Wednesday, January 30, 2013

Rumah berhantu dilelong dengan harga 1 euro

Laman web eBay versi Perancis baru-baru ini dikejutkan dengan penjualan rumah berhantu yang terletak di Arbresle, kawasan Rhône-Alpes, dengan harga yang ditawarkan semurah 1 euro. Rumah tersebut berkeluasan kira-kira 110 meter persegi dan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 350 meter persegi.

Rumah berhantu dilelong dengan harga 1 euro

Maud69620, merupakan individu bertanggungjawab yang menyenaraikan penjualan aset tersebut. Berdasarkan cerita, rumah tersebut pernah menjadi lokasi pembunuhan yang kejam sekitar tahun 1950an dan kini ianya dihantui oleh roh-roh yang tidak tenteram. Pelbagai fenomena paranormal yang berlaku seperti terdengar suara misteri, bunyi tingkap diketuk, dan objek bergerak secara sendiri.

Rumah berhantu dilelong dengan harga 1 euro

Maud69620 langsung tidak bergurau malah dia tidak membenarkan sesiapa yang merasakan fakta tersebut palsu untuk menghubunginya. Iklan tersebut dikhususkan untuk sesiapa yang percayakan kewujudan dunia ghaib.

Rumah berhantu dilelong dengan harga 1 euro

Berbalik pada peristiwa pembunuhan yang pernah berlaku, mangsa dikatakan sepasang suami isteri yang juga bekas pemilik rumah tersebut. Sekumpulan pekerja telah membunuh mereka secara kejam bagi mencari harta karun yang disembunyikan di dalam rumah. Namun pembunuhan tersebut tidak dapat dipastikan benar mahupun tidak kerana tiada mayat yang dijumpai. Pemilik rumah tersebut hilang tanpa dikesan tetapi berdasarkan kenyataan yang dibuat, mayat mereka ditanam di padang berhampiran.

1 comment:

  1. Hmmm kalau bagi free pun tak rasa nak beli & stay kat sini..seremmm!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...