2020576

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, January 30, 2013

Rumah berhantu dilelong dengan harga 1 euro

Laman web eBay versi Perancis baru-baru ini dikejutkan dengan penjualan rumah berhantu yang terletak di Arbresle, kawasan Rhône-Alpes, dengan harga yang ditawarkan semurah 1 euro. Rumah tersebut berkeluasan kira-kira 110 meter persegi dan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 350 meter persegi. Maud69620, merupakan individu bertanggungjawab yang menyenaraikan penjualan aset tersebut. Berdasarkan cerita, rumah tersebut pernah menjadi...

Pandu Bumper Car di jalan raya

Kereta Langgar ataupun lebih dikenali sebagai Bumper Car merupakan antara permainan paling popular di taman tema. Jika dinamakan sebagai kereta, sudah pastilah ianya sebuah kenderaan. Adakah menjadi kesalahan untuk memandunya di jalan raya? Kejadian ini berlaku di Taizhou, wilayah Zhejiang, China. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zhang memutuskan untuk mengambil langkah mudah dan murah dengan memandu dua Kereta Langgar di jalan besar...

Bintang realiti bawa pulang cebisan tengkorak sendiri

London: Seorang watak sampingan dalam siri realiti Britain, The Only Way Is Essex pulang dari melancong di Thailand bersama cebisan tengkorak dalam satu daripada bagasinya, lapor media semalam. Lee Charie, 32, terjatuh dari balkoni ketika bercuti di Pulau Koh Tao menyebabkan kepalanya terhantuk kuat. Akibat hentakan dari ketinggian hampir tujuh meter itu, satu pertiga daripada tengkorak Charie terpaksa dibuang bagi mengurangkan tekanan...

Wanita ketagih bulu kucing

Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh. Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari. Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu. “Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah...

Video: Perompak menangis dipukul mangsa

Satu insiden rompakan bersenjata yang mengejutkan telah berlaku di sebuah sebuah stesen minyak yang terletak di Oldenburg, Jerman. Namun insiden tersebut berakhir dengan saat dramatik dimana perompak tersebut menangis teresak-esak dan merayu agar dilepaskan. Dalam rakaman CCTV, pekerja di stesen minyak tersebut sempat menekan suis kecemasan bagi meminta pertolongan. Kemudiannya dia berlari ke bilik berdekatan dan mengambil kayu pemukul baseball....

Sentuhan lukisan pensil yang mengagumkan

Kelvin Okafor merupakan seorang artis yang amat berbakat. Dengan menggunakan pensil, lukisan yang dihasilkannya seakan gambar sebenar. Kelvin, 27, seorang artis dari London mengggunakan arang dan juga pensil grafit untuk melukis ikon terkenal seperti Rihanna dan juga Puteri Diana. Dia memerlukan sekitar 100 jam untuk menyiapkan setiap lukisan. Keunikan karya Kelvin telah menjebakkan dirinya ke persada seni dengan memenangi anugerah dan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...