Saturday, January 12, 2013

Lelaki kudung pertama menyelam di kolam renang paling dalam

BRUSSELS, Belgium - Seorang pengembara dari Perancis, Philippe Croizon menjadi manusia pertama di dunia yang kudung kaki dan tangan menyelam ke dalam sebuah kolam renang paling dalam di dunia kelmarin.

Philippe Croizon

"Ini merupakan detik-detik yang amat gembira buat saya," katanya selepas dia menyelam di dalam kolam renang tersebut di sini.

Dia diiringi lebih 24 penyelam yang berusia 63 hingga 86 tahun di dalam kolam renang sedalam 33 meter itu.

Gambar menunjukkan Croizon memakai sirip renang. Croizon (kiri) menyelam di dalam kolam renang paling dalam di dunia di Brussels kelmarin.

Croizon yang merupakan seorang pekerja kilang besi, kehilangan semua kaki dan tangannya selepas dia terkena renjatan elektrik pada tahun 1994.

Ketika kejadian, dia cuba mengalihkan sebuah antena televisyen di atas bumbung.

Lelaki berusia 44 tahun itu menggunakan sepasang sirip renang pada kaki palsunya.

Philippe Croizon

Croizon akan berenang di Tasik Titicaca.

Tasik tertinggi di dunia itu terletak di sempadan Peru dan Bolivia.

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...