Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Cinta Kolestrol Puteri Disney

Bila diri mula dikuasai nafsu (makan), maka tubuh badan akan mula dikuasai lemak. Yang berlemak pula tidak semestinya tidak cantik. Yang nyata, puteri-puteri disney ini masih 'comel' dalam keadaan sebegitu walaupun dalam 'pandangan yang berbeza'.

gemuk
gemuk
gemuk
gemuk

Friday, March 29, 2013

Ini telur ayah

Agak-agaknya salahkah jawapan budak ini? Jika ayah membela ayam dan ayam tersebut bertelur, bererti itu telur ayah. Mungkin inilah yang ingin dimaksudkan oleh budak tersebut dan bukannya telur lain.

gambar lawak

Penumpang terlebih muatan

Kasihan dengan penumpang ini tidak mendapat tempat duduk yang selesa di dalam flight kelas ekonomi. Rasa-rasanya untuk memakai tali pinggang keselamatan pun tidak muat.

Kelihatan seperti masih ada tempat kosong di dalam pesawat tersebut. Apalah salahnya jika diberikan dua tempat duduk kepada lelaki tersebut supaya dia lebih selesa.

Penumpang terlebih muatan

Thursday, March 28, 2013

Ibu yang cuai

Dalam satu insiden, beberapa ekor anak itik mengekori ibu mereka dan bergerak bersama supaya tidak ada yang tertinggal. Malangnya ibu itik tersebut telah tersalah memilih laluan dan habis kesemua anak-anaknya terjatuh ke dalam lubang penutup longkang.

Wednesday, March 27, 2013

Burung bersarang tak kena tempat

Kebanyakan burung membuat sarang di atas pokok tetapi ada juga burung yang membuat sarang di tempat yang tidak dijangka. Inilah yang dijumpai oleh seorang lelaki setelah meletakkan keretanya selama enam hari di sebuah tempat meletakkan kenderaan. Bukan sekadar sarang, malah siap bertelur. Nak alih pun rasa kasihan. Sewajarnya tunggu sahajalah telur-telur tu menetas.

Burung bersarang tak kena tempat

Tuesday, March 26, 2013

Cara orang Afrika bermain Angry Bird

Beginilah caranya orang Afrika bermain Angry Bird. Kalau tersilap langkah, mungkin pemainnya terpaksa dimasukkan ke hospital. Yang pasti, tiada butang pause yang boleh ditekan dan pemainnya harus bermain sehingga penamat.

dikejar burung unta

Aksi pelik guru-guru di China

Teknik pengajaran di sekolah-sekolah di China amat diluar jangkaan. Walaupun peralatan yang diperlukan untuk mengajar adakalanya tidak mencukupi, namun ada diantara guru-guru ini pandai menggunakan kreativiti mereka bagi memenuhi tanggungjawab sebagai guru.

Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China
Aksi pelik guru-guru di China

Monday, March 25, 2013

Singa melepak di tengah jalan

Di Malaysia, jika anda memasuki kawasan pedalaman atau perkampungan, mungkin anda kerap terjumpa sekawan lembu yang melepak di jalan-jalan utama. Tetapi jika anda melalui kawasan pedalaman di Afrika, terpaksalah anda membiasakan diri menjumpai haiwan-haiwan yang tidak dijangka sedang bersantai di laluan anda.

Singa melepak di tengah jalan

Ibu mencincang kek hari jadi

Melihat dari gayanya, sudah pasti si ibu ini bekerja sebagai pemotong daging yang berpengalaman di pasar yang berdekatan. Pisau tersebut pula mungkin tidak disediakan oleh pihak restoran tetapi dibawa sendiri olehnya. Agak menakutkan apabila melihat kek tersebut seakan bukan dipotong, tetapi dicincang seperti cebisan daging.

Ibu mencincang kek hari jadi

Sunday, March 24, 2013

Telatah adik-beradik yang menyentuh perasaan

Kasih sayang adik-beradik tidak memerlukan kesempurnaan. Mungkin ada yang sukar untuk menerima kenyataan bahawa ada diantara adik-beradik mereka yang dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun harus diingat, air dicincang tidak akan putus.

Kagum melihat telatah dua beradik ini. Walaupun salah seorang dari mereka ini tidak mempunyai sepasang tangan, namun ianya bukanlah penghalang bagi menunjukkan kasih sayang sebagai seorang saudara kandung.

Telatah adik-beradik yang menyentuh perasaan

Saturday, March 23, 2013

Gambar lelaki diserang beruang kutub

Kebiasaannya, serangan beruang kutub boleh mengakibatkan kematian. Tetapi lelaki ini amat bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Jika ada pun, mungkin sekadar seperti digigit kucing.

diserang beruang kutub

Mujurlah anak beruang. Kalau bapak beruang, rasanya dah putus kaki lelaki tu.

Gelagat comel si bayi tidur berselerak

Comelnya gelagat kesemua bayi ni tidur. Memang berselerak. Entah berapa ramailah bayi yang berada di situ. Mungkin ada yang terguling sampai termasuk ke bawah almari. Hati-hati! Manalah tahu takut ada yang terpijak.

gambar lawak

Apa akan terjadi jika Hello Kitty turut diminati oleh lelaki?

Siapa tak kenal dengan karakter kartun comel si Hello Kitty. Kebiasaannya Hello Kitty hanya diminati oleh kaum wanita. Namun apakah yang akan terjadi jika Hello Kitty turut diminati oleh kaum lelaki?

Hello Kitty

Pengajaran dari gambar ini ialah jangan sesekali pinjamkan patung Hello Kitty anda kepada mana-mana lelaki.

Friday, March 22, 2013

Teman memandu di Dubai

Jika seekor anjing menjengahkan kepalanya dari tingkap kenderaan lalu menyalak kepada anda, ianya adalah perkara biasa. Cuba anda bayangkan bagaimana jika seekor harimau yang menjengahkan kepalanya dari tingkap kenderaan tersebut lalu mengaum kepada anda.

Perkara ini tidak mustahil di Dubai kerana orang kaya di sana lebih gemar memelihara haiwan yang mampu membuatkan mereka berasa gah dengan kemewahan yang dimiliki.

harimau

Sami shaolin di masa lapang

Mengikut fakta, seorang sami diharamkan untuk memakan daging mahupun meminum arak. Namun sami juga merupakan manusia biasa yang mempunyai nafsu dan juga perasaan. Mungkin sami ini bukanlah terpilih menjadi sami atas kerelaan hati tetapi dipaksa oleh keluarga.

sami

Wednesday, March 20, 2013

Terima kasih Power Rangers

Di alam fantasi, Power Rangers amat dikenali sebagai pahlawan yang mampu menewaskan raksasa demi menjaga keamanan manusia. Namun di alam realiti, sama ada sedar atau tidak, musuh sebenar manusia bukanlah raksasa tetapi adalah sampah. Dalam sehari sahaja bertan-tan sampah yang dihasilkan. Jika tiada sesiapa yang mengambil tindakan, sudah pastilah pelbagai penyakit menular. Mungkin disebabkan itulah Power Rangers ini sanggup melakukan tugas pembersihan demi menjaga keselamatan penduduk bumi.

Terima kasih Power Rangers

Monday, March 18, 2013

Gambar rekaan puting bayi yang kreatif

Kita semua sukakan bayi yang bergelak ketawa namun tiada sesiapa yang sukakan bayi yang kerap menangis. Puting bayi ataupun puting kosong mungkin merupakan peralatan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan adanya puting ini, tangisan bayi dapat dikurangkan malah situasi turut menjadi senyap. Bayi yang dipakaikan puting ini kebiasaannya kelihatan comel, namun ada juga rekabentuk puting yang membuatkan seseorang bayi kelihatan hodoh serta menakutkan.

Gambar rekaan puting bayi yang kreatif
Gambar rekaan puting bayi yang kreatif
Gambar rekaan puting bayi yang kreatif
Gambar rekaan puting bayi yang kreatif
Gambar rekaan puting bayi yang kreatif
Gambar rekaan puting bayi yang kreatif
Gambar rekaan puting bayi yang kreatif
Gambar rekaan puting bayi yang kreatif

Thursday, March 14, 2013

Gambar ilusi yang hanya berkesan kepada lelaki

Jika ditanya kepada lelaki apakah yang mereka nampak di dalam gambar ini? Sudah pastilah  mereka menjawab kelihatan seorang gadis berambut panjang dan berseluar pendek sedang berjalan di lorong tersebut. Hanya dengan melihat dari belakang sahaja mereka sudah membayangkan betapa cantiknya wanita yang dimaksudkan.

Gambar ilusi yang hanya berkesan kepada lelaki
Gambar ilusi yang hanya berkesan kepada lelaki

Namun jika dilihat dengan lebih dekat, adakah mereka ingin menarik balik jawapan yang diberi sebelum ini?

Gambar ilusi yang hanya berkesan kepada lelaki

Wednesday, March 13, 2013

Telatah comel panda bekerjasama

Bukan manusia sahaja yang pandai bekerjasama, haiwan lain juga mampu melakukan perkara yang sama. Antara haiwan tersebut ialah panda. Siapa sangka haiwan yang kelihatan comel dan pendiam ini sebenarnya hidup saling membantu. Telatah mereka amat mengangumkan malah ianya sukar diduga. Seperti mana kata-kata Wonderpets, "Apa yang penting? Kerjasama!"

Telatah comel panda bekerjasama
Telatah comel panda bekerjasama
Telatah comel panda bekerjasama
Telatah comel panda bekerjasama
Telatah comel panda bekerjasama

Tuesday, March 12, 2013

Kerana manusia, cicak binasa

Sedih rasanya bila kemudahan ciptaan manusia ini rupa-rupanya secara tidak sengaja telah menyusahkan makhluk lain. Seekor cicak cuba memasuki lubang plag elektrik di sebuah rumah. Entah bagaimana, cicak malang ini akhirnya terkena renjatan. Akibatnya, tuan rumah juga yang terpaksa menanggung kos tukar plag baru.

cicak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...