2020569

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, August 17, 2012

Farah AF dapat anak perempuan

Farah AF BEKAS peserta finalis Akademi Fantasia (AF) musim kedua, Farah Diana Anuar selamat melahirkan seorang anak perempuan, semalam. Menurut kenyataannya diperoleh menerusi laman Twitter, Farah berkata, “Alhamdulillah.  Selamat datang ke dunia, puteriku. Farah OK dan baby juga sihat.” Farah AF2, 27, yang terkenal dengan ‘trademark’ Breep Breep mendirikan rumah tangga dengan usahawan Johan Johari, 27, di Putrajaya pada 15 Julai...

Misteri pokok pisang berdarah

Pokok pisang aneh Terdapat sepohon pokok pisang di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia mengeluarkan buah yang kelihatan seperti nenas manakala batangnya mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah apabila ia ditusuk dengan benda tajam. "Sudah seminggu rumah saya didatangi ramai orang yang ingin menyaksikan pokok pisang aneh ini," kata pemilik pokok pelik tersebut, Sutrisno kepada wartawan Detik.com ketika ditemui dirumahnya. Bahagian...

Terima arahan makhluk asing untuk merompak

LONDON - Seorang pencuri dihukum penjara, 12 bulan selepas mengaku bersalah merompak kediaman ibunya sendiri selepas diarahkan makhluk asing atau alien. John Michael Kirby, memberitahu di dalam Mahkamah Crown Teesside bahawa makhluk asing itu menyuruhnya memecah masuk rumah mangsa dan mencuri makanan untuk diedarkan kepada gelandangan. Apabila hakim Recorder William Lowe bertanya sama ada Kirky, 29, mahu mengatakan sesuatu mengenai pertuduhannya...

Remaja dipenjara curi cili

JAKARTA - Sebanyak tiga remaja dihukum penjara selama dua minggu selepas mereka ditangkap mencuri 20 kilogram (kg) cili dari sebuah ladang di Lumajang, Jawa Timur. Menurut ketua polis Candipuro, Sutopo, ketiga-tiga remaja berumur 14 tahun itu mengaku melakukan jenayah berkenaan semata-mata untuk menambah perbelanjaan harian mereka. "Sebelum ini mereka telah mencuri sebanyak dua kali di ladang yang sama. Selepas itu, mereka akan menjual...

PBB henti misi pemantau di Syria

Pasukan pemantau antarabangsa akan menamatkan misi mereka di Syria berkuat kuasa tengah malam Ahad i NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengarahkan kumpulan pemantau antarabangsa di Syria untuk menghentikan misi mereka di negara bergolak itu berkuat kuasa tengah malam Ahad ini. Duta Perancis di PBB, Gerard Araud berkata, usaha untuk meneruskan misi pemantau atau lebih dikenali sebagai UNSMIS tersebut terpaksa ditamatkan kerana...

30 maut, polis Afrika Selatan tembak pelombong mogok

Anggota polis kelihatan lengkap bersenjata manakala beberapa pelombong terbunuh dalam pertempuran di Marikana, Afrika Selatan. – Foto ihsan CNN Pertempuran antara polis dan pelombong yang mengadakan mogok. – Foto ihsan CNN MARIKANA, Afrika Selatan - Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh semalam apabila polis Afrika Selatan melepaskan tembakan ke arah pelombong-pelombong platinum yang mengadakan mogok sejak beberapa minggu lalu. Angka rasmi...

4 anggota DBKL cedera dibelasah penjual mercun

Hanafi (kiri) bersama rakan sekerjanya, Anuar cedera akibat diserang oleh peniaga mercun di Jalan Tunku Abdul Rahman. - Foto Farizul Hariz Awang Kuala Lumpur: Empat anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dibelasah peniaga mercun haram yang tidak puas hati dengan arahan menutup gerai mereka, di Jalan Masjid India, tengah malam semalam. Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku ketika empat penguat kuasa yang meronda...

Masjid Di Bawah Air Pertama Di Dunia

PENYELAM bersolat jemaah di masjid pertama bawah air yang mereka bina. JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya.  Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.  Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan...

Pelajar pecah gegendang telinga ditampar guru

Akibat ditampar guru... Bahagian belakang telinga pelajar tingkatan satu, Muhammad Bazly terkoyak akibat ditarik dan ditampar guru Bahasa Inggeris dalam satu kejadian di salah sebuah sekolah berasrama dekat sini, Khamis lalu. Pipi kiri mangsa turut lebam selain kemerahan di telinga kiri. DUNGUN - Gara-gara mengejek guru, seorang pelajar tingkatan satu pecah gegendang telinga selain turut cedera akibat ditampar beberapa kali oleh guru berkenaan. Kejadian...

Neil Armstrong jalani pembedahan pintasan koronari

Neil Armstrong NEW YORK - Bekas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong makin pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung semalam bagi mengatasi masalah empat arteri koronarinya yang tersumbat. Armstrong, yang menyambut hari kelahirannya ke-82 Ahad lalu, merupakan komander misi Apollo 11 dan menjadi manusia pertama menjejakkan kaki di bulan pada 20 Julai 1969. Pentadbir Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan...

Stokin pengganti kasut?

Stokin Perlindungan Swiss direka tanpa kasut dan selesa untuk jari kaki si pemakai BERN - Sanggupkah anda berjalan ke luar rumah hanya memakai stokin? Syarikat Barefoot Swiss iaitu sebuah syarikat pengeluar stokin terkenal Eropah berjaya mengeluarkan sejenis stokin sekukuh kasut biasa. Stokin yang kelihatan agak unik itu direka dengan kekuatan ultra tapak PVC yang bertindak sebagai pelindung kaki seperti memakai kasut. Syarikat berpangkalan...

Anak Rini AF meninggal dunia

Gambar kombinasi Rini (kanan) dan bayinya, Maryam Joanna Johanis. SETELAH empat hari kritikal, anak sulung penyanyi program realiti Akademi Fantasia (AF7), Rini meninggal dunia di Kajang, tengah hari tadi. Maryam Joanna Johanis, yang dilahirkan pada 9 Ogos lalu disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang. Maryam dibawa ke hospital selepas terjatuh dari katil secara tertiarap. Berita pemergian Maryam disahkan oleh rakan Rini yang juga...

Gajah dibuntingkan guna sperma beku, lakar sejarah zoologi

Gajah Afrika yang berjaya dibuntingkan. VIENNA - Seekor gajah Afrika di Zoo Vienna disahkan bunting menggunakan sperma beku dari seekor gajah jantan liar dari benua itu yang mana pihak zoo percaya ia merupakan yang pertama di dunia. Jurucakap zoo berkata, kehamilan juga pernah berlaku sebelum ini dengan menggunakan sperma beku membabitkan gajah Afrika dan Asia, namun percubaan itu gagal kerana berlaku komplikasi sehingga janin itu mati. “Sekiranya...

Israel dikecam tindas kanak-kanak

Tentera rejim turut dikecam menindas kanak-kanak Palestin tanpa belas kasihan. TEBING BARAT - Tindakan tentera rejim Israel menindas dan melakukan keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di kawasan perkampungan dan kem-kem pelarian di wilayah itu mendapat kecaman Datuk Bandar Hebron, Kamil Hammed. Dalam satu kenyataan, Hameed mengutuk serangan tidak bermoral terhadap Tareq Abu Rmela, 10, yang dicederakan tentera rejim dengan pagar kawat duri...

Nasib gorila yang malang

Gorila merupakan antara spesis terbesar dari keluarga monyet. Kisah mengenai haiwan ini begitu popular dinovelkan dengan judul 'Tarzan of the Apes' yang ditulis oleh Edgar Rice Burroughs malah novel ini pernah di filem serta di animasikan. Habitat asalnya adalah di Afrika dan boleh dikatakan haiwan ini langsung tiada pemangsa. Namun, kehidupannya tidak seindah yang di sangka. Haiwan yang dahulunya hidup bebas tanpa sebarang ancaman mula diburu oleh...

Gorila berpelukan selepas berpisah

Kesho (kanan) dan Alf seolah-olah bersalaman ketika dipertemukan semula di Taman Safari Longleat, London, baru-baru ini. - AGENSI LONDON 16 Ogos - Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Perkara sama juga berlaku kepada pasangan adik beradik gorila yang dipertemukan semula minggu ini di Taman Safari Longleat di sini, selepas tiga tahun berpisah. Paling menakjubkan, adik kepada gorila itu, Alf masih mampu mengenali abangnya,...

Pangkalan tentera udara Pakistan diserang

Kakitangan awam yang bekerja di Pangkalan Udara Minhas di Kamra, 60 kilometer ke barat laut Islamabad, menunggu di pusat pemeriksaan selepas pangkalan itu diserang militan semalam. Islamabad: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila militan bersenjatakan raifal dan pelancar roket menyerang pangkalan tentera udara utama Pakistan sebelum subuh semalam yang mencetuskan pertempuran sengit selama beberapa jam, kata pegawai. Dua pegawai keselamatan...

17 korban virus West Nile

Leftenan Carol Calix memeriksa nyamuk menerusi mikroskop di Pusat Promosi Kesihatan dan Perubatan Pencegahan Amerika Syarikat di Maryland. Dallas: Negeri barat daya Amerika Syarikat bertungkus-lumus memerangi wabak virus West Nile, selepas 17 kematian dipersalahkan atas penyakit berpunca daripada nyamuk itu, kata pihak berkuasa kelmarin.  Di seluruh Texas, 465 penduduk jatuh sakit sejak awal tahun ini, sekali gus mencatat kes terbanyak...

Permohonan untuk mati bekas pemain ragbi Britain ditolak

Tony Nicklinson kelihatan menangis apabila mengetahui keputusan mahkamah menolak permohonannya. - Foto ihsan irishtimes.com Tony Nicklinson yang memfailkan permohonan untuk menamatkan hidupnya. - Foto ihsan CNN LONDON - Seorang lelaki British, yang lumpuh dari leher hingga ke bahagian bawah ekoran strok tujuh tahun lalu, kalah dalam permohonan untuk mendapatkan hak untuk mengakhiri hidupnya. Semalam, Mahkamah Tinggi London menolak permohonan...

Disebalik Hagia Sophia Dari Gereja Menjadi Masjid

Sebelum menjadi masjid, Hagia Sophia merupakan gereja bagi penduduk Empayar Rom Timur ( Byzantine) yang dibina oleh Constantius, iaitu putera pemerintah Byzantine, Constantine. Gereja ini kerap dibaik pulih akibat dilanda gempa bumi. Keindahan Hagia Sophia dari luar Walaupun bangunan ini mempunyai struktur kubah yang tahan gegaran, ianya tetap runtuh. Pada tanggal 7 Mei 558 Masihi, semasa era pemerintahan Justinianus, kubah di sebelah...

Abang ipar Sabturiah ditahan

Sabturiah Faisal SHAH ALAM - Polis menahan seorang pemuda yang merupakan abang ipar kepada Sabturiah Faisal, 19, bagi membantu siasatan kes bunuh dan rogol gadis itu di sebuah rumah di Taming Jaya, Balakong pada Isnin lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang kelmarin di sebuah kilang di Jalan Semenyih, Kajang tempat suspek bekerja. "Siasatan awal mendapati suspek...

Kanak-kanak maut digilis lori

Mayat mangsa ditutup dengan surat khabar sementara menunggu untuk dibawa ke hospital. MENTAKAB - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mati dalam keadaan menyayat hati apabila digilis sebuah lori dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli mainan di sebuah kedai runcit dekat Taman Tualang Indah, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, mangsa Khairul Azmer Abd Rasid menunggang basikal dari rumahnya ke kedai...

Curi jubah di bazar Ramadan cari duit raya

Tertuduh terpaksa beraya dalam penjara selepas didapati bersalah mencuri oleh Mahkamah Majistret Kuantan, semalam. KUANTAN - “Saya terpaksa melakukannya kerana amat memerlukan wang." Demikian pengakuan seorang lelaki kepada mahkamah sebagai alasannya mencuri enam helai jubah milik seorang peniaga di Bazar Ramadan Masjid Negeri di sini 7 Ogos lalu. Alasan tertuduh, Jairi Mohd Anuar, 34 dari Taman Desa Mayang, Jeram, Selangor itu bagaimanapun...

Adik Presiden Syria hilang kaki dalam letupan

Mayer al-Assad pada satu majlis kerajaan baru-baru ini. - Foto ihsan CNN DAMSYIK - Maher al-Assad, adik kepada Presiden Bashar al-Assad, dilaporkan telah hilang satu kakinya ketika serangan di ibu negara Syria bulan lalu. Seorang diplomat dipetik Reuters berkata, Maher kehilangan kakinya ketika letupan ke atas Kabinet keselamatan bulan lalu. "Dia telah kehilangan salah satu kaki. Berita itu benar," katanya. Serangan itu telah membunuh...

Gadis 22 tahun berjaya dibawa pulang dari Lombok

Suriani Abdul Wahab menyambut suami dan anaknya Madon Saban dan Ismadani Madon sejurus tiba dari Lombok di Lapangan Terbang Tambang Murah, malam tadi. – Foto Bernama SEPANG - Seorang gadis berusia 22 tahun yang melarikan diri mengikut kekasihnya ke Lombok Tengah, Indonesia  pada Jun lepas berjaya dibawa pulang ke tanah air malam semalam oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan disatukan dengan keluarganya. Ketibaan Nur Shahira Samsuri yang...

Mati serentak menjelang Aidifitri

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sundar-Terusan, Lawas kelmarin. LAWAS – Hari Raya Aidifitri yang dijangka disambut pada Ahad ini memberi makna yang memilukan buat sebuah keluarga apabila lima ahlinya menemui ajal selepas van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 5, Jalan Sundar-Terusan di sini kelmarin. Kejadian pukul 5.50 petang itu mengakibatkan Mohd. Tafia,...

Iran kritik OIC gantung syria

BEBERAPA lelaki mencari mangsa yang terbunuh akibat serangan udara tentera Syria di Azaz, 47 kilometer dari bandar Aleppo kelmarin. TEHERAN - Iran semalam mengkritik keputusan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggantung keanggotaan Syria dalam badan tersebut. Teheran menegaskan bahawa keputusan OIC tersebut adalah "tidak adil dan tidak patut". Syria merupakan sekutu rapat Iran. "Syria sepatutnya dipelawa ke mesyuarat OIC ini untuk mempertahankan...

Galaksi hasilkan banyak bintang ditemui

LAKARAN artis menunjukkan galaksi yang menghasilkan banyak bintang. WASHINGTON - Sekumpulan ahli astronomi Amerika Syarikat telah membuat penemuan menakjubkan apabila mereka menemui sebuah ibu kosmik yang jauh di cakerawala. Ibu kosmik itu merupakan sebuah galaksi tidak bernama yang melahirkan lebih banyak bintang sehari berbanding galaksi Bima Sakti. Bima Sakti menghasilkan bintang selama setahun. Kumpulan ahli astronomi berkenaan menggunakan...

Jet hipersonik AS gagal ujian

GAMBAR fail menunjukkan jet hipersonik X-51A diangkut dengan menggunakan sebuah jentera pengangkut di Pangkalan Tentera Udara Edwards, California, Amerika Syarikat pada 17 Julai lalu. LOS ANGELES - Sebuah jet hipersonik tanpa juruterbang yang direka untuk terbang enam kali ganda melebihi kelajuan bunyi berkecai di Lautan Pasifik beberapa saat selepas melakukan penerbangan ujian ekoran masalah pada ekor pesawat, kata Tentera Udara Amerika Syarikat...

Ribuan tinggalkan bandar India

SEORANG penduduk menunjukkan telefon bimbitnya yang mengandungi khabar angin tentang serangan etnik  di Bangalore, India semalam. BANGALORE - Ribuan penduduk meninggalkan bandar-bandar di selatan India semalam selepas khabar angin tersebar bahawa mereka akan diserang oleh orang Islam dalam tindak balas berhubung keganasan etnik yang berlaku baru-baru ini, kata beberapa pegawai. Beberapa pegawai kereta api berkata, mereka menambah perkhidmatan...

Rezeki untuk Aidilfitri berakhir dengan dibaham buaya

AZWAN menunjukkan lokasi bapanya disambar buaya di Sungai Udin, Tawau pada Rabu lalu dan sehingga sekarang nasibnya belum diketahui. TAWAU – Hajat seorang ayah bagi mencari pendapatan menjelang Aidilfitri berakhir dengan tragedi apabila dia dikhuatiri maut selepas disambar seekor buaya sebelum ditarik ke dalam sungai ketika memukat udang di Sungai Udin kira-kira 50 kilometer dari sini kelmarin. Kejadian menakutkan pada pukul 4.30 petang itu...

Budak peroleh RM31.28 sehari di jalanan

ORANG ramai menyaksikan persembahan Choudhary di sebatang jalan raya di Kathmandu kelmarin. KATHMANDU, Nepal - Seorang budak lelaki, Drumpal Choudhary dan dua saudaranya memperoleh pendapatan AS$10 (RM31.28) sehari dengan membuat pelbagai persembahan tarian di jalanan di sini. Dia datang dari India lima tahun lalu. Menurut Choudhary, keluarganya seramai 10 orang tinggal di sebuah pondok tanpa tandas yang sempurna dan keperluan asas.  sumber-...

Misteri kapal berhantu Flying Dutchman

Kisah dan misteri mengenai Kapal Hantu Flying Dutchman ini merupakan satu dari kisah yang sangat terkenal di seluruh dunia. Sudah banyak buku ditulis dengan mengangkat cerita legenda ini, bahkan jika anda menonton filem blockbuster Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean: At World’s End (2007) kapal hantu ini turut muncul dalam banyak babak filem tersebut dan yang sebenarnya kapal paling berhantu ini bukanlah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...