2020534

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, August 23, 2012

Kambing menaiki papan luncur memecahkan rekod dunia

Rekod kambing menaiki papan luncur terjauh ialah 36 m (118 kaki)  dan telah dipegang oleh Happie dari Fort Myers, Florida, Amerika pada 4 March 2012. Masa yang diambil untuk memecahkan rekod tersebut ialah 25 saat. Happie tinggal bersama Melody Cooke serta keluarganya dan ia diberikan kasih sayang sebagai haiwan peliharaan keluarga. Mereka berharap dapat mengumpul dana kebajikan dengan pertunjukkan kebolehan luar biasa...

Arnab comel jadi anjing pengembala

GAMBAR klip video YouTube menunjukkanChampis menggembala biri-biri tuannyadi perkampungan Kal, Sweden. STOCKHOLM, Sweden - Seekor arnab bernama Champis bukan sahaja pandai melompat tetapi ia juga mahir menggembala biri-biri peliharaan tuannya. Champis dipercayai memiliki kebolehan tersebut selepas ia menyaksikan dan meniru perbuatan beberapa anjing penggembala terlatih di ladang ternakan tuannya di perkampungan kecil Kal, utara Sweden. Arnab...

Manusia tumbuh tanduk

GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan tanduk di dahi kiri Ruifang yang tinggal di Linlou, China. LINLOU, China - Seorang nenek berumur 101 tahun, Zhang Ruifang mempunyai tanduk di dahi kirinya yang semakin panjang. Ruifang memiliki tanduk sepanjang 6.1 sentimeter seperti yang terdapat pada kambing. Apa yang lebih pelik lagi ialah terdapat tanda-tanda bahawa satu lagi tanduk akan muncul di dahi kanannya. Seorang...

Padah tegur warga asing mabuk

Ramlee menunjukkan lokasi di mana dia dan rakannya diserang kira-kira 20 warga Myanmar lewat malam kelmarin.Gambar kecil: batu yang digunakan untuk membelasah mangsa PUCHONG – Hanya kerana menegur tiga warga Myanmar yang jalan terhuyung-hayang disebabkan mabuk, seorang pekerja kilang parah dibelasah 20 rakan warga asing itu tanpa belas kasihan sehingga tengkuk dan tangannya patah di Taman Perindustrian Puchong Utama, lewat malam kelmarin. Difahamkan,...

Tendang dada bapa, ugut ibu

Tertuduh (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU - Tiada hati perut. Tanpa belas kasihan, seorang anak yang baru berusia 15 tahun, sanggup menendang dada bapanya yang sakit kerana tidak memberi wang seperti yang diminta. Lebih menyedihkan, remaja yang sudah tidak bersekolah itu kerap bertindak kasar terhadap kedua ibu bapanya, sehingga menyebabkan ibunya tidak tahan, lalu membuat laporan polis. Bagaimanapun,...

Kuda Paling Tinggi Di Dunia

MELBOURNE - Seekor kuda paling tinggi di dunia, Luscombe Nodram akan dipamerkan pada satu pertunjukan di Queensland yang merupakan tempat asal kelahiran kuda berkenaan. Nodram yang merupakan kuda spesies Shire berusia tujuh tahun tetapi mempunyai ketinggian 2.05 meter dan berat 1.5 tan iaitu tiga kali ganda daripada kuda lumba biasa. Haiwan itu akan dipamerkan pada pertunjukan kuda di Gatton, di barat Brisbane pada bulan Mei 2010. Pemilik...

Haiwan Pelik Di China

GAMBAR menunjukkan haiwan aneh yang ditemui di tengah hutan China. BEIJING - Para saintis bingung menentukan spesies seekor haiwan aneh yang ditemui di satu lokasi hutan di tengah China.  Haiwan tidak berbulu itu memasuki jerat sekumpulan pemburu di wilayah Sichuan selepas penduduk tempatan melaporkan mereka ternampak haiwan yang disangkakan seekor beruang.  "Ia seperti seekor beruang. Namun, haiwan itu tidak mempunyai bulu tetapi...

Lembu Bertanduk Tiga

Seekor lembu bertanduk tiga di Hebei, China.  HEBEI, China - Seekor lembu yang memiliki tanduk seperti kuda unikorn menjadi tarikan utama para pelancong di sebuah ladang di wilayah Hebei, China. Pemiliknya yang juga seorang petani, Jia Kebing memberitahu dia menyedari terdapat satu bonjolan kecil di dahi lembunya ketika ia dilahirkan dua tahun lalu. Namun, Jia tidak menjangka ia akan tumbuh menjadi tanduk sepanjang 20 sentimeter (cm). "Ladang...

Menunggang Badak Air

MARIUS ELS menunggang badak air miliknya, Humphrey. PETRUS STEYNLAKES - Seorang petani, Marius Els bertuah kerana dapat menunggang antara haiwan paling ganas di benua Afrika iaitu seekor badak air. Nasib Els sememangnya baik kerana badak air bernama Humphrey itu merupakan haiwan peliharaannya sejak kecil lagi. "Ia dengan mudah dapat mengoyakkan tubuh lelaki dewasa seperti saya. Tiada orang yang berani mendekatinya, namun, saya menganggapnya...

Orang Utan Paling Gemuk Di Dunia

ORANG Utan yang bernama Oshine memakan makanan dalam program diet untuk menguruskan badannya. LONDON - Seekor Orang Utan betina bernama Oshine di Britain menjadi sensasi di Internet. Oshine menjadi tumpuan selepas ia muncul sebagai Orang Utan paling gemuk di Britain dengan beratnya mencecah 100 kilogram atau sekali ganda berat Orang Utan biasa. Pakar-pakar percaya gaya hidupnya sebagai haiwan peliharaan selama 13 tahun di Afrika Selatan...

Misteri Hantu Budak Sekolah

GAMBAR yang dirakamkan oleh Fores menunjukkan imej seorang budak lelaki (dalam bulatan)di Sekolah Rendah Alaby, Hull Britain. HULL, England - Seorang pekerja pembinaan, John Fores, 47, terkejut apabila dia mendapati gambar yang dirakamkan menerusi telefon bimbitnya memaparkan imej hantu seorang budak lelaki. Dia mendakwa, imej itu dirakamkan di bangunan Sekolah Rendah Anlaby dekat sini di East Yorkshire yang diruntuhkan untuk tujuan pembinaan...

Pocong mengekori kanak-kanak

Gambar yang dirakamkan oleh Suharno menunjukkan hantu pocong di belakang anaknya. DESA BETUNG, Indonesia - Seorang lelaki, Suharno secara tidak sengaja terakam gambar hantu pocong semasa dia sedang merakamkan gambar anak perempuannya, Jesika. Apabila dia melihat gambar tersebut, Suharno terkejut kerana di belakang anak perempuannya terdapat imej pocong berwarna putih sedang berdiri. Dia turut bimbang Jesika dilanda trauma kerana fenomena...

Hantu Penunggu Dikurung Dalam Botol

Gambar menunjukkan lembaga seperti separuh badan manusia (dalam bulatan) yang dipercayai hantu disimpan dalam sebuah botol selepas ditangkap di rumah Agus, Situbondo. SITUBONDO, Indonesia - Hantu yang ditangkap oleh seorang ahli paranormal dan disimpan di dalam sebuah botol ini mungkin penunggu yang menjaga tombak lama di pekarangan rumah seorang penduduk tempatan, Agus. Menurut Agus, paranormal yang menangkap hantu itu menyatakan jika ia...

Hantu dalam kereta bomba

GAMBAR ahli keluarga Rozaidi yang dirakam di hadapan sebuah jentera bomba yang memaparkan imej misteri wanita berambut panjang (dalam bulatan) di Dataran Merdeka. KUALA LUMPUR – Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka  2011. Menurutnya, imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan...

Gorila Berjalan Seperti Manusia

Ambam berjalan seperti manusia KENT, England - Seekor gorila jantan seberat 220 kilogram di taman haiwan Port Lympne yang boleh berjalan seperti manusia telah menarik perhatian ramai. Gorila yang diberi nama Ambam menjadi sensasi di laman web YouTube. Pada kebiasaannya gorila berjalan dengan menggunakan kaki dan tangannya. Rakaman itu menunjukkan Ambam berjalan seperti manusia dengan menghayunkan kedua-dua tangan untuk mengimbangi badannya. Penjaga...

Wajah manusia pada labah-labah

SEEKOR labah-labah mempunyai wajah seperti manusia (dalam bulatan) ditemui di Arne, Britain.  WAREHAM, Britain - Seekor labah-labah yang ditemui di Arne mempunyai wajah seperti manusia. Seorang pekerja Persatuan Diraja Untuk Perlindungan Burung, Mark Singleton telah menemui labah-labah tersebut. Menurutnya, labah-labah itu memiliki wajah seperti manusia di bahagian perutnya.....

Kanak-Kanak Serigala di Bangkok

SUPATRA SASUPHAN BANGKOK - Seorang kanak-kanak di Thailand, Supatra Sasuphan digelar 'perempuan serigala' kerana wajahnya yang dipenuhi dengan bulu. Walaupun kerap diejek oleh rakan-rakan sebaya, Supatra yang tinggal di sana berkata, dia kini amat popular selepas Guinness Book of Records mengiktirafnya sebagai perempuan yang memiliki bulu badan paling lebat di dunia. "Saya gembira nama saya berada dalam Guinness Book of Records. Ramai orang...

Geng samseng rancang bertempur

POLIS berjaya menyekat kemaraan sekumpulan 30 samseng yang berlegar-legar di Waterfront, Ampang sebelum mereka menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana untuk bergaduh. AMPANG JAYA – Seorang daripada 30 samseng yang disyaki sedang merancang untuk menyambung semula pergaduhan yang tercetus di sebuah flat di Pandan Perdana cedera parah ditembak polis di Tasik Permai di sini semalam. Sebelum kejadian pukul 2 pagi, sekumpulan lima lelaki dikesan menaiki...

Rumah pokok pantau gunung berapi

BEBERAPA pelancong Amerika Syarikat berkunjung ke rumah pokok dekat bandar Banos pada Selasa lalu. QUITO, Ecuador - Seorang warga emas, Carlos Sanchez membantu sekumpulan ahli volkanologi dengan memantau perkembangan gunung berapi Tungurahua dari sebuah rumah di atas pokok dekat bandar Banos. Sanchez yang berusia 70 tahun menggelarkan dirinya pemantau gunung berapi. Rumah pokok tersebut terletak sejauh 1.2 kilometer dari gunung tersebut. Gunung...

Geng Susu Kangkang kecundang

Ab. Rashid (dua dari kiri) menunjukkan barang rampasan daripada lapan ahli Geng Susu Kangkang pada sidang akhbar di Kajang semalam. KAJANG – Jika sebelum ini banyak kumpulan penjenayah dilaporkan memilih untuk merompak barang-barang kemas atau kenderaan mewah namun lain pula sasaran penjenayah Geng Susu Kangkang apabila mereka hanya berminat untuk mencuri susu tepung berjenama. Geng Susu Kangkang sebelum ini dikesan aktif melakukan jenayah...

Pengasas PayPal beri AS$4.2j kepada bekas isteri

Elon Musk LONDON - Pengasas perkhidmatan perpindahan wang di laman PayPal, Elon Musk memberikan wang sebanyak AS$4.2 juta (RM13.10 juta) kepada bekas isterinya, Talulah Riley selepas perkahwinan mereka musnah, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin. Musk menceraikan Riley, 26, selepas dua tahun mereka hidup bersama. Riley merupakan aktres Britain yang terkenal. Bagaimanapun, Riley dibenarkan untuk menyimpan jam tangan Cartier...

Bahaya muzik reggaeton

GAMBAR fail pada 15 Julai lalu menunjukkan beberapa anggota polis mengiringi para peminat muzik reggaeton selepas mereka merosakkan kereta kerana marah selepas konsert muzik itu dibatalkan. BANDAR RAYA MEXICO - Penduduk di Mexico kini bimbang dengan perkembangan muzik reggaeton yang merupakan gabungan irama hip hop. Muzik itu dianggap seksual dan ia dipersalahkan kerana beberapa siri kejadian kecurian dan penyeludupan dadah. Pada bulan...

Bahaya Contact Lens Murah

TAK BERKUALITI...kanta lekap yang menyebabkan penglihatan Nabila menjadi kabur. KLANG: Gara-gara memakai kanta lekap berwarna jenis murah dan tidak berkualiti, seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, di sini, kini berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakainya. Nabila Rosli yang membeli kanta lekap itu dengan RM25 sepasang di Seremban, Khamis lalu, berkata sejurus bangun daripada tidur esoknya, dia tidak boleh melihat apabila...

Ugutan dari Lombok

KAMUNTING: Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu mendakwa diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi panggilan telefon dan SMS. NUR AFIFAH...meninggal dunia di Lombok Ibu Allahyarham Nur Afifah, Hasliza Ismail, 45, mendakwa lelaki itu yang dikenali sebagai Mohamad Yani, 30-an, kerap menghantar SMS dan menelefonnya sejak...

Cucuk mata buaya untuk selamatkan diri

Austin Chin mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam. KUCHING – Tindakan berani seorang remaja menendang kepala dan mencucuk mata seekor buaya dengan jari tangannya berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi korban reptilia ganas itu ketika dia mandi-manda bersama rakan di pantai Pasir Panjang dekat sini awal pagi semalam. Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, Ashley Austin Chin, 14, bersama lima rakan bermandi-manda...

Pasukan lumba kereta wanita pertama Asia Barat

SAADEH memakai sut perlumbaan semasa dia berlatih di Ramallah, Palestin pada 16 Julai lalu. RAMALLAH, Palestin - Seramai enam orang yang terdiri daripada wanita penganut Islam dan Kristian yang berusia 20-an dan pertengahan 30-an bergabung membentuk sebuah pasukan perlumbaan kereta. Mereka merupakan pasukan lumba kereta wanita yang pertama di Asia Barat. Pasukan itu diketuai oleh Maysoon Jayyusi, 36, dan antara anggotanya ialah Mona Ennab,...

Haiwan jilat ais untuk sejukkan badan

SEKETUL ais dijilat seekor lemur. ROM, Itali - Haiwan-haiwan di Zoo Bioparco di sini diberikan ais pelbagai perisa untuk dijilat bagi menyejukkan badan semasa cuaca terlalu panas. Beberapa ekor harimau dan singa diberikan ais pelbagai perisa itu manakala monyet mendapat buah-buahan dan tembikai sejuk. Menurut seorang kakitangan zoo dalam satu kenyataan kelmarin, para pekerja berusaha untuk membantu 1,000 ekor haiwan untuk menghadapi cuaca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...