2020553

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, August 9, 2012

Ekor kuda terpanjang di dunia

Kuda yang dikenali sebagai Summer Breeze ini merupakan kuda yang memiliki ekor terpanjang di dunia seperti yang tercatat dalam Guinness Book of Records. Panjang ekor Summer ialah 12 kaki 6 inci atau sekitar 3.81 meter. Ianya memanjang seiring dengan usia Summer iaitu 11 tahun. Ekor Summer dikatakan memiliki tekstur seperti tali pancing. Pemiliknya, Crystal Socha dan Casey,  menghabiskan masa kira-kira 3 jam bagi mencuci...

Misteri lelaki berkuda putih semasa rusuhan mesir

Video misteri ini telah disiarkan di rangkaian MSNBC. Video ini menunjukkan seorang lelaki misteri sedang menunggang kuda berwarna putih dicelah-celah himpunan orang ramai yang sedang merusuh akibat dari krisis yang berlaku di Mesir. Kuda tersebut seolah-olah bergerak dan terus ghaib. Rakaman asal video ini juga telah disiarkan di CNN, kelibat lelaki misteri yang sedang menaiki kuda tersebut boleh dilihat jelas pada minit ke 1:23 ...

Dirasuk 40 Kali Sehari

gambar hiasan KOTA BHARU: “Ketika dirasuk, saya pernah memanjat pokok ubi kayu di belakang rumah seperti kera dan anehnya batang pokok itu tidak patah,” kata Suhaini Abdul Aziz, 30, yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu. Suri rumah itu juga mengakui pernah cuba mencekik anaknya sendiri, terjun tingkap dan berlari keluar meninggalkan rumah selain menyembah barangan berwarna kuning serta meracau dalam bahasa Siam, malah berperwatakan...

Lidah manusia terpanjang di dunia

Chanel Tapper memiliki lidah manusia paling panjang di dunia. LOS ANGELES - Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar. Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada tahun 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu. Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai "Mereka...

Pemilik restoran kerugian RM35,000 dirompak lelaki menyamar polis

gambar hiasan TAPAH: Polis sedang mengesan lima lelaki yang disyaki menyamar sebagai anggota polis dan merompak seorang pemilik restoran RM35,000 di Simpang Bidor di sini, Selasa lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Arshad berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.00 petang ketika mangsa yang berusia 58 tahun dan anak lelakinya berumur 20an dalam perjalanan pulang dari sebuah bank di Bidor. “Ketika sampai di Simpang...

Botol kecil berharga RM9.93 juta

Botol ini hanya setinggi tiga inci tetapi berjaya membuatkan orang terkaku apabila ia memecahkan rekod bidaan dengan harga RM9.93 Juta. Pembida berebut-rebut untuk mendapatkan botol antik ini sehinggakan ia mencapai harga 4 kali ganda dari harga asal yang ditawarkan iaitu RM1.99 Juta. Botol ini merupakan barang antik dari abad ke-18 dan dijual kepada seorang pembida dari Asia yang membidanya melalui telefon. Botol kaca enamel ini dihasilkan...

Uji kaji 10 botol bawa maut

KOTA BHARU: Eksperimen seorang remaja memasukkan 10 botol minuman plastik 500 mililiter ke dalam seluar untuk dijadikan pelampung mengundang tragedi apabila dia mati lemas selepas botol digunakannya itu terkeluar dari seluarnya dalam kejadian di Sungai Banggol, Kubang Tuman, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Muhammad Hafiz Fakri Mohamed, 13, pada mulanya mandi bersama empat rakannya di kawasan cetek di tepi sungai, tetapi...

Mengamuk isteri masak guna minyak kitar semula

KUALA TERENGGANU- Hanya kerana punca memasak juadah berbuka puasa menggunakan minyak ‘kitar semula’ yang telah menyebabkan salah seorang anak mereka sakit perut, seorang suri rumah berdepan detik mencemaskan apabila suaminya naik bengang dengan bertindak memukul dirinya dalam satu kejadian Isnin lalu di Kampung Pengkalan Berangan, Marang. Mangsa bukan sahaja teruk dibelasah, malah dia yang sedang mengandungkan anak keempat mereka yang berusia...

Arak murah sempena Hari Raya

Jika sebelum ini terdapat kes yang sama berlaku di Petaling Jaya iaitu promosi jualan murah arak sempena bulan Ramadhan, kali ini di Seremban pula, pusat karaoke ini membuat promosi jualan arak di pusat karaoke mereka sempena hari raya yang bakal menjelang. Mereka sepatutnya lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang promosi sempena perayaan yang berkaitan agama Islam ini. Isu ini sebenarnya sangat sensitif. Pihak PBT seharusnya mengambil...

Pelesit rempit cedera ditembak

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat seorang pelesit rempit ditembak selepas dia bersama lima lagi rakannya cuba menyamun seorang ahli perniagaan di Jalan Langkawi, Setapak semalam. KUALA LUMPUR – Sekumpulan enam pelesit rempit bukan sahaja kempunan untuk menikmati hasil samun, malah salah seorang mereka cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan polis dalam kejadian di Jalan Langkawi, Setapak di sini semalam. Kejadian pukul 5...

Kereta tertua di dunia yang masih mampu bergerak

Kereta tertua di dunia yang masih boleh bergerak, De Dion Bouton Et Trepardoux Dos-A-Dos Stim Runabout tahun 1884, telah dipasang untuk dijual dan dijangka mencecah sehingga £1.6 juta. Kenderaan berusia 127 tahun berkuasa stim ini direka oleh Georges Bouton dan Charles-Armand Trepardoux di Perancis pada tahun 1881 untuk Count De Dion, 12 tahun sebelum Henry Ford mencipta kereta pertamanya. Ianya digelar 'La Marquise,' bersempena nama ibu...

Fosil semut terbesar di dunia

WASHINGTON – Penyelidik Amerika Syarikat (AS) telah menemui fosil spesis semut terbesar yang pernah hidup di muka bumi. Ukuran semut tersebut ialah sekitar 5 cm dan dianggarkan hidup kira-kira 50 juta tahun yang lalu. Dipetik dari ABC News, Khamis (5/5/2011). Bagaimanakah semut tersebut hidup dan apakah makanannya? Hingga ke hari ini, penyelidikan terperinci masih diteruskan. Fosil yang dinamakan Titanomyrma Lubei adalah spesimen yang...

Realiti kehidupan Lala si penguin

Lala tinggal bersama keluarga manusia dan mempunyai bilik berhawa dinginnya sendiri. Setiap hari, Lala akan keluar membeli belah di pasar berdekatan sambil menggalas beg. Para penjual juga telah biasa dan begitu senang dengan kehadiran Lala. Penguin yang comel ini sebenarnya pernah terperangkap dalam jaring nelayan kemudiannya di selamatkan oleh keluarga angkatnya. Setelah diberi rawatan, Lala dilepaskan ke laut namun ia sendiri enggan kembali.  Lala...

Peniaga runcit dakwa kena lempang polis

Samsudin menunjukkan laporan polis dan laporan kesihatan berkaitan dikawasi anggota polis terbabit. KLUANG - Seorang peniaga runcit terkejut dilempang pipi kiri oleh seorang anggota polis berpangkat Inspektor semata-mata kerana dia mempersoalkan mengapa rumahnya digeledah tanpa waran dalam satu kejadian di Kampung Haji Noor, Jalan Air Hitam, Machap, kira-kira jam 8 pagi kelmarin. Menurut Samsudin Seman, 56, sebelum kejadian, dia berada di...

Puntung cerut termahal di dunia

Puntung Cerut Winston Churchill yang belum habis pada tahun 1941 telah terjual dengan harga ₤4500. Perdana Menteri Britain yang memimpin semasa Perang Dunia ke-2 itu meninggalkan puntung cerut di bekas abu rokok mejanya untuk menghadiri pertemuan Kabinet. Seorang pekerja Downing Street telah mengambil dan menyimpan puntung cerut tersebut. Dia mengirimkan puntung cerut yang panjangnya empat inci atau 10.16 centimeter itu kepada kawannya...

Pensil termahal di dunia

Graf von Faber-Castell mempamerkan pensil termahal di dunia. Pensil ini disertakan dengan penutup pensil diperbuat dari emas putih dan tiga butir berlian berukuran 0.06 karat. Pensil edisi terhad ini hanya terdapat 99 unit di dunia. “Pensil yang diberi nama `Perfect Pencil` tersebut diperbuat dari emas putih bercampur palladium, iaitu sejenis besi platinum” kata Pengarah Faber-Castell Asia Pasifik, Count Andreas von Faber-Castell. Count Andreas...

Tilam termahal di Malaysia

PETALING JAYA – Tilam Posturepedic Palatial Crest berjenama Sealy yang ditawarkan pada harga RM90,500 seunit yang diperkenalkan oleh Harvey Norman telah mencatat sejarah sebagai tilam termahal di Malaysia.  Pengurus Jualan dan Pemasaran Sealy Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., Derek Yeoh berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 10 unit tilam mewah itu sepanjang Pesta Tilam Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-8 yang diadakan di pusat beli-belah...

Batu permata terbesar di dunia

Batu permata zamrud yang dikatakan terbesar di dunia telah dijumpai di Brazil. Permata gergasi ini adalah seberat 11.5 kilogram dan panjangnya kira-kira 12 inci. Ianya dinamakan 'Teodora' dan dalam terjemahan kasarnya bermaksud 'Hadiah Tuhan'. Batu zamrud 57,500 karat ini telah dijual pada 28 Januari 2012 di Western Star Auctions di British Columbia, Kanada. Bidaan permulaan ialah USD 1.15 juta. Nilainya dijangkakan akan meningkat dari masa...

Lollipop terbesar di dunia

Lollipop yang beratnya melebihi 3 tan metrik ini adalah gula-gula terbesar yang pernah dhasilkan oleh Sees Candies. Ianya telah dipamerkan di Justin Herman Plaza di San Francisco, dimana pejalan kaki yang lalu di di situ berasa kagum dengan saiz lollipop tersebut. "Kami amat gembira kerana telah berjaya mencipta gula-gula kegemaran ramai dalam versi yang lebih besar," kata Ketua Pegawai Eksekutif  Sees Candies, Brad...

Bina rumah boleh berputar

REPUBLIK CZECH - Seorang tukang rumah, Bohumil Lhota yang berusia 73 tahun berjaya membina sebuah rumah unik yang boleh berputar di Velke Hamry, Prague, lapor agensi berita Reuters semalam. Dia memutarkan rumah itu dengan menggunakan peralatan khas. Rumah itu turut boleh bergerak ke atas dan ke bawah bagi membolehkannya menyaksikan pemandangan mengikut kemahuannya. Beliau mencipta rumah unik itu pada 1981 berdekatan hutan. Rumah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...