2020562

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, January 16, 2013

Bawa lari mayat ayah dari kubur untuk dihidupkan semula

Seorang lelaki yang kurang waras telah membawa pulang mayat ayahnya dari kubur dengan harapan mayat tersebut dapat dihidupkan semula. Dikatakan ayahnya, Clarence Bright, baru sahaja meninggal dunia pada usia 93 tahun. Mayat Bright ditemui semula dalam sebuah peti beku yang terdapat di ruang bawah tanah rumah anaknya. Bright dibawa lari bersama kerandanya dari sebuah makan yang terletak di Tanah Perkuburan Gethsemane pada pagi Isnin lalu. Saksi...

Seksanya pekerja bank apabila mendapat pelanggan sebegini

Gambar yang anda lihat ini bukanlah adegan mengira wang hasil rompakan atau pengubahan wang haram. Sebaliknya gambar ini menunjukkan para pekerja bank sedang bertungkus-lumus menyusun dan mengira timbunan wang kertas yang dihantar oleh seorang pelanggan untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanannya. Pelanggan yang dikenali sebagai Cui tersebut telah mengumpul wang sebanyak hampir 162,000 yuan (kira-kira RM78,646.00) dalam masa enam bulan. Cui...

Gambar sebelum insiden disondol badak sumbu

Gambar ini diambil beberapa detik sebelum insiden serangan badak sumbu yang mengakibatkan seorang wanita cedera parah. Pada hari kejadian, Chantal Beyer, 24, bersama teman lelakinya telah melawat sebuah taman safari di Afrika Selatan dan berhenti di suatu kawasan untuk melihat badak sumbu. Berdasarkan laporan, mereka disarankan oleh pengiring mereka, Alex Richter, untuk berdiri lebih dekat bersama haiwan tersebut sebelum disondol dari belakang....

Sami mabuk curi bas

Bangkok: Seorang sami mabuk dilapor memandu sebuah bas awam dari sebuah depot di wilayah Samut Perakan, awal pagi semalam. Polis berkata, bas itu kemudian ditemui ditinggalkan kira-kira lima kilometer dari depot berkenaan, tetapi sami terbabit menghilangkan diri. Pemandu sebenar bas itu, Kamolsak Maneechansuk, 40, mengekori bas itu dengan motosikalnya. Menurutnya, dia membiarkan enjin kenderaan itu hidup ketika turun untuk mengambil sesuatu...

Pasangan kembar pekak bunuh diri

Brussels: Pasangan kembar yang pekak mengambil keputusan membunuh diri selepas kecewa mengetahui bakal menjadi buta, kata ahli keluarga mereka, semalam. Kembar berusia 45 tahun itu dikenali sebagai Marc dan Eddy Verbessem tinggal bersama sejak kecil dan tidak mampu berkomunikasi dengan dunia luar. Abang mereka, Dirk Verbessem berkata, Marc dan Eddy terlalu takut jika tidak lagi boleh melihat antara satu sama lain serta gagal berdikari. “Mereka...

Bersahaja dalam timbunan salji

YANJI, China - Seorang lelaki, Jin Songhao duduk di dalam timbunan salji paras pinggang di sini pada Sabtu lalu. Songhao, 55, menunjukkan kebolehannya itu tanpa memakai baju di depan orang ramai. Lelaki itu juga berdiri di dalam timbunan salji. Dia sebelum ini mencipta rekod Guinness World Records apabila duduk di dalam sebuah bekas yang mengandungi ais selama dua jam pada 7 Januari 2011. sumber- Agensi...

Kerjaya musnah, Hulk Hogan saman institut perubatan

CLEARWATER, Florida - Bintang gusti, Hulk Hogan menyaman Institut Tulang Belakang Laser di sini kerana dia mendakwa pusat perubatan itu membuat pembedahan yang tidak perlu sehingga menjejaskan kerjayanya. Hogan, 59, menuntut ganti rugi berjumlah AS$50 juta (RM149.2 juta). Akhbar Tampa Bay Times melaporkan, Hogan atau nama sebenarnya, Terry Bollea memfailkan saman itu kelmarin. Menurut portal hiburan TMZ.com, penggusti itu yang pernah...

Aktivis haiwan selamatkan 1,000 kucing dari disembelih

CHANGSA, China - Sebuah trak yang membawa lebih 1,000 ekor kucing terlibat dalam nahas di sebatang jalan raya di sini kelmarin. Kucing itu yang diletakkan dalam sejumlah kurungan kayu akan dijual di restoran-restoran di Guangdong untuk dijadikan makanan. Kira-kira 50 aktivis haiwan dan sukarelawan kemudian bertindak menyelamatkan kucing tersebut daripada disembelih untuk dijadikan makanan. Kucing-kucing itu kelihatan lapar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...