kereta api di Kotmehatab, India semalam. KOTMEHATAB, India - Seramai empat pelajar terbunuh dan 19 lagi cedera apabila sebuah bas sekolah dirempuh kereta api di sini semalam. Ketika kejadian bas tersebut membawa 23 orang pelajar sekolah rendah. Nahas itu berlaku di sebuah lintasan kereta api di utara India. Menurut seorang pegawai polis, Suba Singh, kereta api itu bergerak laju daripada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...