2020549

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, October 23, 2012

Juruteknik lemas, tangki kehabisan oksigen

ALOR SETAR - Seorang juruteknik Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mati lemas manakala rakannya dalam keadaan kritikal ketika mereka menyelam di perairan Pulau Perak, berhampiran Pulau Langkawi hari ini.     Rosli Mohammad Isa, 32, dikatakan bersama rakannya Haris Abdullah, 44, menyelam kira-kira pukul 10 pagi sebelum tangki oksigen Rosli kehabisan gas. Anggota Polis membawa mayat mangsa lemas, Rosli Mohammad Isa, 32, di jeti...

Menyamar kerabat diraja Kedah

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menahan 13 lelaki disyaki terlibat dalam kes penyamaran anggota kerabat diraja Kedah di sebuah hotel di Jalan Penang hari ini.     Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam serbuan pukul 3 petang itu, kesemua lelaki berusia sekitar 38 hingga 61 tahun itu ditahan ketika menghadiri program yang dinamakan 'Majlis Pelantikan Ahli Pertubuhan Kebajikan Islamiah Malaysia Diraja' sebagai tetamu...

Dipedaya Ustaz, 6 suri rumah tak dapat tunai umrah

JOHOR BAHRU – Hajat enam suri rumah menunaikan umrah bukan sahaja tidak kesampaian, malah terpaksa menanggung kerugian selepas terpedaya dengan tawaran seorang bergelar 'ustaz'. Salah seorang mangsa, Noriah Alias, 55, berkata, 'ustaz' itu dikenali mereka sekitar Mac lepas ketika menghadiri kelas agama. Suri rumah yang diperdaya Ustaz membuat laporan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia “Dia kelihatan jujur dan menawarkan pakej umrah...

Mesin ATM dipecah, penjenayah larikan RM76,000

SENAI – Sekumpulan penjenayah berjaya melarikan wang berjumlah RM76,000 dari sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sebuah pasaraya borong di Plentong, awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal mempercayai wang terbabit dilarikan kira-kira jam 5.30 pagi selepas suspek memotong mesin tersebut menggunakan gas Oxy-acetylene. Mesin pengeluar wang automatik (ATM) yang dipecah di...

Derita, anak macam Orang Pokok

PASIR MAS: “Irma nak pergi sekolah...nak jumpa kawan-kawan,” kata seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang menderita penyakit kulit di seluruh badan hingga menyebabkan dia tercicir persekolahan sejak empat tahun lalu. SAKIT KULIT...Rohimah menunjukkan tapak kaki Nurirmayanti. Jika dilihat sekali imbas, keadaan Nurirmayanti Semaun dari Kampung Kedondong, mirip ‘Orang Pokok’, Dede, 40, dari Cililin Kabupaten Bandung, Jawa Barat, Indonesia...

Dahsyatnya cara belajar di China

Media di China baru-baru ini dihebohkan dengan beberapa gambar menunjukkan betapa kerasnya pendidikan di negara tersebut. Gambar ini diambil dari sebuah sekolah di daerah Xiaogan yang memperlihatkan para pelajar sedang belajar dengan buku yang banyak. Selain itu, kelihatan botol-botol cecair tergantung di atas setiap dari mereka seakan berada di hospital. Botol-botol ini sememangnya digunakan oleh para pelajar tersebut. Menurut...

Perigi Ajaib Yang Airnya Mencurah-curah

Terdapat sebuah perigi di perkampungan Tuhala, Estonia yang mempunyai kedalaman hanya 2.5 meter. Peliknya, perigi ini mampu mencurahkan ratusan gelen air pada satu-satu masa sehingga membanjiri kawasan di sekitarnya. Bagaimana perkara ini terjadi? Perigi ini sebenarnya berada di atas sebatang sungai bawah tanah. Ketika hujan lebat, air di sungai tersebut menjadi penuh. Akibat tekanan yang tinggi, airnya muncurah keluar dari perigi ini. Selain...

Seni Dari Ganja

Ganja mungkin mampu memudaratkan kesihatan. Namun, perkara yang memudaratkan tidak semestinya tidak membawa sebarang faedah. Contohnya seperti seni luar biasa yang dihasilkan oleh Fernando de la Rocque. Seni dari asap ganja yang dihasilkannya dinamakan 'Blow job' Karya Fernando tersangatlah unik, kerana dia berkarya dengan asap ganja yang dihisap. Cara pembuatannya cukup mudah. Pertama, Fernando akan membuat pola stensil atas sekeping...

Rahsia Magik Tubuh Terbahagi Dua Chris Angel

Ramai yang pernah melihat silap mata yang dilakukan oleh Chris Angel ini. Seorang wanita dipotong  badannya menjadi dua tetapi masih hidup. Malah wanita tersebut masih boleh berjalan dengan kedua-dua tangannya. Ianya bukanlah video yang diedit.  Perkara ini langsung tidak masuk akal. Adakah Chris dibantu oleh hantu atau syaitan? Mari kita lihat bagaimana ia dilakukan.  Wanita yang diupah untuk menjadi subjek ini kelihatan...

Muay Thai Orang Utan

Terdapat suatu persembahan yang berjaya menarik perhatian pelancong ke Taman Safari Thailand iaitu persembahan Muay Thai Orang Utan. Persembahan ini berjalan selama 30 minit. Dua ekor orang utan telah dilatih untuk menewaskan antara satu sama lain. Ketika orang utan tersebut bertarung dan memukul antara satu sama lain, penonton hanya bersorak gembira. Aksi yang dilakukan oleh orang utan tersebut semuanya telah diatur dan sekadar lakonan. Para...

Aksi berani pemungut madu di Nepal

Memungut madu adalah salah satu kegiatan yang dilakukan sejak peradaban awal manusia. Pengkaji sejarah  menyatakan bahawa kegiatan ini telah dipraktikkan sejak 13,000 tahun Sebelum Masihi berdasarkan rekod lukisan batu yang ditemui. Di Nepal, kegiatan memungut madu telah dipraktikkan sejak ribuan tahun yang lalu dan merupakan sebahagian dari budaya mereka. Sebilangan kecil penduduk di pedalaman Nepal bergantung hidup dengan hasil carian...

Pakaian samurai wanita dilelong

LONDON - Sepasang pakaian perisai samurai yang digunakan oleh pahlawan wanita Jepun bakal dilelong di sini awal bulan depan, dan harganya dijangka mencecah beratus ribu pound. Wakil firma lelongan Bonhams, Suzannah Yip berkata, kelengkapan samurai itu yang dibuat pada tahun 1800-an akan dilelong pada harga permulaan 40,000 pound (RM200,000) di London pada 6 November ini. Pakaian perisai samurai yang digunakan oleh pahlawan wanita Jepun ini...

Suami bunuh isteri kerana keluar bekerja di Afghanistan

KABUL: Polis mengesahkan seorang lelaki di barat Afghanistan bertindak membunuhnya isteri kerana keluar rumah untuk bekerja.  Jurucakap Polis Wilayah Herat, Noor Khan Nekzad, berkata suspek, Mohammad Anwar ditangkap di ibu negeri wilayah berkenaan kerana membunuh. gambar hiasan Anwar dikatakan mengaku membunuh isterinya, Ghulam selepas berlaku pertengkaran Jumaat lalu sama ada beliau bekerja di satu syarikat swasta di bandar berkenaan.  Ahli...

Dinoda ketika pengsan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita menghadapi detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah pergi mengambil bekas alat tulis miliknya yang tertinggal di tempatnya berkursus di Bukit Kiara, di sini, Sabtu lalu. Wanita terbabit dikatakan baru selesai mengadakan perbincangan dengan rakannya dan pulang ke bilik sebelum mendapati bekas alat tulisnya tertinggal lalu pergi mendapatkannya. gambar hiasan Menurut...

2 pakar cipta jean mesra alam

LOS ANGELES: Kebanyakan seluar jean berwarna biru. Tetapi pada masa depan, ia mungkin hijau. Seorang ahli kimia dan seorang pereka fesyen menghasilkan seluar denim mesra alam yang dapat menghapuskan bahan buangan bahaya dalam udara. Seluar berkenaan disalut dengan partikel titanium dioksida yang boleh bertindak terhadap cahaya dan udara bagi meneutralkan nitrogen oksida, bahan pencemaran yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang. HELEN...

Porsche RM1 juta curi ditemui

KUALA LUMPUR – Kereta Porsche Panamera 4 berharga hampir RM1 juta yang disamun di sebuah pusat pameran kereta mewah di Bukit Bintang di sini ditemui ditinggalkan di tempat letak kereta Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dekat sini semalam. ANGGOTA polis memeriksa Porsche Panamera 4 yang ditemui ditinggalkan di tempat letak kereta Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan semalam. Jarak lokasi kereta itu disamun dan ditemui semula kira-kira...

Jimmy Choo dilantik sebagai Profesor UiTM

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) melantik pereka kasut terkenal dan Duta Genovasi, Datuk Dr. Jimmy Choo sebagai Profesor di atas peranan beliau untuk membantu institusi tersebut melahirkan pereka kasut bertaraf dunia. JIMMY (tengah) sedang menerangkan sesuatu kepada Sahol Hamid mengenai rekaan kasut di UiTM, Shah Alam semalam. Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, melalui pelantikan itu, Jimmy...

Aksi pencuri arak dirakam CCTV

KUALA LUMPUR – Sekumpulan lelaki yang melarikan enam botol minuman keras daripada kedai serbaneka, KK Supermart di Batu 5, Jalan Ipoh di sini kelmarin pasti tidak senang duduk apabila aksi mereka telah dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan. Dalam kejadian pukul 4.40 pagi itu, tiga daripada enam lelaki itu yang menunggang motosikal masuk ke dalam kedai tersebut untuk membeli 24 tin minuman keras berharga RM120. RAKAMAN...

Yash Chopra meninggal dunia akibat denggi

MUMBAI - Pengarah tersohor Bollywood, Yash Chopra (gambar) meninggal dunia kelmarin selepas lebih seminggu menghidap demam denggi, kata seorang doktor. Tokoh besar perfileman India itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun. Dr. Prakash Jiyavani berkata, Chopra yang meninggal dunia di Hospital Lilavati, Mumbai turut menghidap penyakit buah pinggang. Yash Chopra "Beliau meninggal dunia kerana demam denggi dan kegagalan beberapa...

Pereka fesyen nafi gelar Presiden Perancis bodoh

PARIS - Pereka fesyen terkenal, Karl Lagerfeld kelmarin menafikan beliau menggelar Presiden Perancis, Francois Hollande sebagai bodoh. Beliau sebaliknya memberitahu, kenyataannya yang dilaporkan oleh sebuah majalah Sepanyol berpunca daripada kesilapan terjemahan. KARL LAGERFELD bersama penyanyi Jennifer lopez semasa menyertai program televisyen Jerman terbitan saluran ZDF di Duesseldorf pada 6 Oktober lalu. "Apa yang nyata, saya tidak...

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji

SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara. "Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon. SENAD HADZIC Lelaki...

1,679 peserta sertai acara renang rentas pelabuhan

HONG KONG - Seramai 1,679 peserta merenangi laut bergelora dalam perlumbaan renang Pelabuhan Victoria di sini kelmarin. Peminat sukan renang berusia antara 12 hingga 78 tahun menyertai acara sejauh 1.5 kilometer itu yang kembali diadakan tahun lalu selepas digantung selama 33 tahun. BEBERAPA perenang terjun ke dalam laut untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan renang di Hong Kong kelmarin. Mereka berenang merentasi Semenanjung Kowloon...

Batu penyendal pintu sebenarnya meteorit

TENNESSEE - Sebuah keluarga di Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati seketul batu milik mereka sebenarnya seketul meteorit atau tahi bintang berusia empat bilion tahun, lapor akhbar MailOnline semalam. Pasukan penyelidik Universiti Tennessee memperoleh meteorit seberat 15 kilogram itu daripada keluarga Donna Lewis di sini yang menggunakannya sebagai penyendal pintu dan pelapik pokok bunga hiasan sejak beberapa tahun lalu. PROFESOR fizik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...