2020585

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, September 27, 2012

Padah laju, pemandu maut kereta terbabas

Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Banting, BNO, semalam. SABAK BERNAM - Seorang pemandu yang dalam perjalanan menghala ke Sungai Besar maut setelah kereta dipandunya terbabas sebelum bertembung kenderaan dipandu pasangan suami isteri dari arah Sabak Bernam di Jalan Kampung Banting, BNO, jam 8 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, mangsa, Mohd Syahmy...

Bantulah cari gadis OKU ini

Rayu cari anak OKU hilang SHAH ALAM – “Pulangkan Syima, kami sangat merinduinya," demikian rintihan hati Salimon Arteri Yeop Harun, 64, bapa kepada Faizatul Syima, 27, yang keluar dari rumah di Taman Batu Muda, Batu Caves, sejak enam hari lalu. Menurutnya, anak bongsunya itu yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) menghidap sindrom down keluar rumah ketika tinggal bersendirian pada 23 September lalu pada jam 7.30 malam. “Pada hari...

2 anggota polis ditembak semasa ronda stabil

R. Subramaniam, 52, yang cedera ditembak sekumpulan penjenayah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini - Foto Bernama PETALING JAYA - Dua anggota polis unit peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang dilaporkan parah ditembak sekumpulan penjenayah semalam berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua anggota...

2 maut, Toyota Vios rempuh lori

Bahagian belakang kereta mangsa remuk selepas merempuh belakang lori. JITRA - Hasrat dua sahabat untuk menghadiri majlis sempena kejayaan sebuah syarikat perbankan yang bakal disambut di Hatyai, Thailand, tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di kilometer 21.8 Lebuhraya Utara Selatan dari Jitra-Bukit Kayu Hitam, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi, mangsa, Khaw Chun Seong, 21, dari Simpang Empat dan rakannya, Lye Guang...

Proton Iswara rempuh bank

Kereta yang terbabas dan merempuh sebuah bank di Jalan Datuk Bandar Tunggal, semalam. SEREMBAN – Seorang wanita gagal mengawal kenderaannya akibat dihimpit sebuah kereta lain, lalu terbabas sebelum merempuh sebuah bank di Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Yeo Wei Neng, 18, yang memandu kereta Proton Iswara sendirian hanya mengalami kecederaan ringan di anggota badan. Jurucakap...

Kisah sebenar gadis Cina memeluk Islam

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah. Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga...

Maut kereta terhumban ke dalam cerun di Kulaijaya

Keadaan kereta yang dipandu mangsa. KULAIJAYA – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terhumban ke dalam cerun kira-kira empat meter sebelum ditemui orang ramai di Kilometer 2, Kulaijaya-Kota Tinggi, di sini, kira-kira jam 7 pagi, semalam. Mangsa, Muhammad Fadzil Bakri, 27, yang memandu seorang diri menaiki Proton BLM sedang menghala ke Kota Tinggi apabila tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui sebuah selekoh lantas merempuh...

Awek kolej kena tangkap basah, bawa balik jantan ke rumah

Gadis ini yang sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun ditangkap khalwat bersama teman lelakinya di sebuah rumah flat dekat Bijangga. DUNGUN - Tindakan seorang penuntut kolej membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa setiap hujung minggu sehingga mendatangkan syak wasangka dalam kalangan jiran tetangga sehingga perbuatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa. Susulan itu, satu serbuan dilakukan penguat kuasa syariah...

Jemaah haji jangan bimbang virus misteri

Dianggarkan dua juta umat Islam berkunjung ke Makkah bagi menunaikan haji sehingga Oktober RIYADH - Kementerian Kesihatan Arab Saudi meminta jemaah haji supaya tidak bimbang berikutan penularan wabak misteri dipercayai dari kelompok  Virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) yang telah menjangkiti seorang lelaki di London, selepas berkunjung ke Arab Saudi, baru-baru ini. Jurucakap kementerian, Khaled al-Mirghalani berkata, wabak itu...

Santapan gadis Butterfly

Gadis ‘butterfly’ yang menjadi teman sosial pengunjung pusat karaoke dicekup dan diserahkan kepada polis. PUCHONG – Pelanggan boleh memilih sama ada mahu pakej ‘butterfly’ atau ‘booking’ terus gadis peneman yang akan melayan mereka ketika berkaraoke di sebuah pusat hiburan di sini. Itu antara pakej ditawarkan pengusaha yang dikatakan masih ingkar dengan arahan pihak berkuasa meski baru sahaja dikenakan tindakan dua minggu lalu. Difahamkan,...

Helah buang bayi terbongkar

Anggota polis menarik kotak mengandungi mayat bayi itu di rumah mayat Hospital Lipis, semalam. CAMERON HIGHLANDS - Taktik wanita warga Myanmar mendapatkan rawatan di hospital dengan menyatakan dia mengalami sakit perut membawa kepada penemuan mayat bayi perempuan di belakang sebuah rumah di Brinchang. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, wanita berusia 19 tahun itu tergamak membuang bayi perempuan baru...

Gunung Pagar Syurga

Heaven’s Gate Mountain atau dalam bahasa melayu bermaksud Gunung Pagar Syurga terletak di Kota Zhangjiajie, China. Pelancong boleh mendaki dengan 999 langkah yang meletihkan untuk sampai ke pintu syurga tersebut. Tebing pada gunung ini runtuh beberapa tahun lalu sehingga meninggalkan kesan lubang yang lebih besar dengan ketinggian lebih 400 kaki. ...

Motosikal dirempuh babi hutan

Nur Arizah melihat keadaan Firas di rumah mereka di Kampung Sungai Buntu. PONTIAN – Seorang murid tadika patah bahu dan lengan kanan serta terpaksa menerima tiga jahitan di kepala apabila motosikal dinaiki bersama bapanya dirempuh seekor babi hutan yang tiba-tiba melintas di Kampung Sungai Buntu, Penerok, dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, Mohd Fakhrurazi Tukiman, 33, dalam perjalanan menghantar anaknya,...

Dera anak sampai mati

Kamalruddin dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Ipoh selepas dijatuhi hukuman penjara 20 tahun di sini, semalam. IPOH - Seorang buruh kasar dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi Ipoh selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anak kandungnya di Kampung Baru Sambungan, Kamunting antara 1 hingga 2 November empat tahun lalu. Tertuduh, Kamalruddin Mohamed Ghani, 31, mengaku bersalah di atas pertuduhan pilihan yang dibacakan...

Ganjaran RM200j untuk kahwini gadis lesbian ini

Gigi Chao HONG KONG: Seorang jutawan Hong Kong menawarkan HK$500 juta (RM200.3 juta) “tawaran perkahwinan” kepada mana-mana lelaki yang boleh memenangi hati anak perempuan lesbiannya, semalam. Cecil Chao mengumumkan tawaran kewangan itu selepas anak perempuannya Gigi, mengahwini pasangan sejenisnya sejak tujuh tahun, di Perancis awal tahun ini, lapor akhbar South China Morning Post. “Saya tidak kisah sama ada lelaki itu kaya atau miskin....

Wanita tertelan tikus dalam sandwich Tesco

gambar hiasan LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwich ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya. Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.  Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh...

Jual ibu mengandung RM400

KUALA LUMPUR: “Tergamak dia menjual saya dan kandungan yang kini berusia lapan bulan dengan harga cuma RM400,” kata wanita mahu dikenali sebagai Asmah, 25, yang dijual rakan baiknya kepada sepasang suami isteri sebelum diselamatkan. Menurutnya, rakannya itu bersama teman lelaki yang kedua-duanya berusia 30-an menjualnya kepada sepasang suami isteri di Damansara, di sini, jam 9 malam, 20 September lalu selepas dibawa dari rumahnya di Meru,...

Samsung lancar Galaxy Note II

DUA orang model menunjukkan beberapa buah telefon pintar Galaxy Note II pada majlis pelancarannya di Seoul, Korea Selatan semalam. SEOUL - Syarikat gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam melancarkan model telefon pintar terbaharunya, Galaxy Note II hanya seminggu selepas telefon pintar iPhone 5 keluaran Apple Inc. dipasarkan. Galaxy Note II yang diperkenalkan buat pertama kali di Berlin bulan lalu akan dijual di 128...

Madonna panggil Obama Muslim berkulit hitam

Madonna LOS ANGELES - Bintang pop, Madonna mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peminatnya apabila menggesa mereka mengundi Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tetapi pada masa yang sama memanggil pemimpin itu sebagai seorang Muslim berkulit hitam. Rakaman ucapan Madonna, 54, disiarkan di internet kelmarin. Klip itu dilaporkan dirakam semasa satu konsert Madonna di Washington DC pada Isnin lalu. "Memang menakjubkan dan luar biasa...

Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di Sepanyol

SEJUMLAH penunjuk perasaan berhimpun dekat bangunan Parlimen Sepanyol ketika mengadakan protes di Madrid kelmarin. MADRID - Beribu-ribu orang berarak menuju ke bangunan Parlimen di sini kelmarin bagi membantah pelan penjimatan dan kenaikan cukai oleh kerajaan Sepanyol semalam. Namun, kemaraan mereka dihalang oleh lebih 1,000 anggota polis pencegah rusuhan dengan menyebabkan mereka terpaksa berhimpun di beberapa jalan berhampiran. Kekacauan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...