Saturday, January 12, 2013

Suku kaum rumah atas pokok

Walaupun ramai berpendapat rumah pokok hanyalah sebahagian dari permainan kanak-kanak, namun pada realitinya masih terdapat masyarakat yang tinggal di rumah sebegitu.

Puak Korowai dari Papua, Indonesia, ini masih mengamalkan kehidupan dengan membina rumah di atas pokok dengan ketinggian 114 kaki dari tanah. Suku yang tinggal di pedalaman hutan yang terletak kira-kira 150 km dari Laut Arafura itu benar-benar terasing dari dunia luar hinggalah pada tahun 1974, mereka ditemui oleh seorang mubaligh Belanda. Kaum Korowai terikat pada koloni kekeluargaan yang kecil, hidup berburu dan ada juga laporan mengatakan mereka cenderung untuk memakan daging manusia.


Pelbagai faktor yang menyebabkan mereka membina rumah di atas pokok, antaranya menghindari diri dari nyamuk, mengelak dari semangat jahat, dan menjauhi jiran-jiran. Pembinaan rumah pokok suku Korowai berasaskan pokok Banyan atau Wambom sebagai tiang utama. Apabila tapak yang sesuai telah dikenal pasti, dahan teratas pokok tersebut akan dibuang. Lantai akan dirancang berdasarkan dahan pokok tersebut dan ditutup menggunakan pokok sago. Seterusnya pembinaan dinding dan atap yang diikat bersama menggunakan tali raffia. Bagi mengukuhkan binaan pula, setiap penjuru ditambah tiang penyokong. Kebiasaannya rumah pokok ini berketinggian antara 8 hingga 12 meter dari tanah. Namun ada juga ketinggiannya mencecah sehingga 35 meter. Setiap rumah yang dibina adalah kukuh dan mampu menampung beban sehingga sedozen manusia.


Rumah yang baru dibina akan disapukan lemak haiwan untuk mendapat keberkatan. Rumah kaum Korowai dihuni oleh seisi keluarga termasuklah haiwan peliharaan. Ruang rumah yang besar dipecahkan kepada tempat nyalaan api dan tempat tinggal untuk lelaki dan perempuan. Api merupakan bahaya besar bagi rumah di atas pokok. Oleh itu, mereka telah membuat tempat pembakaran khas dan menebuk lubang pada lantai jika berlaku kecemasan. Jangka hayat rumah pokok yang dibina adalah sekitar 5 tahun sahaja.

Ketika mereka ditemui, suku Korowai menjadi tarikan dunia luar. Beberapa artikel dan dokumentari diterbitkan mengenai cara hidup mereka. Tradisi kanibalisme yang dipraktikkan mereka mungkin agak ditakuti tetapi kebenarannya tradisi tersebut hanya digunakan oleh suku ini untuk keadilan kepada jenayah. Mereka bukan sahaja pandai membuat rumah pokok, tetapi turut mahir berburu dan mengamalkan pertanian pindah.

5 comments:

  1. kat papua new guenie ke?betul tak eja ni?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari sumber kata wilayah papua, Indonesia..kalau ikut peta, mungkin area tu la tuh..

      Delete
  2. wah.... tinggi gila... tak berani den nak duduk rumah tinggi2 macam tu..hahaha

    ReplyDelete
  3. bagus jugak rumah atas pokok nie, selamat dr kena banjir kan..banjir je la..klu gempa bumi, mahu lingkup rumah tu ats tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. mungkin jugak kan. tpi x mustahil pokok pun boleh dihanyut banjir....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...