2020534

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, August 24, 2012

Lumpuh lepas digigit kucing

Mohd Zaili melihat kaki Zainab yang digigit kucing enam bulan lalu sehingga menyebabkan dia tidak boleh berjalan sehingga kini. KUANTAN – “Selepas digigit kucing, kaki kiri saya jadi bengkak dan bernanah dan kini saya tidak boleh berjalan lagi,” kata seorang warga emas, Zainab Mat Said, 74 yang tinggal di Felda Panching Utara di sini. Bagaimanapun, Zainab reda dengan nasib yang menimpa dirinya ini dan terus berharap agar kakinya boleh berjalan...

Tragedi memukat ikan

Muhammad Zaman (tengah) mengusung mayat abangnya naik ke tebing selepas ditemui petang semalam. KAMPUNG TOK RAJA (BESUT)- “Saya amat sedih dengan kejadian menimpa abang saya yang lemas dan gagal menyelamatnya,” kata Muhammad Zaman Shafie, 20, menceritakan detik cemas melihat abangnya, Sharimi Shafie, 29, tenggelam ketika mereka memukat ikan di Sungai Besut dekat Kampung Tok Raja, Jertih. Menurutnya, kejadian berlaku jam 12.45 tengah hari kelmarin...

Janji 'kerat' Johari Pain versi kedua

Kenyataan 'berani mati' individu yang menggelar dirinya, Jat Raindy yang tersebar di Facebook, semalam, mengundang perasaan marah peminat bola sepak Kedah SELEPAS tewasnya juara treble 2007 dan 2008, Kedah pada aksi pertama kumpulan B Piala Malaysia kepada Juara Liga Premeir 2012, ATM 2-0 di laman sendiri kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Jat Raindy sanggup memotong kemaluannya jika Kedah berjaya di dalam saingan Piala Malaysia. Terdahulu,...

Bayi 7 bulan maut bot terbalik

Insiden bot terbalik di Pulau Tioman PULAU TIOMAN -Seorang bayi lelaki maut selepas bot dinaiki bersama keluarganya dipukul ombak dalam kejadian di Teluk Berus, Pulau Tioman, kelmarin. Dalam kejadian jam 8 malam itu, Ahmad Aiden Muslim, berusia tujuh bulan dipercayai lemas selepas bot fiber yang dinaikinya bersama 14 penumpang lain karam. Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Asisten Superintendan Zainul Mujahidin...

Doktor bedah palsu tipu duit penderma

Chong (tengah) menunjukkan artikel dan poster lelaki yang mendakwa dirinya doktor pakar bedah pada sidang media, semalam KUALA LUMPUR – Seorang lelaki sanggup mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah bagi meminta derma daripada orang ramai untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara. Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King’s College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti...

Keluarga Ultraman Yang Terlampau

Ultraman adalah karakter superhero dari Jepun yang sering dikaitkan sebagai 'Pahlawan Keadilan'. Namun video istimewa ini menayangkan keluarga Ultraman yang berkelakuan teramat jahat. Raksasa yang tidak bersalah dibuli secara kejam oleh keluarga Ultraman ini.  Saksikan video lucu ' Bad Ultraman ' ini: ...

Koleksi mangkuk tandas yang pelik

Seperti yang kita sedia tahu, tandas memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Tandas yang cantik dan bersih memberikan keselesaan ketika menunaikan 'hajat'.  Di zaman yang serba moden ini, pelbagai corak dan reka bentuk mangkuk tandas/kencing telah dihasilkan. Ada rekaan yang berteknologi tinggi, mewah, menakutkan dan tidak kurang ada yang melucukan. Namun, tujuan asal untuk ke tandas tetap sama. Berikut adalah beberapa...

Mangkuk kencing mulut askar jepun ternganga

BEBERAPA mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya kelihatan seperti mulut seorang askar Jepun sedang ternganga di sebuah hotel di Harbin, China.  HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga. Gambar mangkuk di dalam tandas itu pernah disiarkan di laman web Weibo di China. Hubungan antara Beijing dengan...

Pekerjaan Paling Berbahaya Di Dunia

Demi mendapatkan sedikit wang, mereka ini rela untuk mengambil risiko dan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Kecekalan dan keazaman mereka harus dikagumi demi mencari  rezeki yang halal dan tidak melanggar undang-undang. 1.  Pencuci Tingkap Bangunan Dubai sememangnya terkenal dengan kewujudan bangunannya yang tinggi. Bangunan-bangunan ini juga mempunyai beribu keping tingkap yang harus dicuci setiap hari. Untuk menjadi pencuci...

Wanita Pinggang Paling Ramping Di Dunia

Cathie Jung memakai korset hampir sepanjang masa siang dan malam sejak 1983 kecuali ketika mandi. Cathie  dilahirkan pada tahun 1937. Beliau adalah ibu kepada tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan Bob, seorang pakar bedah ortopedik.  Guinness World Records telah mengiktiraf Cathrie sebagai pemilik pinggang paling ramping di dunia dengan ukuran 15 inchi. Cathie tidak pernah menjalani pembedahan untuk membantu mengecilkan...

Artis Lakaran Forensik Paling Berjaya Di Dunia

Lois Gibson Lois Gibson, memecahkan Guinness World Record sebagai artis lakaran forensik paling berjaya di dunia. Dia telah bekerja dengan Jabatan Polis Houstan selama lebih 30 tahun dan lukisannya telah banyak membantu pihak polis untuk menangkap beratus-ratus penjenayah yang dikehendaki. Rahsia Gibson dalam menghasilkan lukisan hidup seperti lukisan komposit adalah dengan bakatnya memujuk saksi kes untuk memberikan keterangan tepat walaupun...

2,000 keluarga beraya tanpa air

BASRI menunjukkan telaga yang dikorek di kawasan belukar di Kampung Carok Bunting untuk mendapatkan sumber air di Baling, Kedah semalam. BALING - Lebih 2,000 keluarga di daerah Baling kini menghadapi gangguan bekalan air yang kritikal sejak dua bulan lalu. Ketika menyambut Aidilfitri Ahad lalu, mereka langsung ketiadaan bekalan air yang sebelum itu dibekalkan Syarikat Air Darul Aman (Sada) untuk kegunaan mandi dan memasak. Keadaan tersebut...

Aishah derita mata ditusuk wau

MOHD. SHAHIMIN melihat mata Siti Aishah yang mengalami masalah penglihatan di Tanah Merah Dalam, Jitra baru-baru ini. JITRA - Biarpun sudah empat tahun berlalu, kejadian mata kanan tertusuk bilah wau masih menjadi igauan buruk buat Siti Aishah Shahimin, 11, apabila dia kini menghadapi masalah penglihatan sehingga menjejaskan pembelajarannya. Siti Aishah yang mengikuti program pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin di sini...

4 perompak bersenjata kempunan

JAUTEH (kiri) menunjukkan barangan yang dirampas daripada empat perompak pada sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam. KOTA KINABALU – Hajat empat perompak yang sedang menikmati keindahan pantai di waktu pagi tidak kesampaian selepas ditahan di tepi jalan Tanjung Lipat dekat sini baru-baru ini. Kesemua suspek berusia 18 hingga 26 tahun itu diberkas ketika berehat di dalam sebuah kereta sewa jenis Proton Waja pada 17 Ogos lalu hasil maklumat...

Penculik diberkas, mangsa selamat

KERETA Porsche milik mangsa culik yang ditinggalkan di Kampung Portugis, Bandar Hilir, Melaka semalam. MELAKA - Drama penculikan selama hampir lapan jam membabitkan seorang ahli perniagaan di Kampung Portugis, Bandar Hilir di sini kelmarin, berakhir selepas sepasukan anggota polis berjaya menahan lima lelaki di Ayer Keroh awal pagi semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kelima-lima...

Diculik, dibelasah angkara Botak

Kumanan yang cedera ditetak dan dibelasah kumpulan samseng dirawat di Hospital Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Angkara seorang pelesit rempit bergelar Botak yang menjadi buruan sekumpulan samseng, seorang remaja diculik, dibelasah dan ditetak kumpulan tersebut dalam kejadian di Bandar Menjalara di Kepong dekat sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, A. Kumanan, 17. yang dalam perjalanan pulang selepas selesai mencuci...

Awas geng langgar, samun kereta

PEMANDU kereta dinasihat tidak berhenti jika kenderaan mereka dilanggar dari belakang kerana dikhuatiri ia dilakukan oleh kumpulan penjenayah. - Gambar hiasan KAJANG - Hati-hati jika kenderaan anda dilanggar dari belakang ketika memandu seorang diri melalui beberapa laluan utama di daerah ini ekoran sudah terdapat 10 kes kenderaan disamun pada tahun ini selepas perlanggaran itu. Berdasarkan aduan, lokasi sasaran kenderaan banyak dilarikan...

Padah tegur adik ipar

INILAH rumah di Kampung Serkam Pantai, Merlimau tempat Rashid ditikam adik iparnya kelmarin. MELAKA – Niat murni seorang lelaki yang menegur adik iparnya yang didakwa kerap memukul isteri berakhir dengan mangsa mati ditikam oleh pemuda itu di sebuah rumah di Kampung Serkam Pantai di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam, mangsa, Rashid Ahmad, 46, meninggal dunia di Hospital Melaka pada pukul 1.40 pagi semalam selepas mengalami...

Panda Paling Tua Di Dunia Mati

Bao Bao tinggal sendirian sejak 1984. BERLIN - Panda tertua di dunia yang diberikan kepada bekas Canselor Jerman, Helmut Schmidt, dilaporkan mati pada usia 34 tahun, semalam. Haiwan yang digelar Bao Bao itu dihadiahkan bekas pemimpin Hua Guofeng kepada Schmidt ketika beliau mengadakan lawatan ke China pada November 1980. Bao Bao dikatakan tinggal sendiri di zoo Berlin sejak pasangannya, Tjen Tjen mati pada 1984. sumber- Sinar...

Gagal larikan alat ganti basikal

Ahli PPKM membawa turun lebih 70 kotak alat ganti basikal di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim KILANG LAMA (KULIM) - Empat lelaki lingkungan 20-an ditahan polis bersama Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) ketika cuba melarikan lori bersama muatan alat ganti basikal pelbagai jenama dari sebuah kilang, kira-kira jam 12.45 tengah hari, kelmarin. Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, beliau mendapat maklumat daripada orang awam,...

Taikun UK larikan RM143j dipenjara 10 tahun

Asil Nadir LONDON - Bekas taikun Asil Nadir, yang semalam didapati bersalah melarikan kira-kira  £29 juta (RM143 juta) dari empayarnya Polly Peck dua dekad lalu, hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun. Nadir, 71, didapati bersalah mencuri sejumlah wang itu dari Polly Peck International, sebuah syarikat utama di United Kingdom sehingga 1990. Semalam, dia didapati bersalah berhubung 10 tuduhan. Dia dikenakan 13 tuduhan. Selepas...

Media UK hati-hati guna gambar isu bogel Putera Harry

Paparan muka depan portal TMZ yang menyiarkan gambar Putera Harry dalam keadaan bogel di sebuah hotel mewah. LONDON – Media United Kingdom (UK) mengambil langkah berhati-hati dalam soal menggunakan gambar bogel Putera Harry sementara Istana St. James mengesahkan pihaknya sudah berhubung dengan Suruhanjaya Aduan Akhbar (PCC) berkenaan penggunaan gambar berkenaan. Pihak Istana St James difahamkan sejumlah akhbar mempertimbangkan untuk menggunakan...

Ikan paus muncul di tepi bot

KEPALA seekor ikan paus humpback muncul dekat seorang peluncur laut (kanan) di San Luis Obispo pada 18 Ogos lalu. SAN LUIS OBISPO, California - Seorang jurugambar amatur, Bill Bouton merakamkan gambar kepala seekor ikan paus humpback yang muncul di tepi sebuah bot dan kayak dekat pantai di sini pada 18 Ogos lalu. Beberapa pelancong yang menaiki bot itu turut merakamkan gambar ikan tersebut. Ikan itu kerap berenang dekat bot dan kayak semasa...

Stor simpanan gading gajah di Zimbabwe

SEORANG pegawai memeriksa stor gading gajah milik Pihak Berkuasa Pengurusan Hidupan Liar dan Taman Negara Zimbabwe di Hararekelmarin. - REUTERS HARARE, Zimbabwe - Pihak berkuasa Zimbabwe menyimpan 50 tan gading gajah yang dirampas daripada pemburu haram. Gading itu juga diperoleh daripada gajah yang ditemui mati. Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Pengurusan Hidupan Liar dan Taman Negara Zimbabwe, Vitalis Chadenga mahu melelong gading tersebut. Chadenga...

Tangkap ikan layar gergasi di Hawaii

PALMER berdiri di sebelah ikan layar yang ditangkapnyadi Kailua-Kona, Hawaii pada 18 Ogos lalu. HONOLULU - Seorang wanita berusia 28 tahun, Molly Palmer menangkap seekor ikan layar seberat lebih setengah tan di Kailua-Kona di Hawaii pada 18 Ogos lalu, lapor agensi berita AFP semalam. Ikan seberat 463 kilogram (kg) dan sepanjang 3.65 meter itu ditangkap semasa Pertandingan Jemputan Ikan Layar Pulau Besar. Penganjur pertandingan, Jody Bright...

Lelaki gigit ular tedung hingga mati

GAMBAR fail menunjukkan seekor ular tedung. KATHMANDU - Seorang petani Nepal menggigit seekor ular tedung sehingga haiwan itu mati, kata polis semalam. Petani itu, Mohamed Salmo Miya melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya, lapor agensi berita AFP semalam. Ketua polis tempatan, Uma Prasad Chatrubedi menyatakan Mohamed sedang bertani dekat kampungnya yang terletak 200 kilometer ke tenggara Kathmandu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...