Gambar ini diambil beberapa detik sebelum insiden serangan badak sumbu yang mengakibatkan seorang wanita cedera parah. Pada hari kejadian, Chantal Beyer, 24, bersama teman lelakinya telah melawat sebuah taman safari di Afrika Selatan dan berhenti di suatu kawasan untuk melihat badak sumbu. Berdasarkan laporan, mereka disarankan oleh pengiring mereka, Alex Richter, untuk berdiri lebih dekat bersama haiwan tersebut sebelum disondol dari belakang. Alex dikatakan memberi peluang kepada pelancong untuk keluar dari kenderaan dan bergambar disamping memberi makanan supaya badak-badak tersebut datang dengan lebih dekat.
Gambar tersebut jelas menunjukkan jarak yang hanya beberapa kaki antara Beyer bersama teman lelakinya dan dua ekor badak sumbu putih. Badak ini dikatakan boleh membesar sehingga dua tan dan mampu berdiri setinggi 1.8 meter. Selepas gambar ini diambil, badak tersebut menyondol dari belakang dan sumbunya menembusi dada Beyer. Akibatnya, paru-paru Beyer tercedera dan tulang rusuknya patah. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Krugersdorp dan kini dalam keadaan stabil.
agaknya badak tu marah sebab ambil gambar dia kot..tak pun sebab lelaki tu pakai baju warna merah..sebab tu dia hangin..err, badak pon hangin jugak ke dgn warna merah??bukannya lembu je
ReplyDeleteitula..berani kena berpada2.dah kena menyesal kemudian takde gunanya.
ReplyDelete