Thursday, September 13, 2012

Peminat beli rumah asal Muhammad Ali

sejarah Muhammad Ali
RUMAH Muhammad Ali dengan papan tanda untuk dijual dipacak di laman kediaman tersebut di Louisville, Kentucky pada 27 Ogos lalu - AP
LOUISVILLE, Kentucky - Seorang peminat setia Muhammad Ali telah membeli rumah yang menjadi tempat petinju legenda berkenaan membesar.

Seorang ejen hartanah Amerika Syarikat memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa peminat berkenaan, Jared Weiss membeli hartanah tersebut yang terletak di sini, dalam negeri Kentucky, awal minggu ini.

Ejen hartanah berkenaan, Dave Lambrechts berkata, Weiss membayar AS$70,000 (RM217,840) untuk rumah kecil berwarna putih itu.

"Lelaki ini peminat setia Ali, faktor ini mendorong dia membeli rumah berkenaan," kata Lambrechts.

Weiss merupakan seorang pelabur hartanah di bandar raya Las Vegas.

Ali yang pernah menjadi juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali kekal sebagai antara manusia paling dikenali di dunia. 

sumber- AP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...