Tuesday, October 23, 2012

Mesin ATM dipecah, penjenayah larikan RM76,000

SENAI – Sekumpulan penjenayah berjaya melarikan wang berjumlah RM76,000 dari sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) di sebuah pasaraya borong di Plentong, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal mempercayai wang terbabit dilarikan kira-kira jam 5.30 pagi selepas suspek memotong mesin tersebut menggunakan gas Oxy-acetylene.

pecah mesin ATM
Mesin pengeluar wang automatik (ATM) yang dipecah di sebuah pasaraya borong di Plentong.
“Polis menemui tong gas Oxy-acetylene berkenaan yang ditinggalkan di tempat kejadian, namun gagal mengesan rakaman suspek yang terlibat memandangkan suspek berjaya menghadang kamera litar tertutup (CCTV) di mesin itu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan meneliti rakaman CCTV lain yang dipasang di sekitar premis terbabit untuk siasatan lanjut.

Roslan berkata, suspek turut memecahkan dinding cermin setebal kira-kira 2.5 sentimeter pada sebuah kedai yang sedang dalam proses pengubahsuaian sebelum memecahkan sebuah daripada empat mesin ATM di pasaraya itu.

Kejadian itu hanya disedari oleh dua anggota polis ketika pihak pasaraya memulakan operasi perniagaan mereka pada pagi ini.

 “Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini agar bekerjasama dengan pihak polis.

“Siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menyelesaikan kes ini dalam kadar segera dan mengenal pasti pihak yang terlibat,” katanya.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...