Thursday, September 13, 2012

Putera William mahu dua anak, Kate didakwa mungkin hamil

Kate Middleton dilapor memegang segelas air ketika satu majlis rasmi sempena lawatan ke Singapura
SINGAPURA - Putera William dan isterinya yang akan memulakan lawatan empat hari ke Malaysia mulai hari ini, mendedahkan hasratnya mahu mempunyai dua orang anak.

William yang memegang gelaran Duke of Cambridge melahirkan hasrat itu ketika mengadakan lawatan ke Singapura sebelum meneruskan perjalanan dalam rangka lawatan ke Malaysia.

Pewaris kedua takhta Britain ini berkata demikian ketika bertemu dengan orang ramai pada majlis 'colourful walkabout' apabila ditanya oleh seorang budak tentang saiz keluarga yang diidamkan oleh putera itu, yang melangsungkan perkahwinan dengan Kate Middleton pada April 2011.

Portal PerthNow melaporkan William dikatakan menjawab: "Dua."

Dalam pada itu, laporan portal Huffingtonpost pula berkata, isteri William kemungkinan hamil kerana beliau tidak mengambil wain ketika menghadiri dua majlis santapan di Singapura.

Sebaliknya laporan itu, dengan merujuk kepada dua keping foto berkata, Duchess of Cambridge hanya mengambil air.

Laporan itu memetik New York Daily mengesahkan Catherine telah menolak wain ketika majlis makan malam rasmi anjuran kerajaan Singapura.

"Jadi? Baik, kami ada lagi bukti," kata portal itu lagi.

William dan adiknya Putera Harry merupakan dua anak kepada pasangan Putera Charles dan mendiang Puteri Diana.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...