Friday, August 17, 2012

Gorila berpelukan selepas berpisah

the gorilla
Kesho (kanan) dan Alf seolah-olah bersalaman ketika dipertemukan semula di Taman Safari Longleat, London, baru-baru ini. - AGENSI
LONDON 16 Ogos - Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.

Perkara sama juga berlaku kepada pasangan adik beradik gorila yang dipertemukan semula minggu ini di Taman Safari Longleat di sini, selepas tiga tahun berpisah.

Paling menakjubkan, adik kepada gorila itu, Alf masih mampu mengenali abangnya, Kesho seekor gorila jenis silverback yang menjadi gorila dominan bagi kumpulan haiwan itu di taman safari berkenaan.

Tambah mengharukan, mereka dilihat berpeluk, memicit bahu dan seolah-olah bersalaman antara satu sama lain.

Menurut ketua penjaga gorila Mark Tye, mereka sama sekali tidak pasti pasangan itu akan dapat mengenali antara satu sama lain.

"Namun ketika saat-saat haiwan itu berjumpa, barulah anda tahu bahawa gorila itu saling mengenali.

"Agak pelik melihat seekor gorila jenis silverback berkelakuan kebudak-budakan dengan berguling di atas tanah kerana ia biasanya agresif,'' katanya. 

sumber- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...