Friday, August 17, 2012

Misteri pokok pisang berdarah

Misteri pokok pisang berdarah
Pokok pisang aneh
Terdapat sepohon pokok pisang di Bojonegoro, Jawa Timur Indonesia mengeluarkan buah yang kelihatan seperti nenas manakala batangnya mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah apabila ia ditusuk dengan benda tajam.

"Sudah seminggu rumah saya didatangi ramai orang yang ingin menyaksikan pokok pisang aneh ini," kata pemilik pokok pelik tersebut, Sutrisno kepada wartawan Detik.com ketika ditemui dirumahnya.

Bahagian tengah pokok pisang pelik itu dibalut dengan kain berwarna putih yang digunakan untuk membalut mayat (kain kafan) bagi mengelak orang ramai menusuknya semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar.

Menurut Sutrisno, pokok pisang berdarah itu tidak menunjukkan sebarang tanda pelik apabila ia masih kecil. Namun, selepas pokok pisang itu membesar, ia mula mengeluarkan buah pelik seperti nenas dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk.

Menurutnya, sebulan sebelum pokok pisang pelik itu mengeluarkan cecair berwarna merah, dia bermimpi air telaga di rumahnya melimpah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...