2020581

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, November 16, 2012

Gambar kahwin paling kreatif

Lokasi menarik serta berpakaian cantik mungkin menjadi pilihan ketika sesi penggambaran perkahwinan. Namun pasangan dari Jepun ini lebih kreatif dengan memilih jalan cerita 'serangan zombie' untuk gambar perkahwinan mereka. ...

Cara seludup dadah paling kreatif

Suspek penyeludupan dadah cuba memandu SUV mereka di atas pagar setinggi 14 kaki di sepanjang sempadan USA-Mexico. Namun usaha mereka terbantut apabila Jeep yang dinaiki tersangkut di tengah-tengah ketika cuba menyeberang pagar berdekatan Yuma, Arizona. Kreatifnya cara mereka membuat laluan tersebut sendiri. Walaupun gagal, sekurang-kurangnya mereka mencuba. ...

Atuk berbadan sasa

Dr. Jeffry Life benar-benar memiliki bentuk tubuh lelaki sejati. Walaupun telah menjangkau usia 70-an, namun badannya tetap sasa sepertimana yang diidamkan oleh lelaki lain. Sebelum ini, Dr. Jeffry pernah mengalami masalah kegemukan dan merasakan dirinya tidak layak untuk menjadi model contoh kepada pesakitnya dan juga keluarga. Tetapi setelah mengamalkan diet pemakanan terkawal serta senaman di gimnasium, bentuk badannya menjadi...

Tukang urut, GRO bawah umur

SEREMBAN -  Empat gadis bawah umur berusia 14 dan 16 tahun dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) antara 35 wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen di beberapa pusat hiburan dan rumah urut di daerah ini dan Jempol kelmarin. Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, semua gadis bawah umur terbabit merupakan warga Vietnam dan ditahan di pusat hiburan di Taman Bukit Kepayang dan...

Mak nyah lari lintang-pukang

AMPANG - Sambutan Maal Hijrah 1434H dicemari dengan aktiviti tidak bermoral membabitkan sekumpulan mak nyah yang dipercayai sedang menunggu pelanggan di sekitar kawasan Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam. Antara mak nyah yang ditahan dalam operasi awal pagi semalam. Kira-kira enam mak nyah berpakaian menjolok mata didapati berkeliaran di sekitar rumah kedai di situ, bertempiaran lari setelah menyedari kehadiran sepasukan penguatkuasa...

Wartawan menang anugerah dipukul

PEKANBARU- Fakhri Rubianto, seorang daripada beberapa wartawan yang diserang oleh pegawai Tentera Udara ketika membuat liputan jet terhempas di Riau bulan lalu, diserang sekali lagi oleh empat orang tidak dikenali di sini, kelmarin. Penyerang memakai topi keledar untuk melindungi wajah mereka, menunggang dua motosikal lalu menghalang motosikal yang ditunggang Fakhri di Jalan Ariffin Rachmad.  Ketika memukul Fakhri, mereka berkata,...

Ngeri! Kepala budak dimakan biawak

SANDAKAN: Kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang pada 10 November lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan ibu saudaranya di Kampung Garinono, Batu 25, dekat sini, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila badannya terputus dua dan hampir reput dipercayai angkara binatang buas. Difahamkan, mayat mangsa, Haziq Hassan, ditemui jam 4 petang kelmarin, tiga kilometer dari rumah ibu saudaranya oleh seorang juruukur. SIASAT...Rowell...

Lelaki tangkap belut gergasi

DEVON: Seorang pengail, Andy Parker berjaya menangkap seekor belut seberat 43 kilogram di perairan Britain semalam. Dia berjuang selama 40 minit untuk menarik naik haiwan itu ketika memancing kiar-kira 35 batu di perairan Torquay, di Devon. Batang kailnya melendut sebaik belut berkenaan memakan umpan dan cuba untuk melarikan dirinya ke dasar laut. Parker, 42 dari Huddersfield, barat Yorks, berkata: “Ia bagaikan perlawanan tinju. Ia adalah...

Kembar tiga terberat di dunia

SACRAMENTO: Seorang ibu di California melahirkan tiga bayi lelaki yang mencatatkan rekod baru sebagai kembar tiga paling berat di dunia. Jason dan Brittany Deen dari Sacramento, California, menyambut kelahiran tiga bayi lelaki mereka pada 8 November lalu. JASON memangku (dari kiri) Sidney, Jenson dan Elliot sambilrhatikan Brittany. Gabungan berat ketiga-tiga bayi itu ialah sembilan kilogram bermakna mereka mencatat rekod baru dalam Buku...

Wanita pertama dilantik sebagai juruterbang Penerbangan Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN: Kapten Sharifah Czarena Suriany Syed Hj Hashim menjadi wanita pertama dilantik sebagai kapten untuk Syarikat Penerbangan diraja Brunei (RB), memecahkan tradisi lapangan yang biasanya didominasi oleh lelaki. Awal bulan ini, Sharifah menamatkan penerbangan 5,000 jam di bawah bimbingan dan pengawasan Timbalan Ketua Pegawai Operasi, Kapten Khalidkhan Hj Asmakhan.  Dengan penilaian tinggi konsisten yang diterima ketika...

Wanita dihukum pegang papan tanda

CLEVELAND, Amerika Syarikat - Seorang wanita terpaksa memegang papan tanda di sebuah kaki lima di sini. Wanita berkenaan, Shena Hardin diperintahkan oleh Hakim Pinkey Carr supaya berdiri di kaki lima berkenaan selama sejam pada Selasa lalu dan kelmarin. HARDIN memegang papan tanda yang menyatakan kesalahannya di Cleveland kelmarin. Dia memegang papan tanda itu yang tertera ayat: "Hanya orang bodoh memandu di laluan pejalan kaki kerana mahu...

Lelaki paling pantas berlari guna Empat Kaki

TOKYO - Seorang lelaki berusia 30 tahun, Kenichi Ito menjadi manusia paling pantas di dunia berlari dengan menggunakan dua kaki dan tangannya. Dia mencatatkan masa 17.47 saat semasa berlari dengan menggunakan kaki dan tangannya itu sejauh 100 meter di sini semalam. SALAH satu aksi Ito di garisan penamat. Ito belajar berlari dengan menggunakan semua kaki dan tangannya itu sejak berumur sembilan tahun. Dia meniru larian spesies monyet...

Bekas atlet wanita didapati lelaki

KOLKATA, India - Bekas atlet wanita India yang memenangi tiga pingat emas pada acara trek Sukan Asia Selatan 2006, Pinki Pramanik (gambar) meminta Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee campur tangan bagi membantunya selepas dia diisytiharkan sebagai lelaki oleh satu panel doktor, lapor berita NTV semalam. Keputusan panel doktor itu menyebabkannya dikenakan dakwaan merogol bekas teman wanitanya. Polis mengemukakan dakwaan merogol tersebut...

Sembunyi mayat bayi hasil cinta Mat Bangla

KLANG - Polis menangkap seorang jurujual selepas dipercayai cuba menyembunyi kelahiran bayi lelakinya yang sudah tidak bernyawa di sebuah rumah di Lorong Haji Salleh, Jalan Meru di sini semalam. Ibu muda berusia 24 tahun itu ditangkap pada pukul 5.45 petang apabila kakaknya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis selepas terkejut menemui mayat seorang bayi diletakkan di atas katil di rumah sewa yang didiami bersama adiknya itu. Anggota...

Suami durjana tipu isteri sampai muflis

JOHOR BAHRU - Detik perkenalan seorang jururawat dan seorang doktor hingga membawa ke gerbang perkahwinan disangkakan membawa bahagia berpanjangan tetapi rupa-rupanya mengundang derita berpanjangan. Demikian nasib malang seorang janda kerana dia bukan saja ditinggalkan suaminya tanpa diberi nafkah malah lelaki yang pernah bersumpah sehidup semati dengannya itu turut bertindak kejam memalsukan tandatangannya untuk membuat pinjaman sehingga membuatkan...

Misteri kembar hilang dalam kandungan

POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu. Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin. CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana...

28 orang disumbat dalam kereta mini

LONDON - Seramai 28 wanita berjaya berada di dalam sebuah Mini Cooper di sini semalam sekali gus mencipta rekod baharu Guinness World Records. SEORANG jurugambar merakamkan gambar 28 orang wanita yang melakonkan semula cara mereka berada di dalam sebuah kereta mini di London semalam. Rekod sebelum ini mencatatkan seramai 27 orang berjaya berada di dalam kereta kecil tersebut. Kejayaan rekod terbaharu itu dibuat dalam tempoh 18 minit.  sumber-...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...