2020571

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, September 13, 2012

Kertas percubaan SPM bocor di FB

Pautan kertas percubaan SPM yang tersebar di sebuah laman sosial Facebook. KUALA LUMPUR - Soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan dari 29 Ogos lalu hingga 21 September ini, didakwa  sudah tersebar menerusi laman sosial Facebook. Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, maklumat tersebut diperolehi daripada seorang guru tuisyen yang memberitahu bahawa pautan kepada soalan...

Remaja disyaki lari ikut teman lelaki

Nur Husna Nasri SHAH ALAM –“Husna, pulanglah nak. Ibu tengah sakit sekarang,” rintih Hamidah Maun, 47, kepada anak perempuan bongsunya, Nur Husna Nasri, 16, yang menghilangkan diri dari kediaman keluarga itu di Seksyen 20, sejak seminggu lalu. Hamidah berkata, anak bongsu daripada tiga adik-beradik yang mesra dengan panggilan Adik itu hilang selepas meminta kebenaran bapanya, Nasri Sohod, 51 untuk keluar beraya bersama rakan, di sini, 7 September...

Tiga sahabat terlepas tali gantung

Md Faizeri bersama ahli keluarganya. Gambar kecil(kanan) Mohamad Nazari dan Syed Rosli(kiri) kelihatan tenang keluar dari mahkamah. ALOR SETAR - Tiga sahabat dibebas dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, daripada tuduhan membunuh seorang pembantu tempat letak kereta dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan...

Sempat tanggal gigi palsu sebelum meninggal

Penolong Pegawai Penyiasat Cawangan Trafik IPD Alor Gajah, Sarjan Solihin Md Shah memeriksa basikal ditunggang Mohd Fazrul Ayman yang dirempuh dari belakang ALOR GAJAH - Seorang warga emas sempat menanggalkan gigi palsunya sebelum dia meninggal dunia di tempat kejadian selepas terbabit kemalangan di Padang Sebang, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa, Chai Koh Mek, 74, dari arah pekan Alor Gajah menuju...

Kelibat hantu di belakang Suzy

Susuk misteri dibelakang gambar Suzy Sekeping gambar ahli Miss A, Suzy yang diambil sendiri oleh penyanyi itu ketika berada di Everland, Yongin bersama kumpulan 2PM menarik perhatian ramai. Ini kerana, terlihat kelibat hantu yang berada di belakangnya hingga menimbulkan pertelingkahan ramai selepas gambar itu dimuat turun di sebuah laman online. Ada yang mengatakan gambar tersebut hanya sebahagian daripada promosi projek terbaru mereka....

AS mahu balas dendam kematian duta di Libya

Pejabat Konsul AS di Benghazi terbakar selepas diserang kelmarin WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) semalam berikrar untuk membalas dendam ke atas Libya apabila duta mereka dan tiga rakyatnya yang dibunuh dan sudah bersedia untuk menjejaki penjenayah yang disyaki terlibat. Duta AS, Christopher Stevens yang pernah membantu menyelamatkan bandar Benghazi di Libya Timur semasa revolusi tahun lepas mati malam kelmarin bersama dengan diplomat lain...

Putera William mahu dua anak, Kate didakwa mungkin hamil

Kate Middleton dilapor memegang segelas air ketika satu majlis rasmi sempena lawatan ke Singapura SINGAPURA - Putera William dan isterinya yang akan memulakan lawatan empat hari ke Malaysia mulai hari ini, mendedahkan hasratnya mahu mempunyai dua orang anak. William yang memegang gelaran Duke of Cambridge melahirkan hasrat itu ketika mengadakan lawatan ke Singapura sebelum meneruskan perjalanan dalam rangka lawatan ke Malaysia. Pewaris...

Remaja sumbang mahram dengan kakak sendiri

JERANTUT - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas. Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan. Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun...

Gaji cuci pinggan RM7,500 sebulan

SINGAPURA: Jumaat lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Sakae Sushi, Douglas Foo bercerita di radio UFM100.3 mengenai kepayahan untuk mencari pekerja berkolar biru tempatan. Ketika diwawancara, Foo berkata, dia tidak dapat mencari pencuci walaupun ditawarkan gaji Sg$3,000 (RM7,500) sebulan. Perbualan itu menyebabkan debat umum, di mana ramai pengguna internet berpendapat tawaran gaji setinggi itu sukar dipercayai.  Seorang lelaki dipetik oleh...

Wartawan giat lapor pembalakan haram ditemui mati dibunuh

PHNOM PENH: Seorang wartawan Kemboja yang mendedahkan aktiviti pembalakan haram ditemui mati dibunuh dan mayatnya ditinggalkan dalam but kereta, kata polis semalam. Pegawai kanan polis, Song Bunthanorm, berkata mayat wartawan Vorakchun Khmer Daily, Hang Serei Oudom, ditemui dalam kenderaan mangsa yang ditinggalkan di sebuah ladang gajus di wilayah Ratanakiri, kelmarin “Ia bukan rompakan, tapi kes bunuh. “Ada beberapa kesan kecederaan di...

Realiti Popeye Kelahiran Mesir

BISEP Moustafa berukuran hampir 79 sentimeter menyebabkan dia kelihatan seperti Popeye (gambar kecil). BOSTON: Seorang ahli bina badan kelahiran Mesir diiktiraf memiliki bisep terbesar di dunia dengan ukuran 78.7 sentimeter, lapor media semalam. Moustafa Ismail, 24, menghabiskan masa selama 10 tahun untuk berlatih mengangkat berat dua kali sehari bagi membentuk otot di pangkal lengannya. Disiplin itu membolehkan Moustafa memiliki bisep...

Maut dilanggar lori lembu

Keadaan lori dan motosikal yang terhumban ke dalam longkang selepas kemalangan semalam. KOTA BHARU- Seorang lelaki warga Myanmar, maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dari arah bertentangan, di jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di sini semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang itu, menyebabkan mangsa, Nor Muhamad Abdullah, 29, yang menunggang motosikal bersendirian melakukan pusingan U dari arah kiri bahu...

iPhone 5, 20% lebih ringan

Apple memperkenalkan iPhone 5 semalam. SAN FRANCISO - Apple melancarkan iPhone 5, yang lebih kecil dan ringan serta sejumlah ciri-ciri terkini, tersenarai dalam kategori 4G, pada satu majlis yang dinanti-nantikan dunia, di sini semalam. Produk terbaru ini 18 peratus lebih tipis dan 20 peratus ringan berbanding iPhone 4S. Apple berkata iPhone 5 akan berada di pasaran mulai 21 September ini. Apple mendakwa telefon pintar terbaru ini sebagai...

Isteri dibunuh bahana cemburu

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah tempat Novi dibunuh di Seksyen 26, Shah Alam semalam. SHAH ALAM – Perasaan cemburu yang meluap-luap oleh seorang lelaki sampai ke kemuncaknya apabila dia menetak kepala seorang wanita dipercayai isterinya dengan kapak hingga mati selepas hilang pertimbangan ketika bertengkar di rumah sewa mereka di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini kelmarin. Kejadian pukul 9.15 malam itu...

Dilarang menduduki UPSR salah pelajar, bukan sekolah

MAHADZIR memujuk Muhammad Faiz supaya tabah dalam pertemuandi rumah mereka di Bukit Beruntung semalam. KUALA LUMPUR - Siasatan Jabatan Pelajaran Selangor mendapati dakwaan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung, Rawang bahawa dia dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kelmarin sebagai tidak berasas. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, apa yang sebaliknya...

Software kesan ijazah palsu

Dr. Muhammad Zaly menunjukkan perisian pengimbas kod bar yang boleh mengesan sesuatu produk itu halal atau tidak. SKUDAI – Penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya membangunkan perisian baharu yang didakwa mampu mengesan ketulenan ijazah graduan. Sebagai permulaan, perisian itu akan diuji pada bakal graduan majlis konvokesyen universiti itu yang dijadualkan berlangsung pada Oktober nanti. Menjelaskan lebih lanjut, Pensyarah...

Kereta Zed Zaidi dicuri lagi

Zed Zaidi PETALING JAYA – Malang menimpa lagi kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi (gambar) apabila kereta miliknya dicuri orang awal pagi kelmarin. Ia merupakan kes kedua yang menimpa beliau atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, selepas sebuah kereta Toyota miliknya dilaporkan hilang di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2007 dan sehingga kini ia belum ditemui lagi. Kali ini, beliau melaporkan kehilangan...

Wanita nyaris terbakar bersama Mitsubishi Storm

REAKSI Umi selepas melihat kenderaannya terbakar ketika melalui jejambat Jalan Tun Razak dekat bulatan Loke Yew semalam. KUALA LUMPUR - Seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan jenis Mitsubishi Storm yang dipandunya terbakar di atas jejambat Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Loke Yew di sini semalam. Kejadian mencemaskan pukul 11 pagi itu berlaku ketika wanita berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Umi memberhentikan kenderaan berkenaan...

Bapa Julia Gillard derma tubuh

FOTO bertarikh 16 Ogos 2010 ini menunjukkan Gillard memeluk bapanya dalam kempen Parti Buruh Australia di Brisbane. John Gillard meninggal dunia pada Sabtu lalu ketika berusia 83 tahun. SYDNEY - Bapa Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menderma tubuhnya kepada sains. Mendiang juga tidak mahu dikebumikan atau dikenang pada majlis pengkebumian, tetapi hanya mahu satu majlis berkabung, jelas wasiatnya semalam. John Gillard, 83, mati mengejut...

Mati akibat suntikan silikon pada alat sulit

Kasia Rivera NEWARK, New Jersey - Seorang wanita tidak mengaku salah menyebabkan kematian seorang lelaki selepas dia didakwa menyuntik silikon melebihi dos sewaktu menjalankan prosedur membesarkan alat kelamin. Kasia Rivera, 35, (gambar) tidak mengaku cuai dan menyebabkan mangsa, Justin Street yang berusia 22 tahun meninggal dunia. Street yang merupakan bapa kepada dua orang anak dikatakan berjumpa Rivera untuk membesarkan kemaluannya selepas...

Kebakaran kilang ragut 314 nyawa

PASUKAN penyelamat mengangkat mayat yang rentung daripada kilang membuat pakaian yang terbakar di Karachi, Pakistan. KARACHI, Pakistan - Dua buah kilang musnah dijilat api dalam dua kejadian berasingan iaitu satu di bandar ini dan satu lagi di Lahore, membunuh sekurang-kurangnya 314 orang, kata polis dan beberapa pegawai semalam. Angka kematian dijangka meningkat, sekali gus bakal menimbulkan persoalan baharu tentang keselamatan industri,...

Nenek mangsa buli dapat derma RM2.1 juta

TORONTO, Kanada - Seorang pengawas bas sekolah yang dibuli tanpa belas kasihan oleh empat pelajar sekolah menengah rendah di New York menerima lebih AS$700,000 (RM2.1 juta) dalam derma yang dikumpulkan oleh seorang lelaki Kanada. Karen Klein (gambar), 68, menerima cek berkenaan pada satu majlis di sini kelmarin. Seorang jurucakap untuk kempen dana tersebut berkata, lebih 30,000 orang dari 84 buah negara telah menyumbang bagi membantu meringankan...

Aktivis bantah penjualan daging anjing

TIGA aktivis persatuan People Love Pet mewarnakan wajah mereka semasa mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok semalam. - REUTERS BANGKOK - Sekumpulan aktivis di Thailand mewarnakan wajah mereka menyerupai wajah anjing dalam satu tunjuk perasaan di negara berkenaan semalam. Aktivis-aktivis pertubuhan sosial People Love Pet itu mengadakan satu tunjuk perasaan di luar Kementerian Dalam Negeri di sini. Protes tersebut bertujuan untuk menggesa...

Raih pendapatan RM66 sehari menarik rakit di Babelan

Seorang lelaki menarik tali untuk menggerakkan rakitnya menyeberangi sebatang sungai di Babelan, pinggir bandar raya Jakarta semalam. - REUTERS JAKARTA - Berbekalkan keringat, sebuah rakit kayu dan tali yang diikat menyeberangi sebatang sungai di Babelan, dekat sini, beberapa penarik rakit mampu meraih pendapatan yang agak lumayan. Mereka memberikan khidmat kepada orang ramai yang mahu menyeberangi sungai berkenaan dengan mengenakan bayaran...

Peminat beli rumah asal Muhammad Ali

RUMAH Muhammad Ali dengan papan tanda untuk dijual dipacak di laman kediaman tersebut di Louisville, Kentucky pada 27 Ogos lalu - AP LOUISVILLE, Kentucky - Seorang peminat setia Muhammad Ali telah membeli rumah yang menjadi tempat petinju legenda berkenaan membesar. Seorang ejen hartanah Amerika Syarikat memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa peminat berkenaan, Jared Weiss membeli hartanah tersebut yang terletak di sini, dalam...

200 CCTV dipasang di tandas sekolah Britain

LONDON - Sekurang-kurangnya 47,000 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekolah-sekolah di Britain dengan 200 lagi dipasang di tandas atau bilik persalinan, dedah satu data semalam. Secara purata terdapat satu kamera bagi 38 kanak-kanak di sekolah di England, Scotland dan Wales, kata kumpulan pendesak, Big Brother Watch yang mengumpul data dari 2,107 buah sekolah di bawah kebebasan perundangan maklumat. "Kajian ini menimbulkan tanda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...